Tutorial ini merujuk kepada program AutoCAD.
Katakan anda mempunyai plot tanah dan anda juga mahu melakarnya secara tepat di dalam AutoCAD. Di bawah ialah contoh plot tanah dan cara membuat plot bearing. Ukuran contoh plot tanah di bawah ialah dalam Meter. Di dalam tutorial ini akan convert unit meter tersebut kepada unit millimeter di mana 26.716m = 26716mm
Pastikan sudah menetapkan Unit.
- Taip UNITS dan tekan ENTER.
- Apabila dialog UNITS dibuka, tetapkan Angle type kepada Deg / Min / Sec dan pilih precision 0d00’00” atau yang bersesuaian.

Ambil contoh ukuran di dalam ukuran plot tanah di atas. Bermula dengan ukuran Bahagian A. Buat LINE. Taip L dan tekan ENTER. Pilih Starting Point atau Specify First Point dan taip @distance<Deg/Min/Sec. Contoh, taip @26716<69d43’00” dan tekan ENTER. Satu LINE akan terbentuk mengikut ukuran dan bearing yang sama seperti dalam plot tanah. Boleh semak melalui command LI dan klik pada LINE yang sudah terbentuk tadi.

Selepas LINE terbentuk, LINE akan terus bersambung. Teruskan taip @distance<Deg/Min/Sec. Jika LINE terputus, sambungkan saja dengan membuat LINE baru dihujung LINE yang telah dibuat tadi.

Sambungkan dan taip distance seterusnya. Contoh, taip @24836<156d43’00” dan tekan ENTER. Teruskan sehingga LINE bearing bersambung sepenuhnya dengan LINE pertama tadi. Tekan ENTER sekali lagi untuk memutuskan LINE.

Jika tidak bersambung ke hujung LINE yang pertama tadi, semak semula atau betulkan LINE.