
- Lokasi: Padang Tengah, Ketereh, Kelantan
- Kategori: Kediaman
- Daerah: Salor/Ketereh
- Keluasan: 3100 kps
- Projek bermula: 2016 (Pelan diluluskan, 2016)
- Status: Telah siap dibina
Rumah banglo 1 tingkat ini terletak di mukim Padang Tengah, Salor/Ketereh, Kelantan. Cadangan rumah banglo ini mengandungi 4 bilik tidur, 1 ruang keluarga, ruang tamu, ruang belajar/bacaan dan 4 bilik air.

Cadangan rekabentuk telah bermula pada Ogos 2016 dan telah mendapat kelulusan oleh PBT berkaitan pada penghunjung tahun yang sama. Pemilik rumah tidak berada di kawasan berdekatan/sedang berada di luar Kelantan dan kami berhubung untuk konsultasi melalui dalam talian. Urusan dokumentasi untuk pemilik juga dibuat secara penghantaran pos.
Darisegi rekabentuk pelan lantai, pemilik mahukan sebuah rekabentuk pelan yang berbentuk-bentuk. Atau ada ruang yang timbul dan ada ruang yang terkedalam. Ketinggian rumah ini dicadangkan supaya dibina dengan ketinggian 3 kaki dari aras tanah atau 900mm kerana kawasan ini kawasan yang dinaiki air ketika musim banjir. Walaupun ketika banjir besar tahun 2014 kawasan ini tidak terjejas, tetapi tindakan menaikkan aras lantai kepada 3 kaki adalah sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku.

Akhirnya, pemilik bersetuju dengan cadangan rekabentuk yang diberikan dan terus kepada proses kelulusan PBT. Bagaimanapun, ada perbezaan di antara cadangan dan keadaan di tapak termasuk juga warna bangunan. Rumah kediaman banglo ini telah siap sepenuhnya dan sedang menunggu proses mendapatkan CCC.
No responses yet