Banglo 1 Tingkat / Bunut Susu

© Hakmilik DZ Creation | Banglo Bunut Susu
  • Lokasi : Bunut Susu, Pasir Mas, Kelantan
  • Kategori : Kediaman
  • Daerah : Pasir Mas
  • Keluasan : 2355 kps
  • Projek bermula : Design, 2016
  • Submission Plan : 2019

Selepas 2 tahun, akhirnya, cadangan projek banglo 1 tingkat dengan 4 bilik tidur, En. Din (bukan nama sebenar) bakal memulakan pembinaannya. Cadangan rekabentuk rumah kediaman ini, yang mana kali terakhir pertemuan dengan klien ialah pada Julai, 2017. Tetapi, tertangguh kerana urusan pertukaran status tanah yang belum selesai yang telah dibuat pada tahun 2018.

Sebenarnya, kali pertama cadangan projek ini telah bermula pada sekitar Julai-Ogos 2016. Kemudian, prosesnya cadangan rekabentuk ini termasuk pindaan pelan berlanjutan sehingga tahun berikutnya, 2017.

Views

Views
Picture 1 of 3

Bermula selepas Hari Raya Aidilfitri tahun 2019, proses cadangan rekabentuk projek ini disambung semula dengan sedikit pindaan di beberapa bahagian kecil seperti ruang Master Bedroom, Entrance Depan, Kitchen dan Guest Area. Pindaan tidak melibatkan banyak perubahan kepada bentuk bangunan. Pada 7 Ogos 2019, permohonan kelulusan pelan rumah ini telah berjaya dibuat di kaunter OSC, Majlis Daerah tempatan dan hanya menunggu ulasan daripada PBT berkenaan sama ada boleh LULUS atau sebaliknya.

Tempoh KELULUSAN dijangka dalam tempoh sebulan selepas pendaftaran.

Mengikut pelan tanah, tanah ini adalah jenis ‘corner lot’.

© Hakmilik DZ Creation | Banglo Bunut Susu – Site Plan

Pelan lantai banglo ini mengandungi 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Selepas masuk ke ruang dalam banglo ini ialah Living Area yang berada di tengah dan Guest Area berada di sebelah kanannya. Manakala di sebelah kirinya pula ialah Family Area yang terletak di antara 2 bilik tidur iaitu antara Master Bedroom (barat) dan Bedroom 2 (timur).

© Hakmilik DZ Creation | Banglo Bunut Susu – Floor plan

Semua bilik tidur berada di sisi kiri dan kanan bangunan. Untuk memudahkan mendapatkan pengudaraan dan pencahayaan terus dari luar. Dining Area terletak di tengah-tengah bangunan selepas Living Area. Dapur pula terletak di bahagian belakang. Bagi mengasingkan antara ruang makan privasi tuan rumah dan tetamu, Guest Area akan dijadikan sebagai Dining Area untuk tetamu. Ada permandangan luar.

Pemilik kediaman ini agak ‘simple’ yang gemar kepada ‘simple design’ tapi elegan. Sukakan tingkap jenis labuh sehingga 1 kaki dari lantai, dan tingkap jenis tingkap penjuru, untuk memperbanyakkan bukaan kepada pencahayaan dan pengudaraan.

Pembinaan dijangka bermula hujung Ogos/September 2019, bergantung kepada keputusan kelulusan Majlis Daerah tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *