Bangunan Modular Tertinggi Di Dunia Telah Siap Dibina

Bangunan Tertinggi Di Dunia yang menggunakan sistem modular telah pun siap dibina sepenuhnya, iaitu Bangunan Clement Canopy, Singapore. Bangunan 40 tingkat ini, merupakan projek perumahan yang terletak di tengah-tengah kawasan kediaman dan daerah pelajar di Singapore. Bangunan ini mengandungi 2 buah menara yang berukuran 459 kaki setiapnya, juga merupakan bangunan tertinggi yang pernah dibina dalam dunia konkrit modular. Bangunan menara kediaman ini dibina daripada 1,899 modul dan mengandungi 505 unit apartment mewah di dalamnya.

image via Archdaily

Kebanyakan daripada pembinaan projek ini dipasang siap terlebih dahulu sebelum modul-modul ini dipasang dan dicantumkan di tapak projek dengan menggabungkan kepakaran teknikal, digital dan estetik.

image via Archdaily

Skema pembuatannya juga terbahagi kepada dua (2) peringkat. Struktur modul di pasang di Senai, Malaysia, manakala kerja-kerja teknikal dan architecture di jalankan di Tuas, Singapore. Kemudian, modul-modul ini dipindahkan ke tapak projek dan disusun mengikut turutan yang diprogramkan untuk membentuk strukturnya.

image via Archdaily

Mereka memulakan pembinaan modular ini kerana melihat kepada potensi yang menguntungkan. Dengan kerja-kerja pembinaan kebanyakannya dilakukan di luar tapak dan keadaan cuaca di tapak yang boleh menyebabkan pembaziran masa, dapat dikurangkan. Setiap modul pula dapat dipasang dengan kawalan kualiti yang ketat, perawatan dan kecacatan boleh diuruskan sebelum ianya di bawa ke tapak cadangan. Mereka juga beranggapan, dengan menggunakan cara ini, sisa-sisa pembinaan di tapak dapat dikurangkan lebih 70%.

Kini, mereka bercadang untuk mengembangkan cara ini dalam pelbagai projek di UK, Australia, USA dan Hong Kong.

Sumber: Archdaily News

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *