Covid19: Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Dilanjutkan Sehingga 12 Mei 2020

Sharing is caring!

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pada 23 April 2020 bahawa kerajaan mengambil keputusan untuk melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga 12 Mei 2020.

  • PKP Fasa 1 = 18 Mac – 31 Mac 2020
  • PKP Fasa 2 = 1 April – 14 April 2020
  • PKP Fasa 3 = 15 April – 29 April 2020
  • PKP Fasa 4 = 30 April – 12 Mei 2020 (4 Mei 2020 PKPB **)
  • PKPB = 13 Mei – 9 Jun 2020

Kerja-kerja dan urusan melalui DZ Creation Studio ditangguh sehingga pengumuman rasmi terbaru oleh Kerjaan Malaysia.

Terkini: Walaupun 4 Mei 2020 kerajaan membenarkan sektor-sektor tertentu beroperasi, tetapi DZ Creation Studio mengambil langkah untuk menangguhkan dahulu kerja-kerja dan urusan luar premis termasuk urusan rasmi sehingga difikirkan semuanya diyakini berada di dalam keadaan baik dan selamat.

Bagaimanapun, anda boleh berurusan dengan DZ Creation Studio untuk perkhidmatan rekabentuk pelan bangunan dan rumah kediaman (Rekabentuk sahaja) melalui dalam talian sepanjang tempoh PKP (dan PKPB) ini seperti E-Mail, WhatsApps, Telegram, Skype dan sebagainya.

Berikut antara perkara-perkara yang tidak dapat dilaksanakan sepanjang tempoh PKP (dan PKPB) ini:

  • Tiada urusan rasmi di PBT dan agensi lain yang berkaitan
  • Tiada temujanji / perjumpaan
  • Tiada lawatan tapak

Amalkan norma budaya kehidupan baharu yang disarankan seperti:

  • Kekalkan jarak sosial selamat sekurang-kurangnya 1 meter dan elakkan perkumpulan beramai-ramai
  • Kerap mencuci tangan dengan sabun atau gunakan cecair pembasmi kuman
  • Gunakan penutup hidung dan mulut jika keluar kediaman terutamanya bagi yang tidak sihat dan berisiko tinggi

Sekian, terima kasih. Selamat berpuasa.

Please #StayAtHome #DudukRumah #StayHome #StaySafe

** PKPB = Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat


Dalam pada itu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah juga menzahirkan sokongan terhadap keputusan kerajaan melanjutkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sehingga 12 Mei ini seperti diumumkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turut berkata, kerajaan juga tidak menolak kemungkinan yang ia akan disambung lagi selepas itu bergantung kepada situasi semasa Covid-19.

Perdana Menteri memberi bayangan yang kerajaan akan mempertimbangkan untuk memberi kelonggaran kepada beberapa sektor untuk beroperasi. Bagaimanapun ia akan tertakluk kepada peraturan ketat bagi memastikan usaha memerangi Covid-19 tidak terjejas.

Kerajaan juga memberikan sedikit kelonggaran kepada penuntut universiti yang berada di kampus untuk pulang ke pangkuan keluarga masing-masing. Selain itu, kerajaan memberi kebenaran satu kali perjalanan kepada mereka yang berada di kampung untuk pulang ke rumah masing-masing.

“Kerajaan sedang mengumpul data dan mengkaji kaedah yang terbaik untuk mengatur pergerakan saudara-saudari,” katanya.

Perdana Menteri turut menasihatkan rakyat agar berjihad dan istiqamah dalam menangani Covid-19 dan turut mendoakan agar petugas barisan hadapan sabar dan tabah menjalankan tugas dalam keadaan berpuasa.

“Insya-Allah, pengorbanan anda semua akan diberikan ganjaran oleh Allah SWT,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *