Bumbung dan Jenis Bumbung – Part 1

Bumbung ialah bahagian bangunan yang di atas sekali yang menutup bahagian dalam bangunan atau dalam rumah. Kita juga menyebutnya sebagai atap yang bertindak sebagai tempat berteduh. Bahasa inggerisnya = Roof.

Bumbung atau atap berfungsi sebagai elemen perlindungan utama untuk ruang dalam sesebuah bangunan. Bentuk dan cerun bumbung mesti bersesuaian dengan jenis bumbung yang digunakan. Contohnya bumbung atau atap shingles, bumbung jenis tile atau bumbung membran, yang mana ia bertujuan untuk mengalirkan air hujan atau mungkin juga air salji yang mencair terus ke dalam longkang, saliran gutter dan juga saluran paip air. Pembinaan bumbung juga harus mengawal kelembapan, penyusupan udara, mengawal haba dan mengawal peredaran cahaya matahari. Ia juga bergantung kepada jenis pembinaan yang diperlukan oleh sesebuah bangunan, struktur bumbung dan juga mampu membendung penyebaran api.

 

Bumbung terdapat dalam dua bentuk. Pertama, bumbung cerun (sloping roof) dan kedua, bumbung rata (flat roof). 

Fungsi bumbung mestilah merujuk kepada :
  1. Perlindungan dari air hujan dan angin
  2. Kestabilan
  3. Kekuatan
  4. Mengawal haba
  5. Mengawal peredaran cahaya matahari
  6. Rintangan terhadap api
Berikut adalah jenis dan bentuk bumbung:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *