Sharing is caring!

Sebenarnya, terdapat banyak monumen peninggalan peradaban kuno di dunia masih menjadi misteri kepada para penyelidik dan ahli arkeologi sehingga ke hari ini. Ada yang masih kekal utuh dan ada yang sehagaiannya telah runtuh dan musnah. Jika anda sangat berminat dengan senibina bersejarah atau senibina kuno atau struktur-struktur lama, berikut adalah beberapa tapak peninggalan sejarah sebagai rujukan kepada anda.

  1. Piramid Giza, Mesir
By Ricardo Liberato – All Gizah Pyramids, CC BY-SA 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=2258048

Piramid Giza merupakan kompleks perkuburan yang berusia 4,500. Piramid yang terbesar daripada 3 piramid itu ialah salah satu daripada 7 keajaiban dunia kuno. Sehingga ke hari ini, ia masih menjadi misteri kepada ahli-ahli pengkaji Mesir bagaimana ia dibina dengan tepat dan kemas sedangkan pada masa itu hanya mempunyai alatan asas sahaja dan sangat terhad.

Ada berjuta-juta blok batu dengan pelbagai saiz. Setiap daripadanya mempunyai berat bertan-tan yang perlu diangkut beberapa kilometer sebelum dipasang kepada struktur binaan dengan ketinggian 140 meter dan ini berlaku dalam masa yang singkat.

Siapa arkitek, jurutera dan kontraktor mereka?

  1. Tiwanaku, Bolivia. (Tiahuanaco)
By Pavel Špindler, CC BY 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=55228080

Kota Tiwanaku (Tiahuanaco) terletak di Bolivia merupakan tapak arkeologi pra-kolumbus yang penting. Ada banyak persoalan tentang sama ada ia wujud 4000 tahun lalu atau 8000 tahun atau mungkin juga 12,000 tahun yang lalu. Ia menjadi salah satu warisan penting bagi Kerajaan Inka sebagai pusat keagamaan dan pusat pentadbiran selama lebih 500 tahun.

  1. Kota Batu, Tiermes. (Termantia)
By tretx – Own work, Public Domain, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=4198101

Di tapak ini, anda boleh melihat struktur binaan dan perincian hiasan pada batu yang sangat mengagumkan dan luar biasa. Tapak arkeologi Tiermes, terletakl di Castile-León, Sepanyol. Jika dilihat, hampir seluruh binaan diukir pada batu. Terdapat bahagian runtuhan forum, pintu gerbang, tempat kediaman, dan juga sistem saluran air yang canggih.

Tidak dapat diketahui tentang siapa yang telah membina bandar ini dan bila ia dibina. Tetapi Celtiberian, Rom, Visigoth, dan Moors semuanya melalui waktu yang berlainan. Tiermes pula sekitar abad ke-12.

  1. Kuil Megalithic, Malta. (Megalithic Temples of Malta)
By Berthold Werner – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=17202502

Kepulauan Malta mempunyai khazanah misteri mereka tersendiri iaitu Kuil Megalithic Malta. Pulau-pulau di Malta dan Gozo merupakan tapak beberapa struktur senibina prasejarah yang tertua di dunia di antara 4000 tahun ke 2500 tahun sebelum masihi. Kuil ini sangat teliti dan terperinci rekabentuknya serta mempunyai pencapaian teknikal yang sangat maju pada zamannya. Keadaan luar biasa itu menjadikannya mendapat tempat sebagai salah satu senarai Warisan Dunia UNESCO.

  1. Petra, Jordan
CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=672912

Petra terletak di Jordan. Ia juga merupakan Tapak Warisan Dunia UNESCO. Dibangunkan pada tahun ke 8 Sebelum Masehi (SM). Ia dijumpai semula pada tahun 1812. Petra pernah menjadi pusat perdagangan penting dan kini telah menjadi tapak kajian arkeologi. Tetapi, ia menjadi tanda tanya bagaimana ia diukir pada batu dan bagaimana kehidupan ketika itu seperti mendapatkan sumber air kerana ia terletak di salah satu walayah yang sangat kering.

  1. Great Zimbabwe
By Janice Bell – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=42835093

Bandar kuno ini terletak di tenggara Zimbabwe. Ia dibina oleh orang shona pada abad ke 12 hingga ke 15. Pada tahun 1871, tapak seluas 7 kilometer persegi ini telah dijumpai oleh penjajah Eropah yang dulunya merupakan pusat perdagangan penting kerana terdapat banyak emas di wilayah itu. Ada yang mengatakan ia merupakan rumah Raja Salomo.

  1. Newgrange, Ireland
By Tjp finn – Own work, CC BY-SA 4.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=51765798

Newgrange ialah sebuah laluan makam yang terletak di utara Dublin, Ireland. Ia dikatakan mempunyai struktur binaan yang mengagumkan dengan diameter 85 meter atau 280 kaki. Usianya lebih 5000 tahun. Sewaktu musim sejuk solstis, cahaya matahari di waktu pagi akan menerjah masuk ke pintu masuk Newgrange terus menyinari sepanjang laluan ke makam tersebut. Sangat cantik.

  1. Stonehenge, England
By garethwiscombe – https://www.flickr.com/photos/garethwiscombe/1071477228/in/photostream/, CC BY 2.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=13278936

Walaupun tidak difahami tentang struktur binaan ini, tetapi ia telah menjadi bukti bahawa wujudnya upacara pada zaman Neolitik dan zaman Gangsa. Stonehenge ialah peninggalan sejarah yang paling dikenali seluruh dunia. Ia terletak di Wiltshire, England dan merupakan tapak Warisan Dunia UNESCO sejak tahun 1982. Dianggarkan tapak ini telah digunakan sekitar tahun 3700 hingga 1600 Sebelum Masehi (SM).

  1. Penempatan Anasazi, Amerika
By Lorax – Own work, initially uploaded at en:Image:Mesaverde_cliffpalace_20030914.752.jpg, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=121435

Ke mana mereka pergi? Itulah yang menjadi tanda tanya kepada para pengkaji atau ahli arkeologi terhadap penempatan Anasazi yang ditinggalkan. Anasazi, sebuah peradaban kuno orang asli Amerika. Mereka membina kediaman mereka di sisi tebing, terletak di barat daya Amerika Syarikat antara abad pertama Sebelum Masehi dan abad ke-15 Masehi. Mereka memilih untuk menetap di lokasi yang tidak menentu itu adalah sangat menarik, dan ahli arkeologi masih berusaha memahami mengapa Anasazi tiba-tiba meninggalkan penempatan mereka. Ada yang mengatakan ia mungkin disebabkan oleh kemerosotan kawasan persekitaran, didatangi bahaya, dan tiada sumber air.

Sumber: MSN.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 103
shares