Sharing is caring!

Architecture bukan sahaja dilihat kepada bangunan cantik. Architecture juga bukan sahaja dilihat kepada pelan lantai, melukis pelan atau gambaran illustrasi. Ia juga bukan merujuk kepada perisian architecture seperti autocad, sketchup, lumion atau 3Ds max semata-mata.

Apa itu Architecture atau Senibina? Berdasarkan kepada dictionary.com dengan maksud, Architecture atau Senibina ialah bidang merekabentuk bangunan, kawasan lapang, komuniti, pembinaan dan lingkungan pembinaan persekitarannya. Biasanya, ia berkait dengan kesan estetik. Architecture merangkumi rekabentuk (design) atau pemilihan kemasan dan dekorasi, penyeliaan kerja-kerja pembinaan, dan pemeriksaan, memulih, atau membentuk semula bangunan sedia ada.

Architecture juga bermaksud, seni atau kerja-kerja merekabentuk dan membina bangunan atau struktur binaan.

Sebahagian daripada kerja-kerja senibina | Part of Architecture Work
Architecture juga ialah:
  • Karakter atau gaya / bentuk bangunan. Ia juga memberi maksud proses membina bangunan atau hasil kerja senibina bangunan.
  • Seni dan sains rekabentuk bangunan dan struktur bukan bangunan.
  • Istilah umum untuk menggambarkan bangunan dan struktur fizikal yang lain.
  • Gaya rekabentuk dan kaedah pembinaan bangunan dan struktur fizikal lain.
  • Pengetahuan seni, sains, teknologi, dan kemanusiaan.

Selain itu, Architecture ialah aktiviti rekabentuk senibina, dari peringkat makro ( reka bentuk bandar atau tapak) ke peringkat mikro (termasuk butiran pembinaan dan kemasan).

Bidang Architecture pula menjuruskan seseorang yang berada di dalam bidang ini untuk menjadi seorang Arkitek. Seseorang yang berada di dalam bidang atau belajar bidang architecture secara umumnya ialah arkitek (secara spesifiknya, ada tingkatan pengiktirafan yang perlu dipatuhi). Rujuk Lembaga Arkitek Malaysia.

Siapakah Arkitek?

Arkitek ialah kerjaya profesional yang membuat rekabentuk untuk menjadikannya kepada realiti. Arkitek juga seorang jurureka, perancang bangunan, perancang pembangunan bandar, perancang tapak dan yang seumpama dengannya.

Image Arkitek Renzo Piano via TED.com

Dalam dictionary.com, bermaksud, Arkitek ialah seseorang yang terlibat dalam kerjaya architecture atau senibina. Selain itu, ia juga bermaksud seseorang yang secara professional terlibat dalam kerja-kerja rekabentuk pembinaan besar, selain bangunan dan yang seumpama dengannya. Ia juga bertugas untuk merancang, menyusun dan menstruktur.

Apa yang Arkitek lakukan ?

Secara ringkasnya, diperingkat awal, arkitek akan membuat site analysis atau menganalisis tapak. Tujuannya untuk mengenalpasti dan mengumpul maklumat tentang tapak cadangan seperti lokasi tapak, kedudukan tapak, saiz, topografi, pengezonan (zoning), keadaan trafik, cuaca, kemudahan yang ada dan sebagainya.

Image credit to : https://www.pinterest.com/pin/472666923372885351/?nic=1a

Analisis tapak juga akan mempertimbangkan perancangan masa hadapan atau perubahan disekeliling tapak dan memahami tapak secara keseluruhannya.

Image credit to : https://www.pinterest.co.uk/pin/643100021773987652/?nic=1a

Selepas memahami keadaan tapak, barulah arkitek dapat meneruskan proses kepada proses yang seterusnya berdasarkan kepada keadaan di tapak dan sekitarnya.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
October 2019
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 87
shares