AutoCAD 2019 Versi Terkini Autodesk

AutoCAD bukan software asing lagi untuk arkitek dan architecture student. Tujuan asalnya ialah untuk membantu arkitek membuat design dan rekabentuk bangunan sama ada dalam bentuk 2D drawing atau 3D drawing dan memudahkan arkitek menyediakan lukisan pelan arkitek dengan lebih cepat.

Selain arkitek, jurutera, landscape designer, interior designer dan student dalam bidang ini turut sama menggunakan software AutoCAD untuk membuat kerja-kerja mereka. AutoCAD semua versi sama saja kegunaannya. Cuma, untuk setiap versi ada penambahbaikan dan penambahan ciri-ciri tertentu. Anda boleh download AutoCAD 2019 di laman web 1. Autodesk.com 2. Autodesk Asia Pacific

 

Apa yang baru dalam AutoCAD 2019? 

Specialized Toolsets dengan One AutoCAD

Sesuatu yang baru dalam AutoCAD 2019 sudah pastilah pengenalan kepada Specialized Toolsets yang juga dikenali sebagai One AutoCAD. One AutoCAD ini menggabungkan semua produk AutoCAD ke dalam satu (1) produk seperti

  1. AutoCAD Architecture
  2. AutoCAD Electrical
  3. AutoCAD Map 3D
  4. AutoCAD Mechanical
  5. AutoCAD MEP
  6. AutoCAD Plant 3D
  7. AutoCAD Raster Design
image via autodesk

Semua produk itu kini telah disatukan. Apabila melanggan produk AutoCAD, anda dapat mengaksesnya kepada industry-specific tool sets seperti architecture, mechanical, electrical dan banyak lagi. Selain itu, ia meningkatkan cara kerja yang lebih baik melalui desktop, website (AutoCAD web app) dan mobile (AutoCAD mobile app). Maksud mobile ialah peranti smartphone, tablet dan yang seangkatan dengannya.  Dalam pada itu juga, terdapat ciri-ciri baru seperti DWG compare, Save to web and mobile, 2D graphics, Shared views, User interface, PDF import dan banyak lagi. 

AutoCAD web app

Aplikasi web dan ciri-ciri khasnya akan termasuk dalam langganan AutoCAD 2019. Aplikasi ini membolehkan create, edit, view, dan share CAD drawing ke dalam internet dari mana-mana browser. Cuma taipkan saja web.autocad.com dalam browser address dan login. Ini bermakna, kemudahan AutoCAD web app ini tak perlu untuk men-download apa-apa program ke dalam desktop atau komputer. Ia juga membenarkan untuk meng-view, edit, manage layer dan object properties. 

image via web.autocad.com
AutoCAD mobile app
Image from mobile screenshot

AutoCAD mobile app, juga mempunyai kemudahan yang sama seperti Aplikasi web iaitu create, edit, view, dan share AutoCAD drawing pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Ia termasuk sekali dengan banyak kemudahan AutoCAD tools kegemaran pengguna dari desktop, serta mobile-only tools yang baru untuk ketika anda bekerja di tapak.

AutoCAD mobile app juga membolehkan anda untuk present design project kepada klien. File-file drawing juga boleh disimpan ke dalam Cloud Storage seperti Dropbox, Google Drive dan sebagainya. Dalam pada itu, aplikasi ini membenarkan anda untuk men-download file ke dalam peranti dan bekerja secara offline. Tetapi, segala kemudahan ini hanya boleh diaskes selepas anda melanggan pakej yang ditawarkan dan mempunyai license penuh untuk mengakses kepada produk tersebut.

Paparan antaramuka (interface)

Dari segi interface untuk ruang kerja AutoCAD, didapati tidak banyak perbezaan melainkan sedikit perubahan dan sedikit pembaharuan pada ikon-ikon dalam program AutoCAD ini.  Kalau hendak dibandingkan dengan ikon versi sebelumnya, ikon baru ini nampak lebih ringan dan sedap untuk mata yang melihatnya. Tetapi tidaklah ketara sangat. 

DWG compare
Image via autodesk

Drawing compare ialah di mana anda boleh membuat perbandingan antara drawing yang baru dan drawing yang lama dalam satu file kerja untuk melihat tentang perubahan yang ada. Untuk membuat perbandingan anda hanya perlu membuka menu Collaborate dan pilih DWG Compare. Di dalam DWG Compare anda perlu memilih file kedua untuk membuat perbandingan. Terdapat warna yang mewakili setiap drawing untuk dibandingkan. Contoh DWG1 ditetapkan dengan warna hijau dan DWG2 pula bewarna merah. Dan warna ini boleh diubah kepada warna yang lain. Setiap perbezaan bahagian drawing di antara keduanya akan mengikut kepada warna bagi setiap file yang telah ditetapkan. Jika tiada perbezaan di antara kedua-dua file, ia akan bewarna dengan warna yang sama . Untuk melihat perbezaan, boleh gunakan kemudahan tools interface di atasnya. Boleh di’on‘ dan di’off‘ bagi setiap drawing untuk melihat perbezaan dan membuat perubahan tersebut. Contoh, tekan off untuk DWG1 untuk melihat DWG2. Begitulah sebaliknya. Fungsinya sama seperti fungsi Layer. 

Setiap bahagian yang ada perbezaan, secara automatik akan ada revision cloud disekelilingnya. Dan saiz cloud juga boleh diubah. Selain itu, setiap bahagian yang mempunyai perbezaan boleh di-zoom untuk melihat dengan lebih detail dan tekan ikon next untuk melihat dari satu bahagian perbezaan ke bahagian perbezaan yang lain. 

Pada saya, ia hanya memberi kemudahan tambahan kepada pengguna. Saya menjangkakan, kemungkinan ia tidak akan digunakan oleh kebanyakan pengguna AutoCAD. Mungkin ramai yang lebih biasa dengan cara lama. Bagaimanapun, kelebihan ini haruslah digunakan atau cuba apply dalam setiap kerja. Diperingkat awal, mungkin sukar untuk membiasakan diri. 

Save to AutoCAD web & mobile
Image via autodesk

Save to AutoCAD web & mobile ini membenarkan anda untuk save file drawing ke dalam web dan mobile. Boleh juga gunakan ikon (dengan simbol mobile) yang terdapat di atas tools interface. Selepas save, anda boleh membuka file drawing di dalam web atau di dalam mobile apps. Boleh di edit, create, view dan share. File juga boleh di save semula untuk dibuka di dalam desktop. Gunakan icon open dengan simbol mobile di menu atas atau gunakan cara biasa. Anda juga boleh membuat kerja edit semula di dalam desktop. Tetapi harus diingat, file yang dibuka dari web dan mobile melalui desktop sama ada untuk di-edit, view atau modify adalah masih secara online atau secara cloud. Jika mahu file drawing tersebut disimpan ke dalam desktop, perlu save as semula ke dalam folder baru atau save as, overwrite ke atas file lama di dalam desktop. 

Shared views
Image via autodesk

Salah satu kemudahan yang amat menarik ialah Shared views. Shared views membenarkan anda untuk berkongsi file drawing dengan meng-upload file ke dalam web browser tanpa perlu berkongsi file DWG. Seperti kongsi file drawing kepada klien. 

Sama seperti DWG compare, icon Shared views berada disebelahnya. Klik pada menu collaborate. Selepas file berjaya diupload ke web browser, anda boleh dapatkan link file yang telah berjaya diupload, copy dan kongsikan sama ada melalui email kepada klien atau kepada orang tertentu. Hanya pelanggan AutoCAD sahaja yang boleh edit dan create file ke web. Manakala orang lain atau klien yang menerima link tersebut boleh membuat komen ke atas file drawing yang dikongsi. Pengguna AutoCAD mempunyai kelebihan untuk melihat komen tersebut melalui Shared views di desktop atau di program AutoCAD itu sendiri. Boleh klik refresh button untuk terus melihat komen terkini. Ini sangat baik sekali jika sedang berurusan langsung dengan klien secara online atau kalau student mungkin sedang crit dengan pensyarah mereka sama ada perlu amendment atau pun boleh terus proceed saja. 

Ini adalah antara beberapa ciri baru yang diperkenalkan di dalan AutoCAD 2019. Pada pandangan saya, menerusi beberapa ulasan tentang ciri-ciri baru ini, saya mendapati ada beberapa penambahbaikan dan juga tambahan ciri-ciri baru ini sangat menarik dan sangat membantu arkitek atau pengguna AutoCAD termasuk juga architecture student untuk meningkatkan lagi cara bekerja yang lebih efektif. Ada beberapa ciri dan kemudahan baru ini memudahkan pengguna AutoCAD untuk membuat ubahsuai, menyimpan file, berkongsi dan berkonsultasi dengan klien pada bila-bila masa dan di mana sahaja. 

Walau bagaimanapun, penambahan ciri-ciri baru ini tidaklah begitu ketara  sekali kalau hendak dibandingkan dengan versi yang lama. Kemungkinan juga, tidak semua ciri-ciri baru ini dapat atau akan digunakan kerana ada yang perlu dilanggan terlebih dahulu untuk mendapatkan akses kepada ciri-ciri tersebut. Mungkin ramai yang cenderung untuk menggunakan cara yang biasa atau cara tersendiri. Apa yang penting ialah tujuan asal penggunaan program AutoCAD ini dan bagaimana pengguna AutoCAD menggunakan kreativiti sendiri. 

Secara peribadi, saya sangat tertarik dengan ciri baru Shared views kerana saya boleh duduk di meja kerja saya sambil dapat berkongsi design proposal atau layout plan terus kepada klien. Klien juga dapat memberikan komen ke dalam file yang telah saya kongsikan. Saya juga dapat menjimatkan masa dengan hanya meng-upload file drawing untuk dikongsikan kepada klien saya berbanding menghabiskan masa men-convert file drawing ke dalam bentuk PDF/JPEG seperti kebiasaannya. Saya juga boleh tinggalkan saja dan buka semula file kerja apabila saya kembali duduk di meja kerja saya atau di mana saja saya berada dan tekan refesh button untuk komenterbaru daripada klien. 

Ada sedikit perasaan sangat tidak sabar untuk mencuba ciri baru ini !

Download AutoCAD 2019 di:

1. Autodesk.com 2. Autodesk Asia Pacific

System Requirements For AutoCAD 2019 Including Specialized Toolsets

OPERATING SYSTEM

  • Microsoft® Windows® 7 SP1 with Update KB4019990 (32-bit & 64-bit)
  • Microsoft Windows 8.1 with Update KB2919355 (32-bit & 64-bit)
  • Microsoft Windows 10 Anniversary Update (64-bit only) (version 1607 or higher)

PROCESSOR

  • Basic: 2.5–2.9 GHz processor
  • Recommended: 3+ GHz processor

MEMORY

  • Basic: 8 GB
  • Recommended: 16 GB

DISPLAY RESOLUTION

  • Conventional Displays: 1920 x 1080 with True Color
  • High Resolution & 4K Displays: Resolutions up to 3840 x 2160 supported on Windows 10, 64 bit systems (with capable display card)

DISPLAY CARD

  • Basic: 1 GB GPU with 29 GB/s Bandwidth and DirectX 11 compliant
  • Recommended: 4 GB GPU with 106 GB/s Bandwidth and DirectX 11 compliant

DISK SPACE

  • 6.0 GB

BROWSER

  • Google Chrome™ (for AutoCAD Web)

NETWORK

  • Deployment via Deployment Wizard.
  • The license server and all workstations that will run applications dependent on network licensing must run TCP/IP protocol.
  • Either Microsoft® or Novell TCP/IP protocol stacks are acceptable. Primary login on workstations may be Netware or Windows.
  • In addition to operating systems supported for the application, the license server will run on the Windows Server® 2016, Windows Server 2012, Windows Server 2012 R2, and Windows Server 2008 R2 editions.
  • Citrix® XenApp™ 7.6, Citrix® XenDesktop™ 7.6.

POINTING DEVICE

  • MS-Mouse compliant
  • .NET FRAMEWORK .NET Framework Version 4.7

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *