Sharing is caring!

Di luar sana, terdapat banyak tempat yang menarik yang boleh kita lihat dari segi senibinanya, budaya, sejarah dan kemahiran mereka dalam membina sesuatu yang kini telah menjadi daya tarikan pelancongan seluruh dunia serta mendapat pengiktirafan Warisan Dunia UNESCO. Seperti bandar-bandar kecil atau perkampungan kecil yang disenaraikan ini, ianya cukup indah dan menarik untuk dikunjungi. Antaranya adalah seperti di bawah.

  1. Hallstatt, Austria
By Bwag – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=80117844

Hallstatt, bandar kecil yang terletak di kawasan pergunungan wilayah Salzkammergut, daerah Gmunden, Austria. Di sana, terdapat rumah-rumah tradisional Alpine abad ke-16 bertenggek di tebing gunung yang sempit. Rumah-rumah itu menghadap Tasik Hallstatt berlatar belakangkan permandangan gunung-ganang yang menjadikannya sangat indah.

Hallstatt terkenal sebagai tempat penghasilan garam.

By chensiyuan – chensiyuan, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=20069520
  1. Alberobello, Itali
By Berthold Werner, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=60159414

Alberobello ialah sebuah bandar yang terletak di Wilayah Apulia (Puglia), Selatan Itali. Jarak dari Bandar Rome ke Bandar ini ialah sekitar 5 jam. Manakala, jika dari Bandar Bari, ia memakan masa sekitar 1 jam.

Seluruh Bandar kecil Alberobello ini merupakan sebuah Tapak Warisan Dunia UNESCO yang terkenal dengan rumah trulli, yang cantik dan comel-comel. Berada di Bandar Arberobello ini, di mana-mana sahaja sudah cukup baik untuk mendapatkan gambar yang sempurna. Tapi, jika dilihat betul-betul, ia mungkin boleh mengelirukan pandangan mata kita.

Rumah trulli ini dibina daripada batu kapur tempatan yang dicuci putih dan mempunyai atap kerucut (Berbentuk kon).

  1. Colmar, Perancis
By Xiyang Xing – https://www.flickr.com/photos/xingxiyang/27601684385/in/dateposted-public/, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=49404952

Colmar terletak di Grand Est, Perancis. Ia merupakan sebuah bandar lama yang terpelihara dengan sangat baik. Bandar yang cantik ini terdiri daripada bangunan pada awal dan pertengahan abad zaman Rennaissance, gereja lama, terusan pendek (ala Venice) dan rumah-rumah yang berwarna pastel telah menjadikan ia sebagai salah satu pusat tumpuan pelancongan dari seluruh dunia.

Suasana Colmar ini boleh dinikmati dan dilihat sendiri di Colmar Tropicale, Bukit Tinggi, Janda Baik, Pahang (Malaysia). Keadaan susun atur dan suasana perkampungannya juga diinspirasikan daripada keadaan asal di Colmar, Perancis. Colmar Tropicale juga telah menjadi daya tarikan dan pusat tumpuan pelancongan.

Colmar Tropical, Pahang, Malaysia. By Peter coxhead – Karya sendiri, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=18129169
  1. Deadwood, South Dakota, Amerika Syarikat
By The original uploader was Gorilla Jones at English Wikipedia. – Transferred from en.wikipedia to Commons by Firefox13 using CommonsHelper., CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=6501905

Deadwood merupakan sebuah bandar kecil yang terletak di South Dakota, Daerah Lawrence, Amerika Syarikat. Nama asal bandar ini dinamakan sempena penemuan pokok mati oleh peneroka awal. Kerana senibina era Gold Rush yang masih terpelihara, seluruh bandar ini telah dijadikan sebagai National Historic Landmark District. Bandar kecil ini mempunyai populasi sekitar 1300 orang.

* Gold Rush ialah era di mana seluruh penduduk berpusu-pusu memburu emas di daerah-daerah di mana emas banyak dijumpai antaranya Amerika Syarikat. 1

  1. Bibury, England, United Kingdom
Arlington Row – By Saffron Blaze – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=15022619

Bibury pernah digambarkan oleh William Morris (1834-96) sebagai tempat yang paling indah di England “the most beautiful village in England”. Birbury merupakan sebuah perkampungan yang terletak di daerah Cotswolds, Gloucestershire, England. Berhampiran dengan Sungai Coln. Ia juga tidak jauh dariBandar Cirencester iaitu sekitar 12 km. Jaraknya dari Kota London pula sekitar 130 km atau hampir 2 jam perjalanan.

Bibury dikenali dengan kawasan berbukit dan berumput hijau yang sangat cantik dan cukup indah. Dikatakan, kotej-kotej di Arlingston Row mempunyai pemandangan yang paling cantik dan selalu menjadi tumpuan kepada juru-juru gambar. Gambar senibina di Bibury ini juga terdapat di dalam buku pasport British.

Populasinya sekitar 630 orang sahaja.

  1. Göreme, Turkey

Göreme, sebuah bandar atau kota yang terletak di dalam Wilayah Cappadocia di tengah Turkey. Di dalam bandar ini terdapat Muzium Terbuka Göreme dengan gereja gua dan lukisan-lukisan dinding dari abad ke 10 hingga ke abad 12. Bandar ini terletak di antara batu-batu “fairy chimney” yang berbentuk kerucut / kon dan ia sangat sinonim dengan Wilayah Cappadocia. Bandar ini telah menjadi sebahagian daripada Taman Negara Göreme dan telah tersenarai Warisan Dunia UNESCO selama lebih 30 tahun. Keindahan bandar ini boleh dilihat dari pandangan atas.

Tidak diketahui bilakah kali pertama ianya dihuni tetapi ia diketahui bahawa terdapatnya penempatan itu pada tahun 1800 hingga 1200 Sebelum Masehi. Populasinya sekitar 2000 orang.

  1. Zhouzhuang, China. Bandar Air Nombor 1 Di China
Photo By livepine – R0003710, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=7469003

Zhouzhuang terletak di Suzhou, China, merupakan salah satu dari sepuluh tempat pelancongan teratas di China yang digemari oleh orang Eropah. Di sana, anda boleh merasakan sejarahnya yang panjang sekitar 1000 tahun dan dapat mengagumi ciri-ciri asli bandar air di Selatan Sungai Yangtze di China.

Zhouzhuang merupakan bandar air yang indah yang juga dikenali sebagai Venice of the East. Di tebing terusan Zhouzhuang dihiasi dengan senibina klasik China. Ia seperti juga di Venice, kenderaan bermotor adalah dilarang melainkan gondola-gondola yang melalui di bawah jambatan batu. Ianya sangat cantik dan sangat indah.

Image via www.chinadiscovery.com

Daripada cerita sejarahnya, Zhouzhuang dulu disebut sebagai Yao City. Pada tahun 1086 Masihi, Zhou Digong yang mempercayai agama Buddha mengabdikan tanah seluas lebih dari 13 hektar untuk Kuil Quanfu sebagai tempat kuil. Masyarakat di sana menamakannya tanah Zhouzhuang (Desa Zhou) sebagai tanda terima kasih. Di Zhouzhuang, terdapat 14 jambatan batu kuno yang dibina semasa dinasti Yuan, Ming dan Qing.

Zhouzhuang, kemudiannya terus berkembang dengan semakin banyak orang datang dan menetap di situ. Shen Wansan (orang kaya), mula melakukan perdagangan dengan orang luar. Zhouzhuang seterusnya berkembang menjadi pusat perdagangan makanan, sutera dan pelbagai kraf tangan,. Masyarakat di sana secara beransur-ansur menjalani kehidupan yang sangat makmur dan membina Zhouzhuang menjadi bandar kuno yang lebih baik.

Zhouzhuang diberi gelaran “Tarikan Pelancongan AAAAA Nasional”

  1. Perkampungan Bersejarah Gokayama, Japun
By 663highland – Own work, CC BY 2.5, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=8011205

Perkampungan ini terkenal dengan atap jerami. Perkampungan Bersejarah Gokayama dan Shirakawa-go adalah antara tarikan paling indah di Jepun dengan senibina gaya Gassho-zukuri. Ia terletak di lembah sungai Shogawa yang terpencil di tengah Jepun.

Kawasan seluas 68 hektar ini juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Rumah ladang tradisional berusia lebih dari 250 tahun dan reka bentuknya yang unik membantu menahan sejumlah besar salji lebat yang turun di sini semasa musim sejuk.

  1. Positano, Itali
By JeCCo – Own work, CC BY 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=34693351

Positano terletak di Campania, Itali. Ia dibina di lereng bukit dan menghadap laut. Walaupun jalannya agak sempit dan berliku-liku, ia disejukkan dengan pemandangan senibina yang memukau disepanjang jalan menuju ke arah laut Mediterranean. Jalan-jalan ini juga dipenuhi dengan kedai-kedai, restoren, butik dan hotel mewah.

  1. Itchan Kala, Khiva, Uzbekistan
By Doron – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=2121455

Itchan Kala, merupakan sebuah kota berdinding (atau mungkin kubu) terletak di bandar Khiva, Uzbekistan. Sejak tahun 1990, ia telah dilindungi sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO.

Bandar lama ini menyimpan lebih daripada 50 monumen bersejarah dan 250 rumah lama yang berasal dari abad ke 18 belas atau ke 19. Masjid Djuma, misalnya, didirikan pada abad ke 10 dan dibangunkan semula dari tahun 1788 hingga 1789. Dewan hypostylenya yang terkenal masih menyimpan 112 tiang yang diambil daripada struktur lama / kuno.

By Doron – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=2121441

Keistimewaan Ichan Kala yang paling menakjubkan adalah dinding batanya dan empat pintu gerbang, satu di setiap sisi kubu segi empat. Walaupun asas-asasnya dipercayai telah diletakkan pada abad ke 10, tembok setinggi 10 meter (33 kaki) ini didirikan sebahagian besar pada akhir abad ke 17 dan kemudiannya diperbaiki semula.

Sumber: Loveexploring.com,


1 . Gold Rush, accessed 1 September 2020, hidayatullah.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 104
shares