Skip to content
DZ Creation DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

  • Home
  • About Us
  • Architecture
    • Architecture Project
      • House Design Project
      • Shop Design Project
      • Other Projects
    • Interior Project
    • Architecture Reference
      • Apa itu Architecture ?
      • Nota Senibina – Pelan tapak, laluan & sebagainya
      • Ruang
      • UBBL 1984
    • Gallery
      • Design Work
      • Architecture Travel
        • KL
        • Kelantan
  • News
  • Blog
  • IT
    • Architecture
      • Accessories
      • Software
      • Technology
      • Tools
    • Computer
      • Accessories
      • Gaming Accessories
      • Hardware
      • Software
    • Tutorial
      • Autocad
      • Sketchup
  • Contact
DZ Creation
DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

Iskandar Malaysia Yang Pertama Uji Sistem ART

admin, January 25, 2021January 25, 2021
Image via Paultan.org

Iskandar Malaysia menjadi bandar pertama di Malaysia dan Asia Tenggara yang menguji sistem Transit Rapid Automated (ART) menerusi program ujian perintis bas.

Sistem itu dijangka akan dilancarkan pada suku pertama tahun ini dibawa masuk oleh Mobilus Sdn Bhd (Mobilus).

Mobilus merupakan syarikat usaha sama 51:49 antara Ireka Corporation Bhd dan CRRC Urban Traffic Co Ltd dalam usaha merebut peluang perniagaan pengangkutan bandar di Malaysia dan Asia Tenggara.

Image via Paultan.org

Datuk Lai Voon Hon, Pengarah Urusan Ireka, berkata kehadiran ART menjadi langkah penting ke arah perniagaan pengangkutan bandar kumpulan itu untuk tahun mendatang.

Perancangan untuk Program Ujian Perintis ART di Iskandar Malaysia, yang akan turut mempamerkan tujuh pengeluar bas yang lain, sedang dijalankan selepas ditangguhkan akibat pandemik COVID-19 pada tahun 2020.

Beliau berharap projek ini dapat dimulakan dan dilaksanakan seawal tahun 2021.

“Ini akan menjadi satu daripada ujian laluan untuk projek Transit Rapid Bas Iskandar Malaysia (IMBRT) yang lebih besar, sistem transit yang komprehensif untuk Iskandar Malaysia meliputi rangkaian lebih 2,000 kilometer untuk Fasa 1,” katanya.

ART ialah sistem transit pengangkutan penumpang bandar menggunakan teknologi canggih dan membenarkan kapasiti penumpang lebih tinggi pada kos pelaksanaan lebih rendah.

Sistem pengangkutan ini turut dikendalikan menggunakan sumber tenaga bersih seperti elektrik atau hidrogen.

Bas itu mempunyai lebih satu tingkat dan dilengkapi dengan sensor yang boleh membaca trak secara maya di jalan raya yang membolehkannya untuk mengemudi laluannya secara automatik.

Ia juga mampu bergerak dengan kelajuan sehingga 70 kilometer sejam dan boleh membawa penumpang lebih 300 orang dengan tiga gerabak.

Kapasiti kenderaan itu juga boleh dikembangkan sehingga 500 penumpang dengan lima gerabak.

Voon Hon juga berkata, pelaksanaan projek perintis ART itu akan menjadi batu loncatan ke arah membantu menambahbaik perkhidmatan pengangkutan awam di Iskandar Malaysia dan seterusnya mempromosikan pembangunan pesat masyarakat dan ekonomi di wilayah berkenaan.

Mobilus memeterai Perjanjian Pembelian dengan CRRC MRT Urban Traffic Co pada Disember 2019 bagi mendapatkan unit pertama ART bagi projek perintis itu.

Sumber: BHarian

About The Author

admin

See author's posts

Articles Blog Infrastructure infrastructure

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Capaian

January 2021
M T W T F S S
 123
45678910
11121314151617
18192021222324
25262728293031
« Dec   Feb »

Artikel terkini

  • Kitaran kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan
  • 160 Mayat dijumpai di bawah runtuhan akibat serangan di Gaza
  • Binaan runtuh: Seorang pekerja turun awal, 3 disahkan maut
  • 18 Pekerja terperangkap bawah runtuhan tapak binaan
  • Hospital Al-Shifa kembali beroperasi
  • Projek pelabuhan, jambatan darat Thailand beri manfaat kepada Malaysia – PM Anwar
  • Kolaborasi FIFA dan AFC Bina Stadium Baru di Malaysia
  • Model S70: Proton sasar jual 2,000 unit sebulan
  • Naib Presiden China Lawat Kilang Proton
  • YDP Agong Rasmi projek Perumahan SASaR di Wardieburn, Setapak
  • UBBL 1984 : Bahagian V – Bebanan dinamik
  • APEC 2023: Malaysia akan gunakan peluang bela Palestin
  • EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuhi EUDR
  • Pemulihan dan Kreativiti: Projek Taman Linear di Mexico oleh Taller Capital
  • UAE Akan bina hospital medan di Gaza
DZ Creation

Newsletter signup form

Tinjauan

Senibina kegemaran andaTinjauan ini sedang diuji
©2023 DZ Creation | WordPress Theme by SuperbThemes