Skip to content
DZ Creation DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

  • Home
  • About Us
  • Architecture
    • Architecture Project
      • House Design Project
      • Shop Design Project
      • Other Projects
    • Interior Project
    • Architecture Reference
      • Apa itu Architecture ?
      • Nota Senibina – Pelan tapak, laluan & sebagainya
      • Ruang
      • UBBL 1984
    • Gallery
      • Design Work
      • Architecture Travel
        • KL
        • Kelantan
  • News
  • Blog
  • IT
    • Architecture
      • Accessories
      • Software
      • Technology
      • Tools
    • Computer
      • Accessories
      • Gaming Accessories
      • Hardware
      • Software
    • Tutorial
      • Autocad
      • Sketchup
  • Contact
DZ Creation
DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

Anthropometry dan Ergonomic – Part 1

Joon, May 14, 2018June 17, 2023

Antropometri merujuk kepada kajian berkenaan dengan pengukuran saiz (measurement) dan perkadaran tubuh manusia (proportion). Ia membantu memahami kepelbagaian fizikal manusia yang bertujuan untuk melihat fungsi dalam menentukan sesuatu ruang (space) dan bentuk (form) di sekelilingnya. Dalam architecture juga, bentuk (form) dan ruang (space) adalah ditentukan berdasarkan kepada ukuran tubuh (figure) manusia dan pergerakannya. Ini juga dipanggil sebagai proportions. 

Image via Architecture : Form, Space, & Order. Second Edition. D.K Ching Page: 310

Kebiasaannya, data ukuran yang diperolehi adalah secara purata sahaja atau ukuran yang standard. Ia bergantung kepada keadaan dan keperluan semasa. Ukuran standard pula, selalunya digunakan sebagai panduan dalam menentukan sesuatu bentuk dan ruang. Ia mengikut kepada sama ada figur itu lelaki atau perempuan, dewasa atau kanak-kanak, kumpulan bangsa, warga tua atau muda dan orang kurang upaya (OKU). Sebagai contoh, ukuran figur manusia terhadap ruang dapur dan terhadap bentuk kabinetnya, yang mana, ia perlu dilihat dan diukur dari sudut keselesaan tubuh badan, capaian tangan dan juga pergerakan anggota badan. 

Image via Architecture : Form, Space, & Order. Second Edition. D.K Ching Page: 310

Di Malaysia, berdasarkan kepada data Kementerian Kesihatan Malaysia tahun 2014 , purata ketinggian orang dewasa adalah 161 cm ¹. Jadi, penentuan form dan space itu mestilah merujuk kepada kesesuaian semasa tubuh manusia dan kumpulan etnik, seperti yang telah dinyatakan di atas. 

Pernahkah anda duduk di meja makan tetapi kerusi dan meja tidak selesa dengan anda? Contohnya, duduk di kerusi terlalu rendah dan meja makannya pula tinggi berada pada paras dada. Atau, kerusi yang terlalu tinggi tetapi meja pula agak terlalu rendah.

Dan pernahkah anda, duduk di meja makan konkrit berbentuk kayu? yang kerusinya agak rendah, jaraknya dengan meja pula agak jauh yang menyebabkan badan kita membongkok ke hadapan? Hendak ditarik kerusinya, berat pula. Pernah? Kesian. Sangat tak selesa, bukan? Ini adalah salah satu contoh tidak proportion, yang mana pembuat atau pengilang tidak merujuk kepada ukuran saiz figur manusia dan proportion yang betul. Ini juga adalah disebabkan oleh kegagalan pihak premis untuk mengambil berat tentang perkara ini.

Kita akan kata, “ish, tak proportion la meja dia dengan kerusi”.

Francais D.K Ching – Architecture : Form, Space, and Order Second Edition, muka surat 310, Average dimensions must always be treated with caution since variations from the norm will always exist due to the difference between men and women, among various age and racial group, even from one individual to the next.

Image via Architecture : Form, Space, & Order. Second Edition. D.K Ching Page: 310

Ukuran proportions figur manusia sangat berkait dengan semua aktiviti yang kita lakukan. Ia merangkumi jarak dan ketinggian untuk dicapai, saiz perabot yang kita gunakan, tempat duduk, tempat bekerja, tempat makan dan tempat tidur.

Ia berbeza-beza untuk sesetengah perkara, jenis aktiviti dan juga situasi sosial kita. 

Ergonomic

Sesuatu perkara yang merujuk kepada faktor manusia adalah Ergonomic. Ergonomic ialah proses merekabentuk atau mengatur tempat kerja, produk dan sistem supaya ia sesuai dengan orang yang menggunakannya.

Ergonomic bukan hanya tertumpu kepada sesetengah perkara sahaja, ia merangkumi dalam banyak perkara. Contohnya, rekabentuk dan kawalan dalam kenderaan, penggunaan komputer, penggunaan telefon pintar, laptop dan sebagainya. Ia juga terguna pakai dalam setiap ruang kerja, waktu bersukan, waktu lapang, kesihatan dan keselamatan. 

image via Wikipedia

Seperti di dalam ruang kerja. Pastikan duduk dengan kepala dan leher tegak, sejajar dengan badan, tidak membongkok atau condong ke belakang. Tidak melihat skrin dengan kepala berpaling atau membelakangkan skrin dan pastikan siku dan badan berada pada posisi yang betul serta sangat selesa.

Tujuan ergonomic adalah untuk mengkaji tentang kebolehan dan kebatasan manusia, kemudian ia digunakan untuk meningkatkan interaksi seseorang dengan produk, dengan sistem dan dengan persekitarannya.

image via learneasy.info

Beberapa tips akan disyorkan untuk membantu mengurangkan risiko stress, kecederaan fizikal, ketegangan mata ketika menggunakan komputer dan sebagainya. Ia akan berubah-ubah bergantung kepada perubahan teknologi dan kesesuaiannya terhadap tubuh badan kita.


¹ PressReader – Ketinggian

About The Author

Joon

See author's posts

Architectural Notes Architecture Architecture Reference Architecture Science & Technology Articles Blog

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Capaian

May 2018
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Apr   Jun »

Artikel terkini

  • Runtuhan gudang: Pembinaan projek dihentikan
  • Kitaran kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan
  • 160 Mayat dijumpai di bawah runtuhan akibat serangan di Gaza
  • Binaan runtuh: Seorang pekerja turun awal, 3 disahkan maut
  • 18 Pekerja terperangkap bawah runtuhan tapak binaan
  • Hospital Al-Shifa kembali beroperasi
  • Projek pelabuhan, jambatan darat Thailand beri manfaat kepada Malaysia – PM Anwar
  • Kolaborasi FIFA dan AFC Bina Stadium Baru di Malaysia
  • Model S70: Proton sasar jual 2,000 unit sebulan
  • Naib Presiden China Lawat Kilang Proton
  • YDP Agong Rasmi projek Perumahan SASaR di Wardieburn, Setapak
  • UBBL 1984 : Bahagian V – Bebanan dinamik
  • APEC 2023: Malaysia akan gunakan peluang bela Palestin
  • EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuhi EUDR
  • Pemulihan dan Kreativiti: Projek Taman Linear di Mexico oleh Taller Capital
DZ Creation

Newsletter signup form

Tinjauan

Senibina kegemaran andaTinjauan ini sedang diuji
©2023 DZ Creation | WordPress Theme by SuperbThemes