Tangga dan Komponennya – Part 1

Sharing is caring!

Tangga terdapat pelbagai komponen atau bahagian, yang mana ia mempunyai fungsi tersendiri. Setiap daripada komponen tersebut boleh dilihat dalam topik ringkas ini seperti di bawah.

1. STEP (anak tangga)

STEP (anak tangga) terdiri daripada TREAD (tapak pemijak) dan RISER (ketinggian anak tangga/step)

2. TREAD (tapak pemijak)

TREAD ialah salah satu komponen pada tangga yang dibuat sebagai tapak pemijak. Biasanya, TREAD (tapak pemijak) juga dibina dengan spesifikasi yang sama dengan spesifikasi lantai. Kedalaman TREAD pula diukur daripada hujung tapak pemijak sehingga ke hujung dinding anak tangga / RISER iaitu bahagian yang menegak di antara anak-anak tangga. Manakala WIDTH ( lebar ) diukur daripada satu bahagian ke satu bahagian lagi.

tangga staircase ubbl 1984
© Hakmilik DZ Creation | Tangga (Staircase)

3. RISER (ketinggian anak tangga/STEP)

RISER ialah bahagian yang menegak yang terdapat pada setiap anak tangga (STEP) atau setiap tapak pemijak (TREAD). Tetapi ia tidak sama dengan tangga jenis terbuka (open staircase). Anda tidak akan jumpa bahagian menegak pada tangga terbuka tetapi anda boleh faham bahawa ruang kosong yang terdapat di antara anak tangga itu ialah RISER dengan melihatkan kepada jarak di antara TREAD atau jarak di antara anak tangga.

4. Nosing

NOSING ialah bahagian hujung tapak pemijak (TREAD) yang terkeluar atau menonjol di atas RISER. Ini juga bermakna, mengukur panjang tangga itu bukan sekadar mengukur panjang RUN kerana keadaan TREAD itu sendiri berada dalam kedudukan bertindan antara satu sama lain.

tangga staircase tread ubbl 1984
© Hakmilik DZ Creation | Tangga (Staircase)

Ukuran bagi RISER dan TREAD untuk sesebuah tangga ialah :-

  • RISER = maksimum 180 mm
  • TREAD = minimum 255 mm

Berdasarkan kepada kehendak-kehendak Uniform Building By-Laws 1984 (UBBL 1984), Part VI, Constructional Requirements, By-Law 106, Dimension of staircases, Muka Surat 52, Edisi 1st November 2013, (1) In any staircase, the rise of any staircase shall be not more than 180 millimetres and the tread shall be not less than 255 millimetres and the dimensions of the rise and the tread of the staircase so chosen shall be uniform and consistent throughout.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *