Keluasan Bilik Untuk Sesebuah Rumah Kediaman

Bilik dalam sesebuah rumah kediaman bukan sahaja memberi maksud bilik tidur. Ia juga boleh merujuk sebagai bilik air, bilik bacaan, bilik makan, bilik dapur dan sebagainya. Apa sahaja ruang yang berdinding atau berasingan dengan ruang lain yang mempunyai pintu atau lauan masuk ia juga dikira sebuah bilik. Dalam sebuah rumah kediaman, kebiasaannya bilik itu akan merujuk kepada bilik tidur. Ia juga merupakan ruang privasi yang diasingkan daripada ruang-ruang yang lain. Bilik-bilik tersebut seperti Master Bedroom, Bedroom 1, Bedroom 2 dan seterusnya.

Dari segi saiz, apakah saiz bilik tidur dalam sesebuah rumah kediaman yang paling baik? Bagaimana dengan limit minimum atau maksimum sebuah bilik? Apakah saiz bilik tidur seperti Master Bedroom boleh dibuat dengan ukuran sekecil 10×10 kaki? Dan, apakah saiz paling ideal untuk master bedroom dan bedroom yang lain?

Merujuk kepada UBBL 1984, Part III, Space, Light and Ventilation, By-Law 42, Minimum area of rooms in residential buildings, – (1) The area of the first habitable room in a residential building shall be not less than 11 square metres, the second habitable room be not less than 9.3 square metres and all other rooms be not less than 6.5 square metres in area. (2) The width of every habitable room in a residential building shall be not less than 2 metres.

Saiz minimum keluasan bilik mengikut Kehendak UBBL 1984, By-Law 42, adalah seperti di bawah:

  1. Bilik pertama = 11 meter persegi
  2. Bilik kedua = 9.3 meter persegi
  3. Bilik-bilik lain = 6.5 meter persegi
  4. Ukuran kelebaran = minimum 2 meter setiap bilik tidur

Saiz keluasan minimum untuk bilik pertama mestilah 11 meter persegi atau 118.403 kaki persegi, “…The area of the first habitable room in a residential building shall be not less than 11 square metres…” Tetapi, ukuran kelebaran untuk setiap bilik mestilah tidak kurang daripada 2 meter atau sekitar 6.5 kaki hingga 7 kaki lebar “The width of every habitable room in a residential building shall be not less than 2 metres”

First habitable room itu merujuk kepada bilik tidur utama atau Master Bedroom. Dari segi ukurannya pula ialah sekitar 10 x 12 kaki atau 3.048 x 3.657 meter atau sekurang-kurangnya 5.5 x 2 meter. Ini adalah saiz dan ukuran minimum. Sekiranya anda bercadang untuk membuat ukuran 12 x 12 kaki, ia sudah pun melebihi had minimum saiz yang diperlukan. Saiz minimum ini juga tidak termasuk saiz bilik air yang terdapat di dalam Master Bedroom. Saiz keluasannya mestilah saiz yang berasingan.

Bagaimana pula dengan ukuran 10 x 10 kaki untuk Master Bedroom? Adakah saiz ini sudah memadai? Ukuran keluasan bilik 10 x 10 kaki sebenarnya tidak mencukupi untuk saiz Master Bedroom. Saiz yang diperolehi dengan ukuran 10 x 10 kaki ialah 100 kps atau sekitar 9.3 meter persegi sahaja. Masih kurang hampir 2 meter persegi. Tetapi boleh digunakan untuk bilik selainnya seperti Bedroom 2, Bedroom 3 dan seterusnya. Jika masih mahu menggunakan saiz ukuran 10 x 10 kaki ini sebagai Master Bedroom, perlu ditambah sedikit lagi ruang di hadapan atau bersebelahan dengan bilik air Master Bedroom itu dan ruang tambahan itu mestilah bersambungan dengan ruang Master Bedroom. Barulah saiz keluasan Master Bedroom itu mencukupi. Sama ada dijadikan sebagai laluan ke pintu bilik air atau sebagai ruang rak pakaian. Terpulang kepada bagaimana mana rekabentuk layoutnya. Rujuk contoh layout 1 dan Layout 1.1 di bawah.

© Hakmilik DZ Creation | Contoh Master Bedroom 10×10 kps – Layout 1

Contoh Master Bedroom dalam Layout 1 di atas menunjukkan saiz Master Bedroom untuk ruang tidur / ruang katil ialah 10 x 10 kaki. Manakala saiz bilik air ialah 5 x 6 kaki. Selebihnya, di hadapan atau di bersebelahan bilik air itu, iaitu kira-kira 4 x 5 kaki adalah ruang kosong yang boleh dijadikan sebagai laluan atau boleh juga dijadikan sebagai tempat letak pakaian / wardrobe atau boleh juga dijadikan sebagai pintu masuk Master Bedroom. Jadi, ukuran Master Bedroom yang sebenarnya bukanlah betul-betul 10 x 10 kaki, tetapi 15 x 10 kaki termasuk bilik air ( 5 x 6 kaki ) dan ruang kecil / ruang berlebihan / ruang tambahan di sebelahnya (4 x 5 kaki ). Keluasan Master Bedroom yang diperolehi dengan ukuran ini ialah 11.15 meter persegi atau 120 kaki persegi. Sudah cukup untuk memenuhi keperluan minimum UBBL 1984, By-Law 42 seperti yang telah dinyatakan di atas.

© Hakmilik DZ Creation | Contoh Master Bedroom 10×10 kps – Layout 1.1

Untuk saiz bagi sesebuah Master Bedroom itu, dicadangkan supaya dibuat dengan saiz yang lebih besar iaitu paling minimum pun bermula dari ukuran 13 kaki atau 14 kaki, supaya keadaan dalam bilik itu lebih selesa dan tidak sempit. Lagi besar, lagi baik. Saiz bilik air pun boleh dibesarkan lagi untuk menjadikan ruang tidur dan bilik air lebih luas dan lebih selesa. Dengan saiz yang lebih besar, ia dapat memberikan keselesaan untuk laluan dan memudahkan untuk membuat susun atur perabot.

© Hakmilik DZ Creation | Contoh Bedroom 10×10 kps = 100 kps (9.3 mps) – Layout 2

Contoh Layout 2 di atas ialah saiz keluasan minimum sesebuah bilik atau bilik kedua / bilik seterusnya, jika menggunakan ukuran 10 x 10 kaki atau dengan saiz 100 kps atau 9.3 meter persegi. Rekaan layout juga bergantung kepada bagaimana idea lakaran tersebut dibuat asalkan ia memenuhi keperluan minimum yang dikehendaki. Layout 3 di bawah pula ialah contoh sesebuah bilik dengan ukuran kelebaran minimum 2 meter tetapi masih dengan saiz keluasan 9.3 meter persegi.

© Hakmilik DZ Creation | Contoh Bedroom Layout 3 Ukuran minimum 2 meter lebar – 2 x 4.65 m = 9.3 mps

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *