Sharing is caring!

Merdeka PNB118

Menara Merdeka PNB118 ini sedang dalam pembinaan, dijangka siap sepenuhnya pada penghujung tahun 2021. Sekiranya bangunan menara setinggi 644 meter ini siap sepenuhnya, ia akan menjadi bangunan kedua tertinggi di dunia, di belakang Burj Khalifa yang mempunyai ketinggian 828 meter dan akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia mendahului Menara Berkembar Petronas, 451.9 meter dan Menara Tun Razak Exchange 106 (TRX) 445.5 meter. Ketika ini, Shanghai Tower berada di nombor 2 tertinggi di dunia dengan ketinggian 632 meter.

Menara dengan 118 tingkat ini dianggar mempunyai keluasan sekitar 3 juta kaki2 (kps) atau 290,000 meter2 (mps). Bangunan menara ini mengandungi ruang pejabat, hotel mewah, dan sebuah pusat membeli belah. Kos bagi pembinaan menara ini ialah sekitar RM 5 Billion yang dibiayai oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Selain nama Merdeka PNB 118, nama lainnya juga ialah Menara Warisan Merdeka, Heritage of Independence dan PNB Headquaters.

Lokasi dan Akses

Menara ini dibina di Jalan hang Jebat, Kuala Lumpur. Ia berdekatan dengan beberapa bangunan bersejarah dan ikonik negara seperti Stadium Merdeka, Stadium Negara dan Stadium Chin Woo. Jika siap nanti, ia akan mempunyai akses ke laluan MRT Sungai Buloh-Kajang yang baru siap dibina.

Rekabentuk

Merdeka PNB118 ini direkabentuk oleh RSP Architects Planners & Engineers bersama dengan Fender Katsalidis Architects yang berpangkalan di Australia yang terkenal dengan Eureka Tower di Melbourne, Australia.

Menara ini mengandungi 118 tingkat dan 5 tingkat lagi di tingkat bawah tanah. Mempunyai 87 buah lift dengan kelajuan 10 meter per saat atau sekitar 1 minit untuk keseluruhan tingkat. Keluasan keseluruhan bangunan ini ialah 3,143,062 kaki2 atau sekitar 292,000 m2.

Puncak menara atau hujung menara pula dikatakan direka berdasarkan kepada figura tangan Tunku Abdul Rahman yang mengangkat tangan ketika melaungkan kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Imej Perspektif Menara Merdeka PNB118

Imej Dalam Pembinaan

  • Nama : Merdeka PNB118
  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Tahun cadangan : 2010
  • Tahun mula dibina : 2014
  • Tahun jangkaan siap dibina : 2021
  • Developer : PNB Merdeka Ventures SDN Berhad
  • Architect : Fender Katsalidis Architects; RSP Architects Planners & Engineers; G.A. Brand Design
  • Ketinggian : 644 meter (2,113 kaki)
  • Jumlah tingkat : 118 Tingkat
  • Keluasan : 292,000 m2 3,143,062 kaki2

20 Bangunan Tertinggi Di Dunia tahun 2020

Di bawah ialah senarai 20 bangunan atau menara tertinggi di dunia bagi tahun 2020 berdasarkan kepada The Skyscraper Center.

  1. Burj Khalifa
  • Nama : Burj Khalifa
  • Lokasi : Dubai
  • Tahun siap dibina : 2010
  • Owner : Emaar Properties
  • Architect : Skidmore, Owings & Merrill LLP, Hyder Consulting
  • Ketinggian : 828 meter (2,717 kaki)
  • Jumlah tingkat : 163 Tingkat
  1. Shanghai Tower
  • Nama : Shanghai Tower
  • Lokasi : Shanghai
  • Tahun siap dibina : 2015
  • Owner : Shanghai Tower Construction & Development
  • Architect : Gensler, Tongji Architectural Design (Group) Co., Ltd., East China Architectural Design & Research Institute
  • Ketinggian : 632 meter (2,073 kaki)
  • Jumlah tingkat : 128 Tingkat
  1. Makkah Royal Clock Tower
  • Nama : Makkah Royal Clock Tower
  • Lokasi : Mekkah
  • Tahun siap dibina : 2012
  • Developer : Saudi Bin Laden Group
  • Architect : Dar al-Handasah Shair & Partners; SL Rasch Design & Research Institute
  • Ketinggian : 601 meter (1,972 kaki)
  • Jumlah tingkat : 120 Tingkat
  1. Ping An Finance Center
  • Nama : Ping An Finance Center
  • Lokasi : Shenzen
  • Tahun siap dibina : 2017
  • Owner/Developer : Ping An Financial Center Construction & Development
  • Architect : Kohn Pedersen Fox Associates, CCDI Group
  • Ketinggian : 599.1 meter (1,965 kaki)
  • Jumlah tingkat : 115 Tingkat
  1. Lotte World Tower
  • Nama : Lotte World Tower
  • Lokasi : Seoul, Korea Selatan
  • Tahun siap dibina : 2017
  • Owner/Developer : Lotte Property & Development
  • Architect : Kohn Pedersen Fox Associates, BAUM Architects
  • Ketinggian : 554.5 meter (1,819 kaki)
  • Jumlah tingkat : 123 Tingkat
  1. One World Trade Center
  • Nama : One World Trade Center
  • Lokasi : New York City
  • Tahun siap dibina : 2014
  • Owner/Developer : Port Authority of New York and New Jersey; The Durst Organization
  • Architect : Skidmore, Owings & Merrill LLP
  • Ketinggian : 541.3 meter (1,776 kaki)
  • Jumlah tingkat : 94 Tingkat
  1. Guangzhou CTF Finance Centre
  • Nama : Guangzhou CTF Finance Centre
  • Lokasi : Guangzhou
  • Tahun siap dibina : 2016
  • Owner : Chow Tai Fook Enterprises
  • Developer : Guangzhou Xinyu Real Estate Development Co., Ltd
  • Architect : Kohn Pedersen Fox Associates, Leigh & Orange; Guangzhou Design Institute
  • Ketinggian : 530 meter (1,739 kaki)
  • Jumlah tingkat : 111 Tingkat
  1. Tianjin CTF Finance Centre
  • Nama : Tianjin CTF Finance Centre
  • Lokasi : Tianjin
  • Tahun siap dibina : 2019
  • Owner/ Developer : Chow Tai Fook Enterprises
  • Architect : Skidmore, Owings & Merrill LLP, Ronald Lu & Partners; East China Architectural Design & Research Institute
  • Ketinggian : 530 meter (1,739 kaki)
  • Jumlah tingkat : 97 Tingkat
  1. CITIC Tower
  • Nama : CITIC Tower
  • Lokasi : Beijing
  • Tahun siap dibina : 2018
  • Owner/ Developer : CITIC HEYE Investment CO., LTD.
  • Architect : TFP Farrells, Kohn Pedersen Fox Associates, Beijing Institute of Architectural Design, CITIC General Institute of Architectural Design & Research Co., Ltd
  • Ketinggian : 527.7 meter (1,731 kaki)
  • Jumlah tingkat : 109 Tingkat
  1. TAIPEI 101
  • Nama : TAIPEI 101
  • Lokasi : Taipei
  • Tahun siap dibina : 2004
  • Owner/ Developer : Taipei Financial Center Corporation
  • Architect : C.Y. Lee & Partners Architects/Planners
  • Ketinggian : 508 meter (1,667 kaki)
  • Jumlah tingkat : 101 Tingkat
  1. Shanghai World Financial Center
  • Nama : Shanghai World Financial Center
  • Lokasi : Shanghai
  • Tahun siap dibina : 2008
  • Owner : Shanghai World Financial Center Co., Ltd.
  • Developer : Mori Building
  • Architect : Kohn Pedersen Fox Associates; Mori Building; Irie Miyake Architects and Engineers, East China Architectural Design & Research Institute; Shanghai Modern Architectural Design Company
  • Ketinggian : 492 meter (1,614 kaki)
  • Jumlah tingkat : 101 Tingkat
  1. International Commerce Centre
  • Nama : International Commerce Centre
  • Lokasi : Hong Kong
  • Tahun siap dibina : 2010
  • Owner : Sun Hung Kai Properties Limited
  • Developer : Mori Building
  • Architect : Kohn Pedersen Fox Associates; Wong & Ouyang
  • Ketinggian : 484 meter (1,588 kaki)
  • Jumlah tingkat : 108 Tingkat
  1. Lakhta Center
  • Nama : Lakhta Center
  • Lokasi : St. Petersburg
  • Tahun siap dibina : 2019
  • Owner : Gazprom
  • Developer : Joint Stock Company Gazpromneft Eastern European Projects
  • Architect : RMJM, Gorproject; Samsung C&T Corporation
  • Ketinggian : 462 meter (1,516 kaki)
  • Jumlah tingkat : 87 Tingkat
  1. Vincom Landmark 81
  • Nama : Vincom Landmark 81
  • Lokasi : Ho Chi Minh City
  • Tahun siap dibina : 2018
  • Owner / Developer : Vingroup
  • Architect : Atkins
  • Ketinggian : 461.2 meter (1,513 kaki)
  • Jumlah tingkat : 81 Tingkat
  1. Changsha IFS Tower T1
  • Nama : Changsha IFS Tower T1
  • Lokasi : Changsha
  • Tahun siap dibina : 2018
  • Owner / Developer : Wharf China Development Limited
  • Architect : Wong Tung & Partners
  • Ketinggian : 452.1 meter (1,483 kaki)
  • Jumlah tingkat : 94 Tingkat
  1. Petronas Twin Tower
  • Nama : Petronas Twin Tower
  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Tahun siap dibina : 1998
  • Owner / Developer : KLCC Property Holdings Berhad
  • Architect : Cesar Pelli & Associates, Adamson Associates
  • Ketinggian : 451.9 meter (1,483 kaki)
  • Jumlah tingkat : 88 Tingkat
  1. Suzhou IFS
  • Nama : Suzhou IFS
  • Lokasi : Suzhou
  • Tahun siap dibina : 2019
  • Owner : Wharf China Development Limited
  • Developer : Suzhou Gao Long Property Development Co., Ltd.
  • Architect : Kohn Pedersen Fox Associates, East China Architectural Design & Research Institute; Wong Tung & Partners
  • Ketinggian : 450 meter (1,476 kaki)
  • Jumlah tingkat : 95 Tingkat
  1. Zifeng Tower
  • Nama : Zifeng Tower
  • Lokasi : Nanjing
  • Tahun siap dibina : 2010
  • Owner / Developer : Greenland Group; Nanjing Guzzi Greenland Financial Center; Nanjing State Owned Assets
  • Architect : Skidmore, Owings & Merrill LLP, East China Architectural Design & Research Institute
  • Ketinggian : 450 meter (1,476 kaki)
  • Jumlah tingkat : 66 Tingkat
  1. The Exchange 106
  • Nama : The Exchange 106
  • Lokasi : Kuala Lumpur
  • Tahun siap dibina : 2019
  • Owner / Developer : Mulia Group
  • Architect : Mulia Group, Peter Chan ArchitectInstitute
  • Ketinggian : 445.5 meter (1,462 kaki)
  • Jumlah tingkat : 95 Tingkat
  1. Willis Tower
  • Nama : Willis Tower
  • Lokasi : Chicago
  • Tahun siap dibina : 1974
  • Owner / Developer : Mulia Group
  • Architect : Mulia Group, Peter Chan ArchitectInstitute
  • Ketinggian : 442.1 meter (1,451 kaki)
  • Jumlah tingkat : 108 Tingkat

Merujuk kepada The Skyscraper Center, terdapat satu lagi menara yang bakal menjadi menara tertinggi di dunia apabila ia siap sepenuhnya iaitu Jeddah Tower dengan ketinggian sekitar 1000 meter (3300 kaki) dan dikatakan mempunyai 167 tingkat dan 2 tingkat di aras bawah tanah. Bangunan menara itu sedang dalam pembinaan yang mana ia telah memulakan pembinaannya pada tahun 2013.

Pada tahun 2018, kerja-kerja pembinaan dihentikan kira-kira 1 / 3 pembinaan dijalankan kerana terdapat masalah tenaga buruh dan kontraktor. Dijangka pembinaan akan berlangsung semula pada tahun ini (tahun 2020).

Tidak diketahui bila ia akan dapat disiapkan sepenuhnya.

Sumber: The Skyscraper Center

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
September 2020
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 103
shares