Sadio Mané Membelanjakan Pendapatannya Untuk Hospital Baru di Kampungnya

Sharing is caring!

Sadio Mané merupakan seorang pemain penyerang bola sepak profesional kelab Liverpool yang bukan sahaja hebat tetapi seorang pemain yang sangat luar biasa dan sangat berendah diri. Sebelum beliau ke Liverpool, beliau pernah bermain di kelab Southampton. Beliau juga merupakan seorang pemain bagi negaranya, Senegal.

Beliau lahir pada tahun 1992 di Senegal dan juga seorang Muslim.

Imej – AboutIslam.net

Sesuatu yang menarik tentang Mané, beliau telah membelanjakan pendapatannya untuk membina sebuah hospital baru di kampung halamannya, di Bambali, Senegal. Beliau membinanya kerana satu peristiwa yang sangat menyedihkan beliau dimana ayahnya meninggal dunia kerana tiada hospital di tempatnya. Jadi, dia membuat keputusan untuk membinanya.

Kanak-kanak bermain bola sepak di Senegal. Photo By Carlos Pessoa De Melo – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=76325343

Mané menceritakan waktu itu, ketika berusia 7 tahun, beliau sedang bermain bola. kemudian, abangnya datang dan memberitahunya bahawa ayah mereka sudah tiada. Dia tidak mempercayainya. Ayahnya mengalami sakit perut. Oleh kerana tiada hospital, maka ayahnya di bawa ke kampung lain untuk mendapatkan rawatan. Akhirnya, ayahnya tidak dapat diselamatkan dan meninggal di sana.

Beliau bertekad untuk memastikan perkara seperti itu tidak akan berulang lagi kepada sesiapa pun. Hospital baru itu bukan sahaja untuk menampung keperluan penduduk kampung halamannya, tetapi untuk semua penduduk kampung berdekatan. Bukan itu sahaja, beliau juga telah mengubahsuai sekolah di kampung halamannya menjadi lebih besar dan menambahbaik fasiliti pembelajaran. Selain itu, beliau juga turut menyumbang pembinaan masjid baru di sana.

Gambar Mané bersama Liverpool. Photo By Werner100359 – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=84806193

Beliau berusaha keras dan kerana minatnya dalam bola sepak, beliau meninggalkan kampungnya untuk menyertai akademi bola sepak. Siapa sangka, kini, beliau telah berjaya membuktikan dirinya sebagai seorang bintang pemain bola sepak dunia.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *