6 Laptop Yang Sesuai Untuk Architecture Student 2018

Architecture student, kalau tidak mempunyai laptop memang boleh jadi bingung juga dibuatnya. Laptop boleh lah dikatakan sebagai pendamping atau jadi peneman hidup kepada architecture student. Apatah lagi bidang architecture ni ada banyak perkara yang mesti dilakukan. Architecture student, sudah tentu perlu mencari maklumat,  membuat case study, membuat design, membuat drawing, membuat 3D, membuat presentation board, mencari maklumat tapak cadangan, mencari maklumat berkaitan projek dan banyak lagi yang mana semuanya itu memerlukan kepada kemudahan laptop atau kompter. Ia bukanlah wajib, tapi dengan keadaan yang seperti ini, laptop memang sangat diperlukan. Di peringkat permulaan, mungkin tak perlu laptop berkuasa tinggi. Tapi bila sudah naik semester, laptop pun kena dinaik taraf! 

Jika mahukan sebuah laptop terbaik, ada beberapa jenis laptop yang sesuai untuk architecture student. Yang disenaraikan di sini ialah laptop terbaik untuk architucture student yang paling minimum mengikut brand, spesifikasi dan harga. Saya akan gunakan istilah ‘Laptop Terbaik’ atau ‘Gaming Laptop’. Kenapa ‘Gaming Laptop’? Sebabnya, apa yang boleh dimainkan untuk ‘game’ bermakna ia juga mampu menjalankan perisian architecture. Senarai ini adalah berdasarkan kepada pemilihan saya secara peribadi untuk laptop dengan processor Intel. 

 

1. MSI GL62M-7RDX-1216

Secara umumnya, kebanyakan pembeli laptop lebih cenderung kepada jenama laptop seperti Acer dan juga ASUS berbanding MSI. Ini kerana jenama ini sangat familiar dan diyakini di kalangan pengguna laptop. Malah, iklannya juga boleh dijumpai di mana-mana. Untuk pengetahuan anda, MSI bukanlah sebuah jenama yang biasa. MSI merupakan antara sebuah jenama dan pengeluar barangan komputer yang terkemuka di dunia. Bagi yang biasa dengan barangan komputer, MSI merupakan jenama yang tidak asing lagi pada mereka. Antara produk yang paling banyak dijumpai di pasaran ialah motherboard, graphic card dan juga laptop. 

MSI GL62M-7RDX-1216 merupakan salah satu siri GL yang menawarkan Intel® Core i5-7300HQ Processor, 4GB DDR4 2400MHz dan peranti simpanan sebesar 1TB Hard disk. Manakala graphic cardnya pula Nvidia GTX 1050 2GB GDDR5 dibantu dengan skrin selebar 15.6 inchi. Laptop dengan spesifikasi yang diberikan ni bukanlah yang paling baik, akan tetapi ia adalah laptop yang terbaik paling minimum yang harus dimiliki untuk menjalankan perisian architecture dengan baik. Harganya sekitar RM3,000 lebih yang mana anda juga boleh membuat perbandingan DI SINI. Cuma, rekabentuknya nampak biasa saja. Tak nampak “Wow” lah

2. OMEN by HP Laptop 15-ce032TX

HP merupakan sebuah jenama komputer yang tidak asing lagi. Laptop ini dipilih bukan sahaja mempunyai spesifikasi yang baik malah memiliki rekabentuk yang menarik kalau hendak dibandingkan dengan MSI tadi. Laptop ini menawarkan 7th Generation Intel® Core i7-7700HQ Processor, 4GB DDR4-2400 SDRAM dan hard disk dengan saiz 1TB 7200 rpm SATA. Saiz skrinnya sama seperti MSI tadi iaitu selebar 15.6 inchi dan dibantu dengan sistem kad grafik NVIDIA GTX 1050 (4 GB GDDR5 dedicated). Dengan spesifikasi yang ditawarkan ini, laptop ini lebih baik sedikit untuk menjalankan perisian architecture berbanding MSI GL62M-7RDX-1216 tadi. 

Harga yang ditawarkan di HP Store untuk OMEN by HP Laptop 15-ce032TX ini ialah sekitar RM4,099 tetapi jika anda rajin sedikit membuat carian di Lazada, harga yang ditawarkan lebih kurang RM3,600. Jika anda memilih untuk membeli di Lazada, pastikan baca dulu review pembeli lain dan rating seller sebelum membuat keputusan membeli secara online. Jika tidak, jadikan sebagai rujukan harga sahaja dan terus ke kedai komputer untuk mendapatkan laptop ini. Untuk semak harga di HP store DI SINI atau di Lazada DI SINI. Jika ada processor Intel i5, mungkin harganya lebih murah.

3. Acer Nitro 5 (AN515-51-579L)

Kebanyakan kita memang tahu jenama Acer. Antara jenama yang sangat dikenali. Sebut laptop saja mesti jenama Acer yang terlintas di kepala. Acer ada banyak keluaran laptop. Untuk gaming laptop, Acer sebenarnya telah berjaya membuatkan pembeli laptop berasa teruja dan rambang mata. 

Laptop Acer Nitro 5 (AN515-51-579L) ini bukanlah yang terbaik tetapi bolehlah juga diterima untuk kerja-kerja architecture. Laptop ini menawarkan Intel Core i5-7300HQ 2.5 GHz; Quad-core, 4GB DDR4, 1 TB hard drive dan Nvidia GTX 1050 Up to 4 GB GDDR5 Dedicated graphics memory dan skrin selebar 15.6 inchi. Harga ditawarkan oleh Acer ialah sekitar RM3,099. Lihat harga DI SINI. Kalau di Lazada boleh jumpa dengan harga sekitar RM2,900.

4.  Asus FX553V-DDM1025T Gaming Laptop

Selain Acer, Asus juga merupakan jenama yang sangat terkenal di kalangan pengguna laptop. Seakan-akan Acer bunyinya, kadang-kadang boleh juga terkeliru. Asus FX553V ini tidak dapat dipastikan ada versi Intel i7 atau pun tidak. Tetapi Asus FX553V-DDM1025T ini menawarkan processor Intel Quad-Core i5 7300HQ 2.5Ghz up to 3.5GHz, 4GB DDR4 RAM, 1TB 5400RPM HDD, Nvidia GTX1050 2GB GDDR5 dan skrin selebar 15.6 inchi. Boleh dikatakan kebanyakan gaming laptop dengan spesifikasi minimum yang disenaraikan ini menawarkan skrin bersaiz 15.6 inchi. 

Laptop ini ditawarkan dengan harga sekitar RM2,800 ke RM3,500. Tergantung di mana anda akan membelinya. Semak di Lazada atau di Asus.

5. Dell Inspiron 15 7000 Gaming (7577)

Dell Inspiron 15 7000 Gaming (7577) menawarkan processor I5-7300HQ(6M 2.5GHZ) dengan sistem Windows 10 Home. 4GB DDR4, 1 TB hard disk dan sistem grafik Nvidia GTX1050 4GB. Spesifikasi yang Dell tawarkan ini sama seperti brand sebelum ini yang mana hampir kesemuanya memberikan spesifikasi yang hampir sama untuk lingkungan harga yang ditawarkan. 

Bagaimanapun, ia sudah sesuai dan laptop paling terbaik yang paling minimum untuk kegunaan perisian architecture. Apa yang boleh dimainkan untuk perisian permainan, sudah pasti untuk kegunaan perisian architecture tidak mempunyai masalah. 

Dell sendiri memberikan tawaran harga lebih kurang sekitar RM3,500 dan ke atas bagi laptop siri Inspiron 15 7000 ini. Boleh semak harga di DELL atau di Lazada.

6. Lenovo Legion Y520

Apa yang menarik pada Lenovo Legion Y520 ini ialah spesifikasinya dengan harganya sangat berbaloi untuk dimiliki. Spesifikasi gaming dengan processor i5 tidak banyak beza dengan spesifikasi gaming yang ditawarkan dari jenama yang lain. Cuma harganya anda boleh dapatkan sekitar RM2,870 yang boleh disemak di Lazada. Jika anda menyemak harga di Lenovo sendiri, harganya ialah sekitar RM3,299.
 
Menawarkan processor i5, 4GB ddr4 RAM, 1 TB hard disk dan graphic card GTX 1050 2GB GDDR5 sudah memadai untuk menjalankan perisian architecture.
 
Jika anda mempunyai lebihan bajet, saya mencadangkan supaya menambah jumlah RAM kepada 8GB dan tambah peranti SSD untuk meningkatkan kuasa laptop anda. Memandangkan perisian architecture semakin lama semakin tinggi dan bersaiz besar sudah tentu satu mssa nanti laptop juga perlu dinaik taraf kepada tahap yang paling maksima. 
 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *