Chicago Architecture Biennial Umum Lebih 40 Tapak Rakan Kongsi dan Organisasi

Sharing is caring!

The Ship of Tolerance image via WorldArchitecture.org

Chicago Architecture Biennial telah mengumumkan bahawa mereka telah mengadakan kerjasama yang baru dengan lebih 40 tapak rakan kongsi dan juga organisasi yang merentasi seluruh bandar Chicago. Program itu akan mengaktifkan program bebas dengan kerjasama Bennial berkaitan dengan penerokaan menyeluruh architecture, ruang, alam sekitar, sejarah dan komuniti.

Organisasi-organisasi yang mewakili banyak institusi dan organisasi terkemuka di bandar Chicago termasuk the Art Institute of Chicago dan Navy Pier itu masing-masing menyumbang perspektif yang menceritakan keunikan kisah yang berkaitan dengan program tersebut yang bertajuk ” …and other such stories.”

Museum of Contemporary Art, Chicago image via Wikipedia

Chicago Cultural Center akan menjadi tempat utama untuk acara itu yang menampilkan lebih 80 penyertaan dari 20 buah negara.

Bagi memperluaskan lagi capaian kepada program ini, juga, mempunyai lokasi-lokasi lain di Overton Elementary School, National Public Housing Museum akan diadakan di bekas kediaman Jane Addams Homes, Sweet Water Foundation, Homan Square bersama School of the Art Institute, American Indian Center Chicago dan Jane Addams Hull House Museum, tapak rakan kongsi bagi edisi ini dan program yang berkaitan dengannya akan digerakkan ke seluruh bandar.

Art Institute of Chicago image via Wikipedia
Art Institute of Chicago image via Wikipedia

Daripada program ini, banyak yang akan menghasilkan program yang berkaitan dengan, bagaimana architecture dapat membentuk masyarakat dan menjadi memori. The Danish Art Foundation bersama Garfield Park Conservatory dan Chicago Park District akan mempamerkan “Cabbage Patch” oleh seniman Denmark, Gamborg/Magnussen: ladang 10,000 kubis dan dapur luar, mencipta tempat berkumpul di kawasan bandar. Manakala, Pier Navy akan membawa “The Ship of Tolerance” Ilya dan Emilia Kabakov ke Chicago, sebuah projek multidimensi termasuk pemasangan besar-besaran kapal yang terletak di pintu masuk.

“Penyertaan dari organisasi di seluruh bandar Chicago di Bennial selalu menjadi satu kerja yang amat sukar, terutama sekali pada edisi ini, yang mana ia lebih menumpukan kepada pengalaman hidup masyarakat di dalam situasi yang mereka hadapi.”

“Kami begitu teruja untuk melihat sebuah bandar yang hidup dengan program yang diaturkan yang menghubungkan di antara satu sama lain, melibatkan masyarakat dari seluruh komuniti, dan seluruh dunia serta meneroka kepentingan architecture dalam dunia hari ini.” Kata Pengarah Eksekutif Bennial, Todd Palmer.

The Art Institute of Chicago image via WorldArchitecture.org

Mayor (Datuk bandar) Lori E. Lightfoot berkata “Saya sangat bangga begitu banyak institusi dan organisasi kebudayaan Chicago bekerjasama dan melibatkan diri bersama-sama dengan masyarakat di seluruh bandar ini.” Dia juga turut gembira dengan program ini, yang mana tahun ini merupakan tahun pertama dia selaku Datuk Bandar di sana.

Senarai tapak rakan kongsi dan organisasi bagi program ini adalah seperti di bawah.

  • 6018North 
  • AIA Chicago 
  • Alliance Française de Chicago 
  • American Indian Center Chicago 
  • Art Institute of Chicago 
  • Beverly Arts Center 
  • Bridgeport Art Center 
  • Carrie Secrist Gallery 
  • Chicago Architecture Center 
  • Chicago Cultural Alliance 
  • Chicago History Museum 
  • Chicago Public Library 
  • City of Chicago, Department of Planning and Development 
  • Co-Prosperity Sphere 
  • DePaul Art Museum 
  • DuSable Museum of African American History 
  • Elmhurst Art Museum 
  • EXPO CHICAGO 
  • Graham Foundation for Advanced Studies in the Fine Arts 
  • Harris School of Public Policy 
  • Hyde Park Art Center 
  • Illinois Institute of Technology College of Architecture 
  • Jane Adams Hull House Museum 
  • Logan Center for the Arts 
  • McCormick Place 
  • Museum of Contemporary Art Chicago 
  • National Museum of Mexican Art 
  • National Museum of Puerto Rican Arts & Culture 
  • National Public Housing Museum 
  • Navy Pier, Inc. 
  • Neubauer Collegium 
  • The Renaissance Society at the University of Chicago 
  • School of the Art Institute of Chicago 
  • Skidmore, Owings & Merrill, McHugh Construction, Odico Formwork Robotics and Chicago Athletic Association 
  • Smart Museum of Art 
  • Sweet Water Foundation 
  • Tender House Project at the McCormick Bridgehouse & Chicago River Museum 
  • The 606 with the High Line Network 
  • The Danish Arts Foundation, Garfield Park Conservatory and Chicago Park District 
  • The Night Gallery 
  • The Richard H. Driehaus Museum 
  • University of Chicago 
  • University of Illinois at Chicago School of Architecture 
  • University of Illinois at Urbana-Champaign School of Architecture 
  • Volume Gallery 
  • Wrightwood 659 

Sumber: Archdaily, WorldArchitecture, Chicago Architecture Bennial

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *