
- Lokasi : Tumpat
- Keluasan : 2000 kps ++
- Mula : Julai, 2019
- Status : N/A

Banglo 1 tingkat, Tumpat ini masih dalam peringkat cadangan. Ada 3 bahagian pembahagian ruang ketika proses cadangan rekabentuk ini dibuat.
- Ruang bilik tidur di bahagian kanan,
- Living Area dan Family Area di bahagian tengah,
- Kitchen dan Dining Area di bahagian kiri. Entrance bermula di tengah.
Ruang bilik tidur dikelaskan sebagai zon privasi yang dihubungkan dengan Family Area untuk ke ruang Kitchen / Dining Area tanpa melalui Living Area jika ada tetamu. Living Area adalah zon publik. Manakala Kitchen dan Dining Area di letakkan sebagai zon semi-privasi. Tetamu dari Living Area boleh terus ke Dining Area dan Kitchen tanpa mengganggu zon privasi.
Cadangan rekabentuk pelan lantai ini mengandungi 4 bilik tidur dan 4 bilik air. Master Bedroom berada di sebelah kanan, menghadap depan dan mempunyai bilik air sendiri. 3 lagi bilik tidur berada di bersebelahan antara 1 sama lain. 2 buah bilik air terletak di antara bilik-bilik tersebut. Kongsi. Manakala 1 lagi bilik air terletak di Kitchen. Tempat letak kereta direka untuk 2 buah kenderaan dengan saiz minimum 6 meter lebar.
No responses yet