Skip to content
DZ Creation DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

  • Home
  • About Us
  • Architecture
    • Architecture Project
      • House Design Project
      • Shop Design Project
      • Other Projects
    • Interior Project
    • Architecture Reference
      • Apa itu Architecture ?
      • Nota Senibina – Pelan tapak, laluan & sebagainya
      • Ruang
      • UBBL 1984
    • Gallery
      • Design Work
      • Architecture Travel
        • KL
        • Kelantan
  • News
  • Blog
  • IT
    • Architecture
      • Accessories
      • Software
      • Technology
      • Tools
    • Computer
      • Accessories
      • Gaming Accessories
      • Hardware
      • Software
    • Tutorial
      • Autocad
      • Sketchup
  • Contact
DZ Creation
DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

Laptop Untuk Kerja-Kerja Architecture 2019

admin, October 30, 2019February 7, 2023

Semua tahu bahawa, dalam bidang senibina (architecture), perisian yang penting sekali sudah ialah perisian Autocad, kedua, 3D sketchup dan ketiga, Photoshop dan seterusnya ialah Lumion 3D. Perisian-perisian ini memerlukan sebuah komputer atau laptop yang mampu untuk menjalankan perisian itu dengan baik.

Ketika ini, sama ada iklan di dalam media sosial atau di kedai-kedai jualan barangan elektrik terbesar, kita boleh jumpa iklan-iklan laptop gaming dengan harga yang agak murah dan agak berbaloi untuk dimiliki. Untuk tahun 2019 ini, yang mencuri tumpuan ialah Laptop HP Gaming Pavilion dengan harga yang ditawarkan ialah antara RM 2,979 dan RM 3,999. Rujuk HP.

“Ini laptop gaming, bukan laptop Architecture!”

Ya, memang betul. Ini adalah laptop untuk gaming (permainan). Tetapi, untuk mencari laptop yang sesuai untuk kerja-kerja senibina (architecture), cara yang paling mudah ialah anda mesti mencari laptop yang mampu atau memang dicipta khas untuk gaming. Apabila laptop atau komputer itu mampu menjalankan permainan komputer dengan baik, atau sudah direka khas untuk bermain permainan komputer, maka secara logiknya, sudah pasti ia juga mampu untuk menjalankan perisian-perisian senibina (architecture) atau perisian-perisian rekabentuk grafik (graphic software) yang lain dengan baik. Bagaimana pun, perlu juga melihat kepada spesifikasi minimum yang diperlukan oleh setiap perisian itu.

Bermain permainan komputer biasanya akan menggunakan tenaga komputer yang kuat hampir sepanjang masa permainan. Manakala, perisian senibina (architecture) tertentu tidak memerlukan penggunaan tenaga komputer dengan terlalu banyak atau terlalu tinggi sepanjang masa kegunaan seperti perisian Autocad, 3D sketchup dan Photoshop. Melainkan untuk kerja-kerja me-render seperti perisian Lumion 3D dan perisian Autodesk Revit .

Berikut ada tiga (3) model HP Gaming Pavilion yang terdapat dipasaran sekarang:
  1. HP Gaming Pavilion – 15-dk0010tx
  2. HP Gaming Pavilion – 15-dk0011tx
  3. HP Gaming Pavilion – 15-dk0034tx
Image credit to : Store.Hp.com

HP Gaming Pavilion ini menawarkan sistem paling minimum iaitu 9th Generation Intel® Core™ i5 processor, Windows 10 Home 64, 1 TB 5400 rpm SATA, 4 GB DDR4-2666 SDRAM (1 x 4 GB), 15.6″ diagonal FHD IPS anti-glare micro-edge WLED-backlit (1920 x 1080) dan yang paling penting, NVIDIA® GeForce® GTX 1050 (4 GB GDDR5 dedicated).

Buy Now at Senheng

Sistem yang ditawarkan ini adalah yang paling minimum untuk model ini dengan harga yang ditawarkan juga sangat murah iaitu dalam RM 2,900++. Dengan sistem yang ditawarkan ini, secara peribadi, ia sudah memadai untuk menjalankan perisian architecture dengan baik terutamanya bagi perisian Autocad, 3D Sketchup dan Photoshop. Cuma, ada sedikit kekurangan pada jumlah RAM yang ditawarkan iaitu hanya 4GB sahaja. Tetapi, mujur juga ada grafik kad Nvidia GTX1050 dengan 4GB GDDR5. Ada ‘bajet’ lebih, bolehlah upgrade RAM yang lebih tinggi 8GB atau 16GB. Boleh beli secara online tapi sebelum beli, semak dulu jenis ram yang sedang dipakai dan sudah pasti, baru beli ikut jenis, MHz, dan beli yang jenis laptop bukan dekstop kerana RAM untuk laptop dan Desktop sangat berbeza saiznya.

Buy RAM at Shopee

Grafik kad amat penting untuk memastikan mana-mana perisian senibina (architecture) itu dapat dijalankan dengan lancar.

Kami pernah menjalankan perisian Autocad dalam sistem komputer yang hanya mempunyai grafik kad Intel UHD. Boleh dijalankan. Cuma ada sedikit sangkut atau kurang lancar. Tapi bolehlah untuk kegunaan biasa-biasa saja.

Untuk perisian Autocad tahun 2019 – 2020, RAM atau sistem memori yang diperlukan sekurang-kurangnya ialah 8GB. Mungkin akan ada sedikit masalah dengan model HP Gaming Pavilion – 15-dk0010tx ini. Namun, jika menggunakan perisian Autocad tahun 2018 dan ke bawah, RAM yang diperlukan hanya 4GB sahaja. Tentang versi tahun bila yang anda mahu gunakan itu bukan sesuatu yang perlu dibimbangkan kerana asasnya sama sahaja.

Buy Now at Senheng

3D Sketchup : Minimum 4GB RAM diperlukan

Untuk prestasi yang lebih baik, anda boleh pilih model yang sama dengan spesifikasi yang lain seperti di bawah:

HP Gaming Pavilion – 15-dk0011tx

  • 9th Generation Intel® Core™ i7 processor
  • Windows 10 Home Single Language 64
  • 1 TB 5400 rpm SATA
  • 8 GB DDR4-2666 SDRAM (1 x 8 GB)
  • 15.6″ diagonal FHD IPS anti-glare WLED-backlit (1920 x 1080)
  • NVIDIA® GeForce® GTX 1650 Graphics (4 GB GDDR5 dedicated)

HP Gaming Pavilion – 15-dk0034tx

  • 8th Generation Intel® Core™ i5-9300H processor
  • Windows 10 Home Single Language 64
  • 512 GB PCIe® NVMe™ SSD
  • 8 GB DDR4-2666 SDRAM (1 x 8 GB)
  • 15.6″ diagonal FHD IPS anti-glare WLED-backlit (1920 x 1080)
  • NVIDIA® GeForce® GTX 1660 Ti Graphics (6 GB GDDR6 dedicated)
Image credit to : Store.hp.com

Kedua-dua model ini mempunyai spesifikasi yang lebih baik. Mempunyai 8GB RAM dan juga grafik kad siri terbaru. Bagaimanapun, antara dua model ini, ada sedikit kesukaran untuk membuat pilihan kerana dua perkara. Iaitu prosesor dan grafik kadnya. Satu model (HP Gaming Pavilion – 15-dk0011tx) dengan 9th Generation Intel® Core™ i7 processor tetapi grafik kadnya pula GTX 1650 Graphics (4 GB GDDR5 dedicated).

Manakala, satu lagi model (HP Gaming Pavilion – 15-dk0034tx) ialah 8th Generation Intel® Core™ i5-9300H processor dengan grafik kad GTX 1660 Ti Graphics (6 GB GDDR6 dedicated). Jika diperhatikan, Model HP Gaming Pavilion – 15-dk0034tx ini sebenarnya lebih baik kerana mempunyai grafik kad yang jauh lebih baik iaitu GTX 1660 Ti Graphics (6 GB GDDR6 dedicated). Boleh lihat perbandingan seperti dalam graf di bawah (Perbandingan dibuat berdasarkan kepada permainan komputer Forza Horizon 4)

Image credit to : techspot.com

Dalam graf di atas, jelas sekali grafik kad GTX 1660 Ti GDDR6 dadicated ini jauh lebih baik meninggalkan grafik kad GTX 1050. Walaupun perbandingan ini dibuat terhadap permainan komputer Forza Horizon 4, ia boleh dijadikan sebagai penanda aras untuk membeli sebuah laptop untuk menjalankan perisian architecture. Untuk makluman, Forza Horizon 4 memerlukan sistem grafik yang tinggi.

Apapun, daripada ketiga-tiga model yang dinyatakan ini, semuanya masih yang terbaik sebagai pilihan jika anda masih mencari laptop yang sesuai untuk kerja-kerja architecture anda. Sama ada anda sebagai seorang pelajar ataupun sedang berkhidmat sebagai arkitek.

About The Author

admin

See author's posts

Architecture Architecture Hardware Architecture Tools Articles Blog Computer Information Technology architecturebest laptoplaptop

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Capaian

October 2019
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
« Sep   Nov »

Artikel terkini

  • Runtuhan gudang: Pembinaan projek dihentikan
  • Kitaran kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan
  • 160 Mayat dijumpai di bawah runtuhan akibat serangan di Gaza
  • Binaan runtuh: Seorang pekerja turun awal, 3 disahkan maut
  • 18 Pekerja terperangkap bawah runtuhan tapak binaan
  • Hospital Al-Shifa kembali beroperasi
  • Projek pelabuhan, jambatan darat Thailand beri manfaat kepada Malaysia – PM Anwar
  • Kolaborasi FIFA dan AFC Bina Stadium Baru di Malaysia
  • Model S70: Proton sasar jual 2,000 unit sebulan
  • Naib Presiden China Lawat Kilang Proton
  • YDP Agong Rasmi projek Perumahan SASaR di Wardieburn, Setapak
  • UBBL 1984 : Bahagian V – Bebanan dinamik
  • APEC 2023: Malaysia akan gunakan peluang bela Palestin
  • EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuhi EUDR
  • Pemulihan dan Kreativiti: Projek Taman Linear di Mexico oleh Taller Capital
DZ Creation

Newsletter signup form

Tinjauan

Senibina kegemaran andaTinjauan ini sedang diuji
©2023 DZ Creation | WordPress Theme by SuperbThemes