Sharing is caring!

By Malaysian1966 at English Wikipedia – Transferred from en.wikipedia to Commons by Leoboudv using CommonsHelper., Public Domain, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=11057282

Setiap 31 Ogos setiap tahun, kita akan menyambut Hari Kebangsaan bagi meraikan hari kemerdekaan. Pada tarikh 31 Ogos inilah telah berlakunya pengumuman pengisytiharan kemerdekaann Persekutuan Tanah Melayu oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur yang mana stadium itu baru sahaja dirasmikan sehari sebelum pengisytiharan kemerdekaan dibuat.

Stadium Merdeka telah menerima Anugerah Asia-Pasifik UNESCO For Excellence for Heritage Conservation kerana kepentingan budaya dan perwujudan acara pengisytiharan kemerdekaan yang unik. Ia juga telah diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan pada tahun 2005 bersama-sama dengan Stadium Negara. Ini memberi maksud, kedua-dua stadium ini tidak boleh dirobohkan. Pemilik pula dimestikan untuk menjaga aset warisan negara ini supaya sentiasa berada dalam keadaan baik (Akta Warisan Kebangsaan 2005).

Sejarah Stadium Merdeka

Stadium Merdeka mula dibina pada Julai 1956. Ia dibina khas untuk menyambut hari kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Kerja-kerja pembinaannya telah diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya. Manakala, orang yang bertanggungjawab terhadap merancang rekabentuk dan pembinaannya ialah Stanley Edward Jewkes seorang Arkitek Amerika yang juga seorang jurutera. Stadium ini telah siap sepenuhnya pada Bulan Ogos tahun 1957 dan kos pembinaannya menelan belanja RM 2.3 juta. Sebahagian daripada kos pembinaan tersebut dibiayai melalui kutipan derma orang ramai.

Lokasi Stadium Merdeka via Google Maps

Tapak Stadium Merdeka yang terletak di Bukit Petaling ini sebelumnya pernah dijadikan sebagai Taman Coronation atau “Coronation Park” pada tahun 1937. Ia termasuk di dalam hakmilik Majlis Perbandaran Kuala Lumpur. Sebelumnya juga, ia merupakan sebuah tapak perkuburan Cina yang terletak di atas bukit.

Batu asas Stadium Merdeka telah diletakkan pada 15 Februari 1957 dan dirasmikan oleh Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Malaysia Pertama pada 30 Ogos 1957 iaitu sehari sebelum pengisytiharan kemerdekaan diumumkan.

Gambaran Rekabentuk Senibina Stadium Merdeka

Pembinaan stadium ini melibatkan pengalihan sebanyak 200,000 tan tanah dan meletakkan 10,000 tan konkrit dan dikuatkan dengan 700 tan besi.

Rekabentuk stadium adalah berbentuk bujur dan kedudukannya diletakkan secara menghadap utara dan selatan supaya mereka yang sedang bersukan tidak terganggu dengan sinaran matahari secara terus terutamanya pada waktu petang. Tempat duduk bumbung berada di sebelah barat, di tengahnya pula padang untuk aktiviti sukan seperti bola sepak dan ragbi dan di sekeliling padang pula terdapat 8 lorong trek larian.

Stadium ini boleh memuatkan kira-kira 22,000 tempat duduk dan 3000 daripadanya terletak di bawah bumbung. Pada tahun 1974, ia diubahsuai untuk memuatkan 40,000 orang penonton. Bagaimana pun, jumlah kapasiti penonton telah dikurangkan semula pada tahun 2007 kepada asal seperti tahun 1957 untuk menghidupkan semula detik-detik kegemilangan pengisytiharan kemerdekaan.

Stadium ini mempunyai 14 buah terowong sebagai pintu keluar-masuk stadium dan terdapat sebuah terowong besar untuk terus ke padang di sebelah barat daya stadium. Selain itu, terdapat4 buah tiang lampu limpah di setiap penjuru stadium dengan ketinggian 140 kaki. Satu bilik kawalan disediakan di tempat duduk berbumbung untuk mengendalikan pelbagai acara dan di atasnya terdapat pentas di Raja dan tempat duduk VIP. Beberapa bilik dan ruang lain juga disediakan termasuk bilik mesyuarat, bilik tv, bilik radio, bilik persalinan dan tempat makan.

Antara Peristiwa Bersejarah & Peristiwa Besar Pernah Berlangsung Di Stadium Merdeka

  • Pembukaan rasmi Stadium Merdeka, oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, Perdana Menteri Pertama Malaysia, 30 Ogos 1957
  • Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj, 31 Ogos 1957
  • Majlis Tilawah Al Quran Antarabangsa Kali Pertama, 1960
  • Sukan SEA
  • Pestabola Merdeka
  • Michael Jackson, History World Tour 27 & 29 October 1996 dan sebagainya.

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 103
shares