Panduan Membeli Laptop Untuk Architecture Student

Mencari laptop bukanlah perkara yang susah. Apa yang paling penting ialah adakah laptop itu sesuai dengan kegunaan dan keperluannya. Kalau boleh, sudah tentu yang boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang atau tahan lama. Untuk pelajar architecture, sudah semestinya laptop yang berkualiti dan berkuasa tinggi adalah menjadi keutamaan supaya kerja projek yang dilakukan dapat dijalankan dengan baik dan berjalan lancar.

Sebelum membuat keputusan membeli laptop, mesti tahu dan memahami bidang yang diceburi. Seperti architecture, kena tahu bahawa, bidang architecture selalunya akan terlibat dengan banyak projek. Bermula dengan membuat design dan seterusnya menyediakan grafik. Projek design dan menyediakan grafik sudah tentu akan menggunakan perisian tertentu yang memerlukan kuasa laptop yang terbaik.

 

Dalam pada itu, perisian atau software seperti Autocad, 3D sketchup, lumion 3D dan juga adobe photoshop tu sudah sinonim dengan bidang architecture. Malah, ada banyak lagi software yang digunakan antaranya 3Ds Max, Revit dan Ilustrator dan mungkin ada banyak lagi. Bagaimana pun, kena tahu juga bahawa bukan semua software ini perlu di install di dalam laptop anda kerana tidak semuanya akan digunakan. Bergantung kepada kemahiran dan pengetahuan anda. Tetapi sebagai pelajar architecture, semua tu wajib ada dalam komputer walaupun sebenarnya selebihnya hanya sekadar hiasan semata-mata. Kan?

Senarai perisian yang biasa digunakan dalam bidang architecture

  1. Autocad
  2. Google 3D Sketchup
  3. Lumion 3D
  4. Adobe Photoshop
  5. 3Ds Max
  6. Autodesk Revit
  7. Adobe Illustrator dan banyak lagi.

Tetapi, yang paling kerap digunakan ialah Autocad, 3D Sketchup, Lumion dan Adobe Photoshop. Keempat-empat perisian ini paling minimum yang mesti digunakan. Perisian ni agak berat dan memerlukan laptop yang berkuasa tinggi supaya nanti tidak timbul masalah semasa kerja-kerja me-render dilakukan.

Bagaimanapun, sebenarnya, untuk perisian seperti Autocad, ia tidaklah terlalu memaksa anda untuk mendapatkan laptop berkuasa tinggi, kerana setakat ini laptop atau komputer berkuasa sederhana atau di bawah paras sederhana juga masih mampu menjalankan perisian ini. Cuma, sama ada ia dapat berjalan dengan lancar dan pantas atau pun tidak sahaja. Seperti saya sendiri, salah satu komputer saya masih menggunakan komputer yang berkuasa sederhana kerana saya hanya menumpukan kepada perisian autocad, 3D sketchup dan photoshop sahaja.

Jadi, untuk mendapatkan laptop terbaik sama ada untuk belajar ataupun semasa bekerja, boleh pertimbangkan perkara di bawah:

1. Processor: Paling tidak untuk menjalankan software di atas mestilah sekurang-kurangnya Intel i5 dan ke atas. Tetapi lihat kepada peruntukan yang ada. Jika jenama Intel seminima i5 tidak mencukupi dengan peruntukan anda, boleh cuba rujuk jenama AMD yang mana harganya jauh lebih murah berbanding Intel. 

2. Graphic Card: Selain processor, anda mesti lihat juga Graphic card yang ditawarkan. Ada atau tidak ditawarkan di dalam laptop tersebut. Graphic card yang terbaik ialah Nvidia dan AMD Radeon. Anda boleh lihat stiker pada laptop tersebut atau pada senarai spesifikasinya. Secara peribadi, saya cadangkan jenama Nvidia dengan siri sekurang-kurangnya GTX 1050 atau GTX 950. 

nvidia dan radeon logo stiker

3. RAM: RAM sekurang-kurangnya mestilah 4GB atau lebih baik lagi dengan 8GB. Untuk 4 software yang dinyatakan di atas, sudah pasti RAM yang tinggi memberikan kesan yang amat baik. Walaupun perisian seperti Autocad masih boleh dijalankan di dalam laptop yang berkuasa sederhana tetapi jumlah RAM yang tinggi adalah amat penting supaya software yang digunakan tidak terganggu atau tidak terbeban. Malah, hendak buka Autocad dan software lain pun tidaklah terlalu lama menunggu. 

4. Hard Disk HDD atau SSD: Architecture sememangnya memerlukan ruang simpanan yang besar. Sudahlah perisian pun memerlukan saiz simpanan yang besar malah fail-fail projek yang disimpan juga mempunyai saiz yang besar. Jadi, untuk saiz simpanan ini sekurang-kurangnya mempunyai 500GB untuk Hard disk (HDD). Tapi saya lebih suka jika dapat dengan saiz 1TB. 

Bagaimana dengan SSD? Jika anda mempunyai peruntukan lebih, saya cadangkan anda tambah SSD. Anda boleh install Windows dan perisian penting seperti Autocad, 3D Sketchup, Lumion 3D dan Adobe Photoshop ke dalam SSD. Manakala, fail-fail projek dan lain-lain fail boleh disimpan di dalam HDD. Bermakna, anda ada dua peranti simpanan 1 dalam HDD dan 1 lagi dalam SSD. SSD akan menjadikan laptop atau komputer anda ‘loading’ dengan lebih cepat dan mungkin hanya sesaat sahaja. Ya, RAM memang penting, tetapi SSD akan membantu mempercepatkan lagi proses ‘loading’ dan tranfer data’. 

Antara brand SSD yang terkenal dan ditawarkan dengan harga yang berbaloi ialah Sandisk dan juga Kingston. 

ssd kingston
Contoh SSD jenama Kingston

Anda juga boleh cari dan beli SSD secara online. Malah, ada banyak dijual secara online dengan harga berpatutan. Salah satunya, anda boleh beli dengan mudah di Lazada. Semak di sini

5. Windows atau Mac : Ini terpulang kepada anda. Jika anda mempunyai peruntukan yang besar, sudah tentu anda boleh teruskan dengan Laptop Mac (Apple). Tetapi, jika dengan peruntukan besar itu anda boleh dapatkan laptop Windows yang hardcore, lebih baik anda teruskan dengan Windows. Apa yang paling penting jenis Graphic card yang ditawarkan Mac kepada anda. Kalau boleh jangan beli laptop yang hanya menawarkan Intel HD Graphic. Anda akan menyesal dengan pembelian tersebut. 

6. Screen: Terus terang, jika anda membuat design dengan laptop carilah saiz skrin yang besar iaitu antara 15 ke 17 inchi. Saiz ini sudah sesuai bagi sebuah laptop untuk tujuan membuat design. Lagi besar skrin lagi selesa pandangan mata. 

7. Brand : Ada banyak brand terkenal yang anda sepatutnya beli. Antaranya MSI, HP, Asus, Dell, Lenovo dan Acer. Kalau saya, saya cadangkan MSI atau HP.

Bertanya dengan penjual di kedai komputer pun boleh juga tetapi, kadang-kadang agak kurang membantu, sebab mereka juga tidak faham kehendak kita sebagai pembeli. Membuat survey dari kedai ke kedai atau buat carian di internet dulu sebelum terus membeli di kedai adalah cara yang paling baik. Jadi, anda sudah tahu apa yang hendak dibeli, bagaimana spesifikasinya dan juga lingkungan harganya. Apabila di kedai anda hanya perlu tawar menawar harga atau dapatkan tambahan peranti lain dengan harga yang terbaik. Kalau hendak lebih mudah, anda cakap saja yang anda mahukan gaming laptop dengan bajet anda sekali. 

Apapun, jangan terlalu memaksa. Ia bergantung kepada peruntukan yang anda ada. AMD misalnya, menawarkan harga jauh lebih murah dengan kemampuan yang tidak kurang hebatnya dengan Intel. AMD juga ada menawarkan integrated Graphic terutamanya AMD A-Series, yang pada perkiraan saya ia sudah cukup baik untuk kerja design dan grafik.

Anda perlu faham. Lihat dulu apakah perisian yang akan anda gunakan. Berapa buah perisian yang akan kerap digunakan. Kemudian, lihat juga peruntukan yang anda ada. Sebagai ulangan Autocad, 3D Sketchup, photoshop dan lumion adalah perisian yang wajib sekurang-kurang ada dalam laptop anda. Autocad, 3d sketchup dan photoshop masih boleh dijalankan dengan laptop berkuasa sederhana cuma mungkin sedikit ambil masa untuk loading dan render. Kerja-kerja juga tidaklah se-smooth laptop yang berkuasa tinggi. Manakala perisian Lumion pula memerlukan sistem komputer yang tinggi dan yang penting ada graphic card. Untuk rekod saya sendiri, Lumion boleh dijalankan dengan laptop berkuasa sederhana yang mempunyai graphic card. Cuma, saya agak sedikit frust sebab kadang-kadang laptop menjadi perlahan dan tidak dapat menampung bebanan perisian Lumion yang sememangnya agak berat ditambah pula dengan file design yang sangat besar. 

nvidia dan radeon logo stiker

Sebagai peringatan saya kepada anda, beli laptop yang ada sistem grafik Nvidia atau Radeon di dalamnya. Lihat logo di atas sebagai panduan. Ini sahaja pilihan terbaik untuk sebuah laptop. Tetapi saya lebih cenderung kepada jenama Nvidia yang sekurang-kurangnya GTX 1050 atau GTX 950. Selain daripada itu, contohnya Intel HD Graphic tidak bagus untuk anda yang bergelar architecture student !