Sharing is caring!

Coronavirus (COVID-19) ialah penyakit berjangkit. Penyakit ini menyebabkan penyakit yang berkaitan dengan pernafasan. Gejalanya adalah seperti batuk, demam, dan dalam kes yang lebih teruk, kesukaran untuk bernafas. Wabak ini mula dikesan di Wuhan, China. Seterusnya merebak hampir ke seluruh dunia termasuk negara Malaysia.

Kesan daripada wabak ini, Kerajaan Malaysia telah mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac hingga 31 Mac 2020 (PKP Fasa 1). Kemudian, ia telah dilanjutkan kepada 14 April 2020 (PKP Fasa 2). Pada 10 April 2020, Perdana Menteri telah mengumumkan tempoh PKP dilanjutkan lagi sehingga 28 April 2020 (PKP Fasa 3) dan PKP Fasa 4 sehingga 12 Mei 2020.

Kehadiran wabak COVID19 ini telah menyebabkan hampir semua sektor terjejas termasuklah bidang senibina (architecture) akibat daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan untuk memutuskan rangkaian wabak yang berbahaya ini.

Apakah antara kesan yang dihadapi oleh ‘Architectural Designer’ sepanjang tempoh PKP ini (Secara umum)

1. Urusan temujanji jarak jauh

Ketika tempoh PKP ini, tiada lagi urusan bertemu muka. Apa yang boleh dilakukan hanyalah bekerja dalam lingkungan rumah kediaman masing-masing sahaja. Temujanji juga hanya boleh dilakukan secara dalam talian. Sebarang maklumat dan taklimat oleh klien akan lebih banyak dibuat melalui kemudahan email, whatsapp, telegram, skype dan yang seumpama dengannya.

2. Melawat tapak

Kebiasaannya, selepas temujanji dengan klien dibuat, Architectural Designer akan melawat tapak cadangan untuk melihat dan mengenalpasti keadaan di tapak cadangan. Bagaimana pun, ia berbeza pada kali ini. Lawatan tapak hanya boleh dilakukan dengan membuat carian di dalam Google maps sahaja. Tiada lagi lawatan secara fizikal.

3. Urusan Rasmi Agensi Berkaitan

Untuk projek yang melibatkan urusan rasmi seperti urusan ke pejabat tanah, Jupem, Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran dan yang seumpama dengannya tidak dapat dilaksanakan seperti biasa. Malah, untuk mendapatkan dokumen secara dalam talian pun mungkin tidak akan terjadi. Untuk urusan-urusan rasmi ini, mungkin akan mengambil masa sehingga PKP ditamatkan sepenuhnya.

4. Urusan Rasmi Permohonan Pelan Arkitek

Pelan-pelan rekabentuk bangunan yang telah dipersetujui dan telah disiapkan akan tergendala sehinggalah tempoh PKP tamat. Ini kerana, urusan permohonan kepada PBT seperti Majlis Daerah atau Majlis Perbandaran tidak beroperasi seperti biasa. Ia sama seperti urusan rasmi ke agensi-agensi lain. Selagi mana ia masih ditutup, maka selagi itulah urusan tidak dapat dilaksanakan. Walaupun sekiranya terdapat kelonggaran PKP, apabila diyakini semuanya berada dalam keadaan baik barulah proses urusan akan dapat dilakukan. Buat masa ini, ditangguh saja dulu.

5. Tuntutan Bayaran

Apabila kerja-kerja tergendala, maka tuntutan bayaran juga akan tergendala. Tuntutan hanya dapat dibuat untuk peringkat tertentu sahaja dan seterusnya hanya tunggu sehingga PKP ditamatkan oleh kerajaan. Ini kerana, bayaran akhir akan diterima selepas kerja-kerja siap sepenuhnya dan diserahkan kepada pihak klien.

6. Menyiapkan dan Menyemak Kerja-Kerja Sedia Ada/Tergendala

Ketika di dalam tempoh PKP ini, sedikit sukar untuk mendapatkan projek baru. Terutamanya, projek yang melibatkan kelulusan PBT. Tetapi, masa yang ada ini bolehlah menyiapkan projek-projek yang sedia ada iaitu projek-projek yang diperolehi sebelum PKP bermula dan menyemak projek-projek yang tergendala akibat daripada penutupan agensi berkaitan.

Selepas sahaja tempoh PKP ditamatkan, barulah kerja-kerja dapat disambung semula. Itu pun lebih tertumpu kepada projek yang tergendala dahulu. Dan mungkin akan dapat dibuat secara beransur-ansur. Mudah-mudahan pihak klien dapatlah bersabar. Ini kerana jadual kerja telah berubah. Pun begitu, walaupun nanti PKP itu ditamatkan sepenuhnya, langkah-langkah berjaga-jaga perlu diamalkan. Mungkin akan memakan masa yang agak lama.

7. Tambah Idea Baru dan Lukis Rumah Sendiri dengan 3D

Sepanjang PKP ini juga, kekurangan projek baru menyebabkan kebanyakan masa hanya digunakan untuk mengeluarkan idea-idea sendiri sahaja. Mungkin ada idea baru untuk buat rekabentuk rumah, idea rekabentuk bangunan / rumah minimalis, membuat rekabentuk ubahsuai bangunan dan dalaman dengan menggunakan Sketchup, Autocad atau Lumion.

8. Tambah Kemahiran Baru (Skills)

Oleh kerana tidak dapat keluar dari kediaman melainkan untuk membeli barang keperluan atau utusan penting sahaja, masa yang ada ini bolehlah tambah kemahiran baru menggunakan software architecture yang lain. Mungkin belajar Revit, belajar render dengan 3Ds Max dan sebagainya.

Selama tempoh PKP ini, aktiviti luar agak terbatas. Bukan kerana PKP sahaja, tetapi juga kerana bimbang terhadap penularan wabak Covid19 ini.

Selepas PKP ini ditamatkan, mungkin tiada lagi aktiviti yang biasa dilakukan seperti bersalam-salaman, perbincangan pula perlu dibuat dengan menjaga jarak, pertemuan temujanji mungkin lebih singkat iaitu hanya urusan penting sahaja seperti urusan penyerahan dokumen dan lukisan pelan atau urusan pembayaran daripada klien.

Mungkin juga semua urusan lebih banyak dibuat di dalam talian manakala dokumen dan pelan-pelan yang telah siap pula perlu dibuat melalui penghantaran pos atau hanya ditinggalkan dan kembali untuk ambil dokumen di premis klien sahaja.

Untuk kebaikan bersama, mungkin ini terpaksa dilakukan.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
May 2020
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 84
shares