Rekabentuk rumah banglo 1 tingkat ini mempunyai keluasan sebanyak 2,578 kaki persegi (kps) yang mengandungi 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Cadangan rekabentuk ini terletak di Melor, Ketereh, Kelantan. Selain bilik tidur, rekabentuk rumah ini juga mempunyai ruang makan dan ruang keluarga.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Ruang

Ruang keluarga berada di antara bilik tidur ke-4 dan bilik tidur utama dan mempunyai pintu gelangsar sendiri. Manakala ruang makan pula berada bersebelahan dengan ruang tamu dan mempunyai pintu gelangsar juga. Penyediaan pintu gelangsar atau bukaan di kedua-dua ruang itu bertujuan untuk membenarkan laluan pengudaraan keluar masuk bangunan berjalan dengan baik memandangkan kedudukan bagi kedua-dua ruang itu adalah bertentangan antara satu sama lain. Dalam pada itu, ia juga sebagai sumber pencahayaan semulajadi kepada isi dalam rumah.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Bukaan Tingkap

Penggunaan bukaan tingkap bagi keseluruhan rumah ini ialah jenis bukaan biasa atau saiz ukuran standard melainkan di ruang tamu, rekabentuk bukaan yang digunakan ialah jenis labuh. Tujuannya ialah supaya ruang tamu dapat menerima pencahayaan semulajadi yang banyak selain pengudaraan. Selain itu, menyediakan bukaan yang besar akan memberikan pandangan yang lebih luas ke dalam ruang tamu. Walaupun saiz ruang tamu mungkin tidak begitu besar, bukaan besar boleh mempengaruhi keadaan ruang tamu supaya kelihatan lebih luas dan terbuka.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Ketinggian Lantai

Ketinggian aras lantai yang dicadangkan bagi rumah kediaman ini ialah 1200mm atau 4 kaki dari aras tanah. Cadangan ketinggian sehingga 4 kaki adalah disebabkan oleh keadaan sekeliling lokasi cadangan yang terletak berhampiran dengan laluan tali air. Jadi, sebagai persediaan, ketinggian lantai perlu dinaikkan lebih tinggi supaya jika berlaku bencana banjir, air tidak naik memasuki ruang dalam bangunan.

VIDEO – YT
  • SATU532 HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 2,578 kps
  • Tahun: 2017
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Lokasi cadangan: Ketereh
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

May 2017
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 29
  • 15
  • 626,084