Sharing is caring!

Di dalam architecture sama ada bersendirian, di studio, sedang belajar atau ketika berurusan dengan klien, jika ada alat yang boleh digunakan untuk memudahkan kerja itu adalah sangat baik.

Apabila ia dapat dipasang di dalam telefon pintar atau tablet, maka tidak perlu lagi membawa helaian kertas yang begitu banyak atau buku sketch yang tebal tetapi hanya terus simpan data dan menyambung semula kerja setelah kembali ke ruang kerja komputer.

Berikut beberapa aplikasi yang patut anda gunakan sebagai seorang arkitek atau bakal arkitek untuk membantu kerja-kerja seibina anda.

  1. Autocad (iOS / Android)
Image via App Store

Aplikasi Autocad daripada Autodesk ini membenarkan anda untuk mengakses file Autocad atau Revit pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Anda boleh mengedit, menanda, membuat drawing, darfting atau untuk tujuan perbincangan bersama klien atau kontraktor atau mungkin profesor di kelas anda.

  1. Autodesk SketchBook (iOS / Android)
Image via App Store

Aplikasi Autodesk SketcBook ini membenarkan anda menzahirkan kreativiti melukis, melakar, lakaran senibina dan membuat kerja-kerja hasil seni yang lain dengan ciri-ciri yang diberikan secara percuma sepenuhnya.

  1. Morpholio Trace (iOS / Android)
Image via App Store

Morpholio Trace dikatakan aplikasi terbaik merupakan sebuah aplikasi melukis yang sangat unik. Ia membenarkan anda untuk mengembangkan idea, tanda pada drawing dan bekerja dengan lancar di setiap peringkat proses merekabentuk. Aplikasi ini sangat sesuai kepada arkitek, pereka dalaman, pereka landskap dan yang seumpama dengannya. Aplikasi ini adalah aplikasi terbaik setakat ini untuk arkitek khususnya. Boleh dikatakan semua kemudahan melukis atau melakar untuk kerja-kerja arkitek ada disediakan di sini. Untuk aplikasi ini, sangat sesuai digunakan dengan peranti iPad atau Tablet yang mempunyai Peranti Pencil atau Stylus Pen.

  1. Concept (iOS / Android)
Image via App Store

Aplikasi ini dicipta untuk membuat lakaran rekabentuk atau apa saja lakaran atau lukisan. Ia tempat untuk anda mencetuskan idea rekabentuk, lakaran pelan lantai dan sebagainya kemudian, kongsikan kepada rakan, klien atau kepada profesor di kelas anda. Fungsi yang sama seperti menggunakan pen, pensil dan kertas tetapi ini lebih produktif dan menjimatkan. Aplikasi ini sangat sesuai menggunakan peranti iPad atau Tablet dengan kemudahan peranti pensil atau sylus pen.

  1. MagicPlan (iOS / Android)
Image via App Store

Magicplan membantu anda membuat pelan lantai, membuat laporan dan membuat anggaran harga. Aplikasi ini juga membolehkan anda untuk menyediakan pelan lantai sama ada untuk kegunaan rekaan dalaman atau untuk rekaan pelan bangunan. Tetapi, aplikasi ini hanya fokus kepada kerja-kerja bahagian dalaman sesebuah bangunan dalam bentuk 2D atau 3D. Dengan aplikasi ini juga boleh meletakkan barangan hiasan dalaman untuk dipersembahkan kepada klien atau kontraktor. Ia boleh disetkan untuk membuat anggaran harga bagi kerja-kerja rekaan dalaman. Aplikasi ini juga membenarkan anda menggunakan kemudahan kamera untuk mengukur sesuatu ruang. Ia sangat sesuai untuk kerja-kerja ubahsuai dan tambahan bagi sesebuah bangunan sama ada untuk rumah kediaman atau bangunan komersil. Termasuk kerja-kerja rekaan atau mendekorasi hiasan dalaman.

  1. CAD Architecture Plan : ArcSite (iOS)
Image via App Store

Aplikasi ArcSite ini mempunyai fungsi hampir sama dengan CAD. Ia membantu anda menyediakan pelan lantai. Bukan sekadar melakar, tetapi boleh melaraskan ukuran yang dikehendaki. Anda boleh meletakkan bukaan seperti pintu dan tingkap, melabelkan ruang, menambah bentuk seperti tangga, perabot, perkakasan dapur, pokok dan sebagainya. Anda juga boleh menambah gambar untuk tujuan presentasi kepada klien atau kontraktor. Ciri-ciri yang disediakan adalah ciri-ciri asas dalam penyediaan pelan lantai tetapi cukup memuaskan. Aplikasi ini juga boleh membantu anda menyediakan anggaran kos. Sesuai menggunakan iPad dan peranti pensil.

  1. Houzz (iOS / Android)
Image via App Store

Houzz merupakan salah satu aplikasi yang membantu anda mendapatkan idea untuk membuat ubahsuai atau rekabentuk rumah kediaman. Anda boleh mendapatkan jutaan gambar dengan idea-idea menarik rekaan dalaman dan luaran. Ia juga menyediakan harga untuk anda membuat anggaran bagi kos-kos ubahsuai dan kerja-kerja dekorasi. Di dalam aplikasi ini jga anda boleh mendapatkan khidmat professional seperti arkitek, kontraktor, jurureka dalaman, tukang baiki dan sebagainya. Juga terdapat tips-tips, artikel-artikel serta cadangan-cadangan untuk kerja-kerja renovasi dan dekorasi.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 103
shares