Sharing is caring!

Sebuah bandar di China telah membina jambatan lebuh raya di sekitar sebuah rumah kecil setelah pemiliknya enggan menjualnya kepada kerajaan selama satu dekad.

Rumah ini merupakan salah satu contoh ‘nail house’ di China – atau “dingzihu” dalam bahasa Mandarin – di mana pemilik rumah menolak pampasan daripada pemaju untuk merobohkan bangunannya.

Rakaman yang dikeluarkan oleh media tempatan menunjukkan harta benda itu tersendat erat di antara dua sayap Jambatan Haizhuyong yang baru dibuka di metropolis Guangzhou di wilayah Guangdong.

Rumah itu memiliki keluasan 40 meter persegi atau 430 kaki persegi dan terletak di tengah-tengah lalu lintas empat lorong.

Dia menambah yang dia gembira dan tidak kisah apa yang orang lain fikirkan terhadapnya.

Pemiliknya, yang dikenali dengan nama keluarga Liang, mengatakan yang dia tidak setuju untuk berpindah kerana kerajaan gagal menawarkan harta gantian kepadanya di lokasi yang ideal.

“Anda fikir persekitaran ini buruk, tetapi saya rasa ia tenang, membebaskan, menyenangkan dan selesa,” katanya.

Sumber memberitahu, bahawa Liang telah menuntut kerajaan memberikan empat pangsapuri kepadanya, tetapi kerajaannya hanya bersetuju dua sahaja.

Sumber video: Twitter

Sumber lain juga mendakwa kerajaan telah menawarkan tempat tinggal gantiannya di sebelah bilik mayat, dan itulah sebabnya mengapa dia tidak menerimanya dan kekal di situ.

‘Nail house’ ini telah viral di China setelah rakaman dan gambarnya muncul di media sosial.

Kerajaan daerah Haizhu mengatakan bahawa para pegawai memperuntukkan plot di Jalan Huandao untuk dirobohkan pada tahun 2010 untuk membina Jambatan Haizhuyong, lapor Guangzhou Daily.

Sumber: Dailymail UK

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 104
shares