Adakah Lagu The Sims Mempengaruhi Designer

Image via wikipedia
Adakah Lagu The Sims Mempengaruhi Designer

Pernahkah anda bermain permainan The Sims? Dan pernah anda dengar lagu-lagu temanya? Kalau anda seorang yang suka bermain permainan komputer atau permainan video, The Sims bukan sesuatu asing lagi kepada anda. Bermain tentang kehidupan, aktiviti seseorang, aktiviti bersosial dan membina bangunan atau rumah kediaman sambil mendengar lagu di dalam permainan itu terutamanya ketika anda sedang membuat hiasan dalaman, menambah perkakasan dalam rumah atau membuat rekabentuk rumah. Ketika itulah lagu itu dimainkan. Dia punya lagu tu boleh buat anda tekun buat kerja hias menghias rumah dan juga membina rumah ! Hmm ! Saya rasa kebanyakan designer suka bermain permainan The Sims! Dengan bermain The Sims kita boleh faham dan cuba memenuhi kehendak klien selain dapat membuat rekabentuk rumah dan bangunan mengikut kehendak anda secara bebas.

Sekarang, setiap kali saya memulakan kerja membuat design, saya akan memasang lagu The Sims. Seronok pula rasanya. Macam main game Sims pulak. Lagi-lagi semasa mula membuat 3D rumah. 

 

Lagu tema The Sims! 

Sumber: Youtube

Membuat kerja sambil mendengar lagu memang perkara biasa. Untuk pengetahuan anda, mendengar lagu sambil membuat kerja sebenarnya boleh membantu anda fokus dengan kerja, menyiapkan kerja dengan cepat, prestasi kerja bertambah baik dan membantu meningkatkan mood kerja bergantung kepada jenis lagu atau muzik yang kita dengar. Saya juga begitu. Mesti dengar lagu, baru boleh buat kerja. Tapi tak semestinya lagu The Sims.