Sharing is caring!

image via The Straits Times

Projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur- Singapura (HSR) antara Malaysia dan Singapura akhirnya terbatal dan disahkan oleh Kementerian Pengangkutan Singapura.

Dengan pembatalan itu, Malaysia perlu membayar pampasan sebanyak sekitar RM300 juta kepada Singapura sebagai sebahagian daripada kewajiban berdasarkan perjanjian dua hala.

Perdana Menteri Malaysia dan Singapura telah pun membincangkan status berkenaan pada 2 Disember 2020. Perjanjian dua hala itu luput pada 31 Disember 2020 kerana tiada persetujuan antara Malaysia dan Singapura terhadap cadangan perubahan yang dilakukan oleh Putrajaya. Cadangan itu berkaitan dengan kesan Covid-19 ke atas ekonomi Malaysia.

Projek itu telah ditandatangani pada tahun 2016 dan telah ditangguhkan pada tahun 2018 dan tarikh akhirnya ialah pada 31 Disember 2020.

Bagaimana pun Malaysia akan meneruskan projek berkenaan yang menguhungkan Kuala Lumpur – Johor Bahru tanpa penglibatan daripada Singapura iaitu MHSR. MHSR yang menghubungkan Kuala Lumpur – Johor Bahru jauh lebih perlahan berbanding projek yang asal iaitu 350km sejam.

Pembatalan ini juga menyaksikan satu lagi kerugian yang amat besar kepada Malaysia kerana projek ini mampu memberikan kesan yang baik kepada Malaysia. Projek HSR sebelum ini juga mampu menjadi pilihan lain selain menggunakan pengangkutan udara ke Singapura kerana mempunyai had kelajuan yang tinggi dan menjimatkan masa perjalanan.

Sumber asal : FMT

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
Tentang Kami

Menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan
  • Tanjung Karang, Selangor

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 46
shares