Setback bermaksud anjakan yang perlu dibuat sebelum pembinaan sebuah bangunan atau rumah dimulakan. Untuk setback rumah kediaman biasa atau standard ialah 20 kaki hadapan atau bahagian yang menghadap jalan dan 10 kaki kiri, kanan dan belakang atau bahagian yang bersebelahan dengan lot yang lain. Anjakan tersebut ialah dari garis sempadan lot hingga ke dinding bangunan.

Contoh lot jenis lot bersebelahan
Contoh di atas menunjukkan lot tapak cadangan menghadap jalan utama. Manakala sisi dan belakang lot tapak cadangan ini bersebelahan dengan lot-lot yang lain.

Contoh anjakan (setback) depan, sisi dan belakang
Anjakan 20 kaki (6.096 meter) dari sempadan lot yang menghadap jalan. Manakala 10 kaki bagi bahagian yang menghadap lot bersebelahan.

Anjakan (setback) dan Ruang binaan
Ruang kosong (putih) ialah ruang yang tinggal yang dibenarkan untuk membuat binaan di atasnya selepas menolak ruang anjakan (setback)

Ruang yang tinggal untuk binaan dan jalan utama

Gambaran perspektif lot cadangan
Warna grey ialah jalan utama. Manakala, warna hijau ialah tapak cadangan dan warna putih ialah ruang yang dibenarkan untuk membuat binaan selepas jarak anjakan diperolehi.

Gambaran 1 unit rumah 1 tingkat
Gambaran di atas adalah kedudukan bangunan selepas membuat anjakan 20 kaki hadapan dan 10 kaki sisi dan belakang. Warna grey merujuk kepada jalan utama atau jalan hadapan. Gambaran di atas diandaikan kepada rumah 1 tingkat.

Gambaran 1 unit rumah 2 tingkat
Gambaran di atas sebuah bangunan atau rumah kediaman yang diandaikan sebagai sebuah bangunan 2 tingkat. Jarak anjakan hadapan dari jalan utama ialah 20 kaki. Warna grey ialah jalan utama sebagai bahagian hadapan bangunan.

Kedudukan bangunan dengan setback sekeliling dan laluan masuk (driveway) ke bangunan
Gambaran bagaimana sebuah bangunan atau rumah kediaman di atas tapak cadangan selepas anjakan. Driveway berada di hadapan (warna kuning) sebagai laluan masuk ke bangunan dari jalan utama (warna grey).

Kedudukan bangunan dari sisi berbeza
Gambaran untuk melihat kedudukan bangunan dan anjakan (setback) dari sisi atau sudut yang lain. Warna kuning ialah driveway sebagai bahagian hadapan dan warna grey ialah jalan utama.

Kedudukan bangunan dari sisi belakang
Gambaran dari sudut belakang dan sisi bangunan untuk melihat bagaimana kedudukan bangunan selepas anjakan dibuat. Warna brown merujuk kepada lot-lot lain yang berada bersebelahan lot tapak cadangan.
2 Responses
[…] [LAGI ARTIKEL BERKAITAN] INFOGRAFIK: SETBACK SEBELUM MEMBINA RUMAH KEDIAMAN […]
[…] Infografik : Setback Sebelum Membina Rumah Kediaman […]