Setup Sekala Drawing dan Saiz Kertas dalam Model Space AutoCAD menggunakan command MVSETUP
Untuk memasukkan drawing dalam sekala dan saiz kertas yang sesuai mestilah membuat tetapan terlebih dahulu dalam Model Space AutoCAD. Saiz kertas yang selalu digunakan ialah saiz A3 dan saiz A1. Manakala, sekala drawing pula selalunya dalam skala 1:100 atau 1:200. Tetapi, ia bergantung kepada keperluan anda.
Untuk menetapkan skala dan saiz kertas yang dikehendaki, contohnya, anda mahukan sekala drawing 1:100 di dalam kertas yang bersaiz A1, ikuti cara di bawah:
Info: Saiz kertas A1 ialah 841mm x 594mm.
Taip MVSETUP dan tekan ENTER
Akan keluar Enable paper space? [No/Yes] <Y>: tekan n dan tekan ENTER atau SPACE BAR
Akan keluar, Enter units type [Scientific / Decimal / Engineering / Architectural / Metric]: pilih unit yang anda mahu gunakan. jika dalam mm atau metric tekan m dan tekan ENTER
Akan keluar pula Dialog Box, Enter the scale factor: taip 100 dan tekan ENTER
Nota: 100 ialah sekala 1:100
Kemudian, Enter the paper width: masukkan saiz kelebaran yang anda mahukan. Kalau saiz A1, taip 841 dan tekan ENTER
Seterusnya, Enter the paper height: taip 594 dan tekan ENTER
atau taip 594 untuk width dan 841 untuk height
Petak segi-empat tepat dengan saiz kertas A1 akan keluar/terbentuk di dalam model space. Cuba masukkan drawing anda dan juga title block dalam saiz kertas yang telah dibuat tadi. Drawing yang ada dalam petak ini adalah mengikut skala 1:100 dalam kertas bersaiz A1.
tuan, jika drawing saya dlm meter..paper size 841 adalah dalam unit mm..adakah saya perlu convert 841mm menjadi 0.841m
Ya. Perlu. Sepatutnya