Projek cadangan rekabentuk rumah berkembar ini terletak di Pasir Mas, Kelantan. Rekabentuk rumah kediaman ini mempunyai keluasan kira-kira 1,980 kaki persegi (kps) bagi setiap unit.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Ruang

Rekabentuk rumah ini mempunyai 4 bilik tidur dan 3 bilik air. Tingkat atas adalah zon privasi di mana hanya dikhaskan kepada ahli keluarga sahaja iaitu 3 bilik tidur dan 2 bilik air serta 1 ruang keluarga.

Tingkat bawah pula merupakan zon semi-privasi dan zon publik iaitu ruang tamu, ruang makan, dapur dan bilik tidur tambahan.

Ruang keluarga dan bilik tidur utama di tingkat atas disediakan ruang balkoni sendiri untuk memberi pandangan yang lebih luas dan terbuka serta menyediakan sistem pengudaraan yang baik kepada isi rumah di tingkat atas.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Ketinggian

Lantai bagi rumah kediaman ini tidak ditinggikan. Aras lantainya hanya dinaikkan 100mm sahaja dari aras tanah.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Bukaan

Bukaan tingkap yang digunakan adalah jenis lebar dan labuh supaya ruang dalam mempunyai pandangan yang lebih luas dan terbuka. Pintu gelangsar juga digunakan sebagai akses kedua dan juga untuk membenarkan pengudaraan semula jadi masuk ke dalam bangunan.

Tempat letak kereta

Tempat letak kereta dapat memuatkan sebuah kereta

VIDEO – YT
  • IVORY BLOOM HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 1,980 kps (per unit)
  • Tahun: 2020
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Daerah: Pasir Mas
  • Jajahan: Pasir Mas
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

August 2020
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah / pelukis pelan di Kelantan seperti pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Kota Bharu, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 0
  • 13
  • 13
  • 623,793