Sharing is caring!

JEDDAH – ARAB SAUDI – Menurut Sinar Harian Online, ‘Bullet train’ antara Makkah- Madinah di Arab Saudi dijangka siap pada September 2018 ini.

Menteri Pengangkutan Arab Saudi, Nabil Mohammed Al-Amoudi berkata, Haramain Express berkelajuan lebih 300 km sejam itu bakal menjadi kereta api terpantas di Timur Tengah. 

 

“Kereta api ini boleh menampung 60 juta penumpang setahun dan mula beroperasi secara rasmi pada awal 2019.

image via Wikipedia

“Landasan sepanjang 450 km akan melalui King Abdullah Economic City dan menghubungkan bandar Raja Abdulaziz di Jeddah,” katanya.

Tambahnya , sistem pengangkutan ini merupakan dasar ekonomi utama yang dirancang di negara itu sekali gus menjadi transformasi pengangkutan bagi memenuhi visi 2030.

Seperti dalam laporan Sinar Harian Online, difahamkan, kereta api Haramain Express menelan belanja sebanyak AS$26 juta dan telah mula dibina pada Mac, tahun 2009.

Pembinaan kereta api ini akan memudahkan para jemaah untuk perjalanan antara Mekah ke Madiah dengan hanya mengambil masa sekitar dua jam sahaja berbanding menaiki bas yang mengambil masa enam jam perjalanan.

Sementara itu, Gabenor Madinah, Pangeran Faisal bin Salman menjangkakan seramai 15 juta penumpang akan menaiki kenderaan ini menjelang musim umrah pada 2020 nanti. – Arab News

Sumber

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
May 2018
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 76
shares