Sharing is caring!

Presiden Turki telah mengumumkan Hagia Sophia yang merupakan salah satu daripada bangunan ikonik senibina yang terkenal di dunia kembali sebagai masjid dan dibuka kepada seluruh umat Islam. Pengumuman itu dibuat selepas Mahkamah Tinggi Turki membatalkan status Hagia Sophia sebagai sebuah muzium.

By Arild Vågen – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=24932378

Pengisytiharan itu bagaimana pun mendapat kritikan daripada pelbagai pihak antaranya, Amerika Syarikat, Rusia, Greece dan masyarakat kristian.

Menurut Presiden Turki, umat Islam akan bersolat untuk pertama kalinya pada 24 Julai 2020 iaitu pada waktu solat Jumaat. Erdogan juga meyakinkan bahawa Hagia Sophia tetap akan dibuka luas kepada penduduk tempatan serta warga asing termasuk bukan muslim.

Sumber imej: TheArabWeekly

Presiden Turki itu juga tetap konsisten mempertahankan keputusan mahkamah tinggi atas pembatalan tersebut malah menegaskan bahawa Hagia Sophia adalah isu dalaman Turki dan ia sah mengikut undang-undang. Beliau juga mendesak supaya semua pihak dapat menghormati keputusan Turki.

Hagia Sophia terletak di Istanbul, Turki. Pertama kali ia dibina pada zaman empayar Byzantine sebagai sebuah katedral. Kemudian, ia ditukar kepada Masjid pada zaman Uthmaniyah, iaitu ketika zaman Sultan Muhammad Al-Fateh pada tahun 1453 dan seterusnya kepada muzium pada tahun 1943.

Ratusan penduduk berkumpul di luar bangunan Hagia Sophia sambil memegang bendera Turki. Pihak polis juga turut meningkatkan kawalan di sekitar kawasan Hagia Sophia.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
July 2020
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 103
shares