Bolehkah Membina Rumah Dengan Kelulusan Di Atas Tanah Atas Nama Orang Lain?

Sharing is caring!

Membina rumah kediaman sendiri sememangnya menjadi pilihan utama berbanding membeli rumah yang sudah siap dibina. Untung juga jika sudah mempunyai tanah. Lokasinya pula di kawasan yang sangat strategik. Yang menjadi masalah ialah apabila tiada tanah atas nama sendiri.

Persoalannya, adakah dibenarkan atau dibolehkan membina rumah kediaman di atas tanah atas nama orang lain lebih-lebih lagi jika ingin dapatkan kelulusan daripada PBT. Jawapannya sudah tentulah tidak boleh. Apatah lagi jika penama tanah tersebut tiada langsung perkaitan tali persaudaraan dengan anda sebagai pemohon. Biasanya, isu seperti ini terjadi apabila melibatkan kelulusan PBT yang mana pemohon ingin memohon pinjaman perumahan. Tanah sudah ada, nama di atas geran pula nama orang lain tetapi hanya anda sahaja yang layak untuk membuat pinjaman perumahan. Untuk memohon pinjaman perumahan, pemohon perlu dapatkan kelulusan lukisan pelan arkitek daripada PBT. 

 

Caranya mudah sahaja. Sekiranya anda ingin membina rumah kediaman sendiri dengan mendapatkan kelulusan PBT untuk tujuan pinjaman perumahan di atas tanah isteri atau bapa atau ibu atau mungkin adik beradik, anda hanya perlu dapatkan surat akuan tuan tanah dan akuan persetujuan tuan tanah daripada mereka terlebih dahulu. Kalau nama bapa, maka dapatkan akuan persetujuan daripada bapa. Jika ibu, dapatkan juga daripada ibu dan begitulah seterusnya. Yang paling penting sekali, anda sudah pun berbincang dan mendapatkan keizinan tanpa paksaan. Borang dan surat akuan tersebut telah disediakan oleh PBT dan pemohon hanya perlu mengisi borang yang disediakan sahaja. Pemohon juga wajib mendapatkan stamping LHDN atau cop oleh pesuruhjaya sumpah. Pihak PBT juga tidak akan memproses permohonan kelulusan pelan rumah anda selagi mana anda tidak mendapatkan persetujuan terlebih dahulu daripada mereka. Ini juga termasuklah jika anda berkongsi nama dengan penama lain di dalam satu geran tanah. Prosedurnya tetap sama. 

Cuma, ada sesetengah PBT mewajibkan meletakkan penama lain juga di dalam tajuk lukisan pelan arkitek. Jika ada 3 penama, maka ketiga-tiga penama perlu ada di dalam tajuk lukisan pelan tersebut dan mesti ditandatangan oleh ketiga-tiga penama tersebut. Jika dapat disertakan dengan surat kebenaran adalah lebih baik.

Contoh Akuan Kebenaran Tuan Tanah

Peringatan saya, jangan sesekali menandatangan akuan sebagai bagi pihak mereka dan juga tanpa kebenaran mereka. Ikut prosedur yang betul supaya semuanya baik dan berjalan lancar.

Nota: artikel ini hanya hal yang berkaitan dengan urusan senibina (architecture) dan urusan-urusan permohonan kelulusan pelan arkitek di peringkat PBT. Segala hal yang berkaitan dengan hartanah seperti hak milikan, jual beli tanah, perjanjian, tukar milik, pecahan lot, tukar syarat dan seumpamanya hendaklah berurusan dengan pihak yang sewajarnya atau dengan orang yang selayaknya untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan betul.

46 Replies to “Bolehkah Membina Rumah Dengan Kelulusan Di Atas Tanah Atas Nama Orang Lain?”

    1. Saya kurang jelas tentang permasalahan ini. tetapi jika mempunyai masalah seperti ini harus dilapor kepada badan / organisasi / agensi yang bertanggungjawab. Selain itu, dapatkan juga nasehat dan pandangan daripada orang yang lebih arif (pakar) berkenaan dengan hal seperti ini.

  1. Saya telah membina sebiji rumah diatas tanah nenek saya dan dapat persetujuan nenek saya tetapi tidak ada surat hitam putih.. Yg menjadi masalah bila nenek saya sudah meninggal dan si anak2 menuntut dan menghalau saya keluar tanpa membayar sesen pun.. Apa harus saya lakukan?.

      1. Salam tuan saya ada beberapa soalan berkaitan dengan tanah rezab. Sebelum kami membina rumah ibu saya telah meminta kebenaran daripada tuan tanah, dan tuan tanah bersetuju tanpa syarat. setelah membina rumah tersebut, adik kepada tuan tanah telah menuntut kepada kami untuk membayar sejumlah wang dan juga bercadang untuk membina rumah berdekatan dengan kami. Jika kami gagal membayar dia dengan serta merta akan menghalau kami sekeluarga. Apa yang harus kami lakukan dan jika kami ingin menulis surat kepada tuan tanah dimana kami perlu mendapatkan borang tersebut?

        1. salam. terima kasih kerana menghubungi kami. apapun, kami memohon maaf. permaslahan tuan/puan ini adalah di luar bidang kami. disarankan tuan/puan segera berjumpa / bertanya dengan orang yang lebih arif untuk mendapatkan penjelasan lanjut dan jalan penyelesaian yang betul. sekiranya tuan tanah asal masih ada, adalah lebih baik terus berurusan dengannya. dalam masa yang sama, dapatkan juga penjelasan dan bantuan daripada orang yang lebih berkelayakan.

          semoga urusan tuan/puan berjalan dengan baik.

  2. Saya ingin membeli tanah yang berstatus hak milik sementara bersama pejabat tanah dari seorang penjual (pemilik tanah). Tanah tersebut mempunya sekatan di mana ia tidak boleh dijual dlm tempoh sepuluh tahun. Kami bercadang utk melakukan perjanjian jual beli & mati stem perjanjian itu sebagaimana yg telah dinasihatkan. Soalan sy, jika sy membeli tanah tersebut, bagaimanakah saya ingin membina rumah atas tanah itu? Untuk makluman tuan, sy adalah pihak ketiga yg tiada kena mengena dengan penjual tersebut. Bagaimana pula jika sy ingin membuat pinjaman dgn bank utk bina rumah atas tanah tersebut

    1. Maaf atas kelewatan membalas. Kebiasaanya, untuk membina rumah di atas tanah tersebut, tuan/puan perlu mengemukakan Surat Kuasa Wakil antara tuan tanah (nama asal/penama yang ada dalam geran) dengan pembeli. Surat ini mesti dilampirkan bersama-sama dengan permohonan kelulusan pelan rumah yang akan dimajukan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah/Majlis Perbandaran.

      Atau, boleh juga mengemukakan Surat Kebenaran Tuan Tanah yang perlu ditandatangan oleh tuan tanah/penama yang ada dalam geran, yang mesti disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah. Tuan/puan juga disarankan untuk terus menghubungi pihak PBT yang terlibat untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas. Kebiasaanya, pihak PBT ada panduan dan mereka akan membantu bagaimana untuk menyelesaikan masalah tuan/puan. Sekiranya, tuan/puan tidak berkesempatan untuk ke PBT, boleh hubungi sahaja mereka dan sambungkan ke unit bangunan atau unit perancang bandar atau unit OSC.

      Dalam pada itu, hal yang berkaitan dengan jual beli tanah atau hartanah ini, disarankan supaya tuan/puan merujuk terus dengan orang yang selayaknya.

      wallahua’lam

      1. Salam..saya mendapat kelulusan bina rumah dari jabatan baitulmal..,tanah masih atas nama arwah ayah,bolehkah ibu menjadi wakil untuk surat izin guna lot tanah sekiranya adik beradik juga memberi izin ?

        1. Salam. Terima kasih atas pertanyaan.

          Bagaimanapun, kes seperti tuan/puan ini adalah diluar bidang kami. Terus segera rujuk pihak berkaitan seperti pej.tanah atau peguam atau perunding hartanah untuk mendapatkan nasihat dan panduan yang betul.

          Seterusnya, dapatkan juga nasihat daripada PBT seperti Majlis Daerah/Majlis Perbandaran berdekatan, iaitu di unit OSC atau unit perancang bandar/bangunan untuk penjelasan berkenaan dengan syarat permohonan bagi kes seperti tuan/puan ini.

    1. untuk mengatakan boleh atau tidak membuat binaan itu tak dapat kami berikan jawapan. biasanya, jika sudah ada surat akuan kebenaran tuan tanah, dari segi kelulusan oleh PBT selalunya tiada masalah. cuma, mesti rujuk dulu dengan PBT yang terlibat, apakah prosidur yang mesti dipatuhi oleh pemohon. kerana setiap PBT mungkin ada syarat tambahan mereka untuk memastikan permohonan tidak mendatangkan masalah di masa hadapan. Kalau jenis permohonan seperti tuan/puan ini merupakan kes yang dibenarkan oleh PBT, biasanya mereka akan memberikan panduan dan bantuan untuk menyelesaikan masalah tuan/puan dari segi untuk mendapatkan kelulusan PBT. Jika sebaliknya (kes yang tidak dibenarkan) memang tidak boleh melainkan pemilik tanah sendiri yang kena membuat permohonan. bagaimana pun, rujuklah juga dengan pihak yang selayaknya supaya pihak tuan/puan dapat jawapan yang lebih jelas.

      berkenaan dengan pinjaman, rujuk terus dengan pihak peminjam.

  3. Setelah mendapat persetujuan ibu sebagai tuan tanah, dan kemudian mendapat kelulusan PBT, boleh kan sekiranya hendak membuat pinjaman perumahan dengan bank?

  4. macam mana kalau tanah itu mempunyai contoh 3 nama, dan tiba2 orang lain(saudara) nak buat rumah tetapi tiada nama dalam antara 3 nama itu. apakah kesan/permasalahan kepada 3 nama tersebut apabila rumah sudah didirikan?

    1. persoalannya juga, mengapa ada pihak lain mahu membina di atas tanah tersebut?

      pendapat kami, tiada masalah kepada pemilik tanah ( 3 nama dalam geran tersebut ) kerana itu adalah hak pemilik tanah. Yang akan berhadapan dengan masalah ialah pihak lain (saudara) tuan/puan kerana mahu membina rumah di atas tanah tersebut. Melainkan, jika terdapat perjanjian atau ada surat kebenaran tuan tanah yang membenarkan pihak lain (saudara) tuan/puan membina rumah di atas tanah itu. Masalah yang akan timbul ialah jika tanah itu tidak terlalu besar, mungkin akan menyukarkan pihak pemilik tanah untuk membuat bangunan sendiri apabila rumah pihak lain (saudara) tuan/puan itu sudah pun didirikan. Jika rumah pihak lain itu belum didirikan, eloklah rancang kedudukan rumah dan juga laluan keluar masuk.

      Apapun, kami hanya memberikan pendapat berdasarkan kepada perkara berkaitan dengan architecture dan urusan permohonan PBT. Manakala, perkara yang berkenaan dengan hal tanah, undang-undang dan sebagainya, kami sarankan tuan/puan wajib berjumpa dengan orang yang selayaknya secepat mungkin. Rujuk dengan PBT, Peguam atau seumpamanya untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat dan jelas.

  5. Selepas dapat pesetujuan dr ibu bapa..adakah kita masih perlu bagi geran asal kepada pihak bank dan adakah bank akan pegang geran asal selagi bayaran pinjaman masih berlangsung?

    1. Terima kasih. Bagaimanapun, pertanyaan tuan/puan ini adalah di luar bidang kami. Terus rujuk dengan pihak bank atau peminjam atau dengan pihak yang lebih layak untuk mendapatkan penjelasan

  6. Banyak persoalan di atas di bawah akta Kanun Tanah Negara… Jika hakmilik tanah pertaniah maka perlulah dibuat tukar syarat & pecah bahagian jika ramai penama… supaya setiap pemilik dpt geran tanah yg berasingan….
    Utk penjelasan dan khidmat nasihat wajarlah berjumpa dgn Juruukur Tanah Berlesen bagi mendapat nasihat/ panduan yg betul…

    Jika tidak timbul perselisihan keluarga dan isu faraid bila yg diminta izin adalah secara lisan…

  7. Salam,mohon pencerahan..arwah ibu saya ada membeli tanah (ada surat perjanjian pembayaran dan saksi),ibu saya ada pergi ke pejabat tanah untuk bayar ‘hasil’ untuk lot tanah itu dan ada surat pengesahan pembayaran dari pejabat tanah . Setelah ibu saya meninggal,kami ke pejabat tanah dan untuk mendapatkan gran ,dan dapati nama lot tanah itu masih lagi si penama tuan tanah asal . Memandangkan kami sudah maklum,pemilik tanah asal itu telah meninggal dan kami tidak mengenali waris beliau . Sedangkan ramai kenalan arwah sudah tahu tanah itu milik arwah ibu saya . apa harus kami lakukan untuk mendapatkan hak kami di atas tanah itu supaya nama lot tanah itu menjadi hak kami ? mohon penjelasan..thank you

    1. Salam. tuan/puan.

      masalah tuan/puan ini adalah di luar bidang kami. hal yang berkaitan dengan hartanah, hak milikan tanah, pindah milik tanah, perjanjian, jual beli dan sebagainya disarankan untuk segera berhubung dengan pihak yang lebih layak untuk mendapatkan penjelasan dan khidmat nasihat yang betul seperti peguam atau yang seumpama dengannya. Salah satunya juga seperti yang telah disarankan oleh tuan Zainuddin di dalam ruangan komen ini.

  8. Salam tuan/puan
    Mohon pencerahan,bolehkah pemilik asal / tuan tanah untuk menuntut semula tanah yang telah diberikan kelulusan untuk membina rumah di atas tanah pemilik / tuan tanah selepas kematian tuan badan(adik tiri) yang membina sedangkan si mati(adik tiri)tuan tanah itu ada isteri tetapu tidak mempunyai waris..
    Mohon pencerahan.

    1. Salam tuan/puan. terima kasih kerana bertanya. bagaimanapun, masalah tuan/puan ini adalah di luar bidang kami. sekiranya tuan/puan memang sedang mengalami masalah seperti ini, kami mohon tuan/puan segera berjumpa dengan orang yang lebih layak seperti peguam atau yang seumpama dengannya, supaya masalah tuan/puan ini dapat penjelasan dan dapat diselesaikan dengan cara yang betul.

  9. Salam admin, bolehkah isteri memohon pinjaman untuk membina rumah atas tanah nama suami? Atau bagaimana jika si isteri membuat Surat Kuasa Wakil terlebih dahulu pada tanah tersebut

    1. Salam. Tuan/Puan.

      Untuk tujuan pinjaman perlu rujuk dengan pihak peminjam apakah syarat yang perlu dipatuhi. Untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah daripada PBT pula, kebiasaanya, tuan/puan perlu mendapatkan surat akuan kebenaran tuan tanah atau surat kuasa wakil yang telah disahkan oleh pesuruhjaya sumpah atau orang yang berkelayakan. Tetapi.., syarat setiap PBT (Majlis Daerah / Perbandaran / Bandaraya) adalah berbeza. Bagi mendapatkan penjelasan dan panduan yang betul terutamanya berkenaan dengan kelulusan pelan seperti kes tuan/puan ini, saya sarankan terus rujuk kepada pihak Majlis Daerah/Perbandaran yang terlibat.

    2. Asalam admin..ape saya perlu lakukan sekira dapat kebenaran dari pak mentua sy utk buat rumah di tanah die yg ketegori tanah pertanian..

      1. salam,

        1) dapatkan surat / borang kebenaran persetujuan tuan tanah untuk urusan tersebut dan mesti ditandatangan / cop dihadapan pesuruhjaya sumpah (bergantung kepada syarat yang ditetapkan oleh Majlis Daerah/Perbandaran (PBT) yang terlibat) atau boleh dapatkan surat kuasa wakil (Power of Attorney) yang telah disahkan. Kedua-dua perkara ini sangat penting.

        2) Dari segi permohonan lukisan pelan arkitek kepada PBT: kebiasaannya selain tandatangan arkitek, hanya pemohon sahaja yang perlu tandatangan di setiap helaian lukisan pelan arkitek tersebut. Tetapi terdapat sesetengah PBT, pemilik tanah juga perlu tandatangan di setiap helaian pelan arkitek bersama-sama dengan pemohon. (Contohnya nama tuan/puan dengan nama bapa mertua)

        3) Status tanah pertanian juga kena ubah kepada status bangunan kediaman tetapi perlu rujuk dengan PBT untuk kepastian.

        4) Jika tuan/puan bercadang untuk mendapatkan kelulusan PBT, rujuk terus dengan mereka untuk dapatkan panduan yang betul dari segi urusan permohonan dan dokumentasi. Ini kerana, setiap PBT mempunyai garis panduan mereka sendiri yang perlu dipatuhi oleh setiap pemohon. Secara umumnya, cara permohonan seluruh negara adalah sama, cuma kemungkinan ada permintaan tambahan oleh PBT atau syarat yang lebih ketat atau sebagainya.

  10. Encik. Boleh tanah milik nenek sendiri yang telah meninggal dunia dan belum ditukar nama serta belum buat bicara kuasa mahu dibina rumah. Perlu dapat kebenaran dari siapa. Apa kemungkinan masalah yang akan berlaku kemudian hari. Selain bina rumah adakah tanah tersebut boleh diguna untuk aktiviti perniagaan (warung makan) dan aktiviti pertanian.

    1. kes tuan/puan ini di luar bidang kami. segera rujuk dengan orang yang berkelayakan seperti peguam atau yang seumpamanya supaya dapat penjelasan yang lebih tepat. semoga urusan tuan/puan dipermudahkan

  11. Asalamualaikum…Soalan saya ,kawan saya ingin bina rumah atas lot makciknya,tetapi hanya buat perjanjian biasa untuk guna tanah .maksudnya geran masih nama makcik.perjanjian antara makcik dengan dia.perlukah ke pej tanah…atau ada borang atau prosedur apa

    1. Salam..

      Berdasarkan kpd pengalaman kami sebelum2 ini. Pertama, perlu ada surat persetujuan tuan tanah yg disaksikan oleh pesuruhjaya sumpah. Kedua, dapatkan surat kuasa wakil (power of attorney).

      Kedua2nya ini juga memang diperlukan jika ingin membuat permohonan kelulusan pelan rumah (bina rumah kediaman) kepada pihak berkuasa tempatan seperti majlis daerah/majlis perbandaran.

      Bagaimanapun, sebelum tuan/puan bertindak apa2, disarankan untuk tuan/puan merujuk kepada pihak yg lebih layak dalam kes tuan/puan ini. Dan jika ingin dapatkan kelulusan pelan daripada PBT, dapatkan juga nasihat daripada mereka tentang apa tindakan yg sewajarnya.

  12. apakah tatacara atau step untuk membina rumah di atas tanah ibu mertua?. isteri seorang suri rumah, jadi pinjaman perumahan perlulah di atas nama saya. saya tidak faham step yang perlu di ambil. terima kasih.

    1. Berdasarkan kepada urusan kami di PBT, dari segi untuk mendapatkan kelulusan pelan rumah daripada PBT. Jika pemohon itu menggunakan tanah ibu/pasangan/pemilik lain yang telah bersetuju, yang pertama (1), dapatkan surat persetujuan tuan tanah/surat akuan persetujuan tuan tanah yang mesti ditandatangani oleh tuan tanah dihadapan pesuruhjaya sumpah. Kedua (2), perlu dapatkan surat kuasa wakil (power of attorney) daripada pemilik tanah.

      Bagaimana pun, tuan/puan mesti rujuk kepada pihak Majlis Daerah/Perbandaran berkenaan dengan syarat2 yang telah mereka tetapkan. Secara asasnya, cara permohonan adalah sama untuk setiap PBT di seluruh negara, cuma beberapa perkara tambahan/dokumen tambahan itu yang mungkin ada perberbezaan.

      Berkenaan dengan pinjaman, tuan/puan perlu rujuk pihak peminjam berkenaan dengan syarat yang mereka perlukan. Kedua, rujuk juga dengan orang yang lebih arif tentang hal-hal berkaitan dengan hartanah. Contohnya peguam.

  13. Rumah pusaka kami telah dibina atas
    geran tanah bapa saya manakala pinjaman perumahan di atas nama arwah ibu kami. Bapa kami telah tukarkan nama rumah dan geran tanah kepada adik lelaki bongsu saya tanpa pengetahuan adik-beradik yang lain. Bolehkah kami menuntut hak kami terhadap rumah tersebut? Terima kasih.

    1. Salam,

      Kami minta maaf. Permasalahan tuan/puan bukan dalam bidang kami. Tuan/puan mesti segera rujuk dengan pihak yang berkelayakan seperti peguam atau terus ke pejabat tanah atau yang seumpama dengannya.

  14. Saya nok buat pecah bahagian tanah di atas geran berkongsi. Masaalahnya rakan kongsi dlm geran itu telah membina beberapa rmh sehingga tanah bahagian sya yg sepatutnya 50% sudah tidak mencukupi. Sya telah memohon dgn pej tanah bagi pemecahan sempadan itu, Apakah pej tanah boleh merobohkan bangunan bgi membolehkah bahagian sya dlm tanah itu mencukupi…

    1. Salam,

      Permasalahan tuan/puan adalah diluar bidang kami. Segera rujuk dengan pihak yang berkenaan seperti pejabat tanah atau pihak berkuasa tempatan (PBT) seperti Majlis Daerah /Perbandaran tempatan atau peguam atau yang seumpama dengannya untuk mendapatkan khidmat nasihat dan panduan yang lebih jelas.

      1. Assalmualaikum, masalah saya ni berlarutan 8tahun dah, tanah asalnya hak milik moyang saya, setelah dia meninggal dia dah waksiat kepada kepada 3beradik nenek saya, isteri kepada adik beradik nenek saya tu dah jual sebahagian tanah tu kepada jiran sebelah tanah tu tanpa hitam putih dan berbincang dengan keluarga kami(sekarang geran tu tak pecah lagi). Masalahnya anak beranak saya semua tak setuju pasal hal ini, isteri adik beradik nenek saya tu telah bersetuju untuk bagi balik duit kepada jiran saya yang membeli tanah tu tapi jiran saya tu tak nak terima duit tu dan berkeras nak jugak tanah tu. Kami cuba selesai dengan makamah, tapi pihak makamah memihak kepada dia sebab jiran tu pakai orang dalam pejabat tanah back up statememt dia. Bolehkah encik/puan ajarkan saya cara untuk menangi kes ini sebab kami tak ada cable dalam makhamah dan pejabat tanah kat sini

        1. Wsalam wbt. tuan/puan.

          Tuan/Puan sebenarnya sudah tersalah tempat untuk bertanya. Ia bukan bidang kami. Nasihat kami, SEGERA DAN TERUS berjumpa dengan pihak yang berkaitan seperti peguam / pegawai pejabat tanah untuk mendapatkan panduan & nasihat yang betul.

          Tambahan : sila semak juga penama di atas geran siapakah penama pemilik yang sah sebelumnya.

  15. Sy ada masalah nk bina rumah atas tanah arwah ayah..Di dalam grand tiada nama saya mahu pon adik bradik..Yg ada hanya lah nama adik bradik arwah ayah..Boleh kah saya membuat pinjaman untuk membuat rumah di atas tanah arwah ayah sy??dan pada pihak mana sy patut rujuk

    1. Salam,

      1) Hal berkaitan hartanah bukan dalam bidang kami. Tetapi, jawapan kami berdasarkan kepada beberapa urusan permohonan kelulusan pelan rumah di beberapa PBT sebelum ini, PERTAMA, dapatkan Persetujuan Akuan Tuan Tanah (semua penama yang ada) terlebih dahulu dan MESTI ditandatangani di hadapan dan dicop pesuruhjaya sumpah. Atau KEDUA, dapatkan Surat Kuasa Wakil / Power of Attorney (POA). Setelah beberapa syarat dipenuhi barulah ianya dapat diberikan kelulusan oleh PBT untuk membina rumah/bangunan. Bagaimana pun, dapatkan juga bantuan atau panduan daripada PBT yang terlibat di unit OSC atau unit bangunan atau unit perancang bandar kerana mungkin terdapat syarat lain yang dikenakan atau perlu dipenuhi. Selain itu, rujuk juga dengan Pejabat Tanah untuk mendapatkan penjelasan lanjut.

      Apapun, nasihat kami, SEGERA berjumpa dengan pihak yang berkelayakan atau bertauliah terlebih dahulu dalam urusan berkaitan hartanah. Dapatkan panduan yang betul daripada mereka supaya tuan/puan dapat membuat keputusan yang betul dan tidak menyalahi undang-undang.

      2) Berkenaan dengan pinjaman, terus rujuk dengan pihak peminjam.

      Kami mendoakan supaya urusan tuan/puan dipermudahkan.

      PBT = Majlis Daerah / Majlis Perbandaran

  16. Pinjaman ape yg boleh gune untuk bina rumah atas tanah mertua yg tlah di izinkn? N mcm mne cara nk buat pinjaman itu selain personal loan?boleh ke gne loan perumahan n mcm mne caranye

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *