Kalimantan Timur Dipilih Ibu Negara Baru Indonesia

Baru-baru ini Presiden Indonesia, Joko Widodo memilih Kurai Kartanegara di kepualauan Borneo sebagai Ibu Kota Indonesia yang baru yang berpindah dari Jakarta ke Kalimantan Timur.

lokasi cadangan ibu kota baru indonesia
Image via Google Maps

Namun, atas sebab untuk keadilan dan kesamarataan ekonomi, tindakan itu perlu direalisasikan.

Pemindahan Ibu Kota baru ini bukanlah tugas mudah kerana pemindahan ibu kota negara terbabit perlu memikirkan banyak aspek terutamanya dari segi kos perbelanjaan yang besar yang perlu ditanggung oleh negara tersebut. Dianggarkan sebanyak USD$32.79 bilion perlu dibelanjakan dimana sebanyak 19% akan ditanggung kerajaan, manakala selebihnya daripada hasil pendapatan sektor swasta.

“Ibu negara bukan sekadar identiti kebangsaan, tetapi sebagai simbolik perkembangan negara. Usaha ini demi merealisasikan persamaan dan kesamarataan ekonomi,” katanya.

Image via CNN Indonesia

Ketika ini, Jakarta mempunyai kepadatan penduduk lebih 10 juta orang, menyebabkan kesesakan trafik yang teruk sehingga mengakibatkan kerugian terhadap ekonomi negara itu berjumlah USD$ 7 bilion setiap tahun.

Bagi kita, apa yang cuba dilakukan oleh negara berkenaan telah membuka mata kita bahawa untuk bergerak lebih jauh, perlu berani melakukan perubahan. Dan ianya tidak mustahil asalkan masing-masing memberikan kerjasama untuk majundan berdaya saing.