Skip to content
DZ Creation DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

  • Home
  • About Us
  • Architecture
    • Architecture Project
      • House Design Project
      • Shop Design Project
      • Other Projects
    • Interior Project
    • Architecture Reference
      • Apa itu Architecture ?
      • Nota Senibina – Pelan tapak, laluan & sebagainya
      • Ruang
      • UBBL 1984
    • Gallery
      • Design Work
      • Architecture Travel
        • KL
        • Kelantan
  • News
  • Blog
  • IT
    • Architecture
      • Accessories
      • Software
      • Technology
      • Tools
    • Computer
      • Accessories
      • Gaming Accessories
      • Hardware
      • Software
    • Tutorial
      • Autocad
      • Sketchup
  • Contact
DZ Creation
DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

Rekabentuk Rumah Banglo 1 Tingkat / Pasir Mas – 503 HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

Azizi MY, January 16, 2021March 29, 2023
IMEJ – DZCREATION STUDIO

Rekabentuk rumah 503 HOUSE ini terletak di salah satu mukim di daerah Pasir Mas, Kelantan. Cadangan asal yang diminta oleh pemilik bagi rekabentuk rumah ini ialah rumah berkembar 1 tingkat. Bagaimana pun, cadangan tersebut kemudiannya diubah menjadi rekabentuk banglo 1 tingkat yang mengandungi 4 bilik tidur iaitu 1 bilik tidur utama, 3 bilik tidur dan 2 bilik air. Rumah ini juga mengandungi 1 ruang tamu, 1 ruang keluarga termasuk ruang makan dan ruang dapur.

Keluasan / Ukuran Setiap Ruang

Keluasan bagi bilik tidur utama ialah 17 x 15 kaki termasuk 1 bilik air. Manakala 3 lagi bilik tidur ialah berukuran 12 x 11 kaki dan berkongsi 1 bilik air yang berkeluasan 30 kaki persegi. Ruang tamu 198 kaki persegi, ruang keluarga dan makan 432 kaki persegi dan ruang dapur 225 kaki persegi.

IMEJ – DZCREATION STUDIO

Bukaan

Bukaan di ruang makan dan ruang keluarga disediakan 1 pintu gelangsar atau sliding door yang menghadap tanah lapang. Ini kerana ruag keluarga dan ruang makan ini agak besar, jadi, dengan menyediakan bukaan pintu gelangsar ia dapat menerima pengudaraan dan pencahayaan secara semula jadi yang lebih baik. Bukaan yang besar dapat membantu menerima cahaya dan udara dengan lebih banyak masuk ke dalam bangunan.

Pemilik rumah kediaman ini sangat berminat dengan bukaan tingkap yang besar, tingkap labuh dan tingkap di penjuru ruang atau bilik. Jadi, beberapa cadangan bukaan tingkap telah disediakan di ruang tamu dan bilik tidur utama. cadangan tersebut ialah 1 tingkap penjuru berada di ruang tamu dan juga tingkap labuh. Manakala, di bilik tidur utama pula, 2 tingkap penjuru dan 2 tingkap labuh. Bagaimanapun, di bilik tidur lain pula menggunakan saiz dan ketinggian standard tingkap iaitu 900mm atau 3 kaki dari aras lantai.

VIDEO – YT

Jarak Anjakan Ke Sempadan Lot

Jarak anjakan yang minimum yang benarkan ialah 10 kaki kiri, 10 kaki kanan dan 10 kaki belakang bangunan ke garis sempadan lot. Manakala, 20 kaki anjakan perlu disediakan di bahagian hadapan ke garis sempadan lot (bahagian yang menghadap jalan).

Bagi cadangan rumah kediaman ini, anjakan telah dibuat mengikut kehendak yang ditetapkan. malah anjakannya juga disediakan lebih daripada 10 kaki kerana pemilik inginkan ruang yang lebih luas di bahagian kiri bangunan. Pemilik juga mempunyai perancangan untuk membuat tambahan dan ubahsuai di masa akan datang terutamanya di ruang dapur.

IMEJ – DZCREATION STUDIO

Ruang anjung atau tempat letak kenderaan dicadangkan di bahagian hadapan dan tiangnya pula dicadangkan pada jarak 10 kaki dari garis sempadan lot. (Tiang-tiang tempat letak kenderaan hadapan dibenarkan sehingga 10 kaki daripada garis sempadan lot).

  • 503 HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION
  • Keluasan: 1800 kps
  • Tahun: 2021
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ CREATION STUDIO
  • Lokasi cadangan: Pasir Mas
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Azizi MY

See author's posts

Architecture Architecture Project Articles Blog House Design Project architecturalarchitecturearsitekturHome designHouse designhouse planKelantanPasir MasRekabentukRekabentuk rumahRumah banglosenibina

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Capaian

January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Dec   Feb »

Artikel terkini

  • Kitaran kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan
  • 160 Mayat dijumpai di bawah runtuhan akibat serangan di Gaza
  • Binaan runtuh: Seorang pekerja turun awal, 3 disahkan maut
  • 18 Pekerja terperangkap bawah runtuhan tapak binaan
  • Hospital Al-Shifa kembali beroperasi
  • Projek pelabuhan, jambatan darat Thailand beri manfaat kepada Malaysia – PM Anwar
  • Kolaborasi FIFA dan AFC Bina Stadium Baru di Malaysia
  • Model S70: Proton sasar jual 2,000 unit sebulan
  • Naib Presiden China Lawat Kilang Proton
  • YDP Agong Rasmi projek Perumahan SASaR di Wardieburn, Setapak
  • UBBL 1984 : Bahagian V – Bebanan dinamik
  • APEC 2023: Malaysia akan gunakan peluang bela Palestin
  • EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuhi EUDR
  • Pemulihan dan Kreativiti: Projek Taman Linear di Mexico oleh Taller Capital
  • UAE Akan bina hospital medan di Gaza
DZ Creation

Newsletter signup form

Tinjauan

Senibina kegemaran andaTinjauan ini sedang diuji
©2023 DZ Creation | WordPress Theme by SuperbThemes