Sharing is caring!

Imej baru menonjolkan reka bentuk mercu tanda terbaru Arkitek Frank Gehry, projek dua menara di kaki langit kota Toronto. Dilancarkan oleh Great Gulf, Westdale Properties, dan Dream Unlimited, kerjasama itu adalah sebahagian daripada Projek King Street West, sebuah pembangunan campuran.

Terletak di pusat bandar Toronto, di persimpangan budaya King Street West dan Ed Mirvish Way, penambahan terbaru bangunan pencakar langit itu direkabentuk oleh penduduk asal bandar itu iaitu, Arkitek Frank Gehry, dan firmanya Gehry International, yang berpusat di Los Angeles. Projek pembangunan campuran dua buah menara ini akan menjadi sebuah pembangunan yang paling banyak akan dibincangkan dalam sejarah bandar ini, menurut Mitchell Cohen, Ketua Pegawai Operasi di Westdale Properties.

Imej via Archdaily

Mengekalkan ketinggian dan kepadatan yang disetujui dalam pindaan undang-undang kecil zon pada tahun 2017, penyempurnaan terkini pada reka bentuk telah mengatur semula kedudukan menara di tapak, meningkatkan podium, dan mengoptimumkan pelat lantai. Sebenarnya, “perubahan pada podium menggabungkan bangunan warisan Anderson yang dibangunkan pada tahun 1915, dalam pada itu menghormati pemandangan bangunan Teater Royal Alexandra dan bangunan Teater Princess of Wales”.

Di samping itu, bahagian luarnya direka semula, menjadikan intervensi itu sebagai mercu tanda segera. Dilapisi dengan berbagai bahan cekap tenaga dengan façade logam dan kaca bertekstur yang unik, bangunan yang dirancang Gehry akan merangkumi ruang baru untuk OCAD University serta ruang komersial, runcit, dan kediaman. Pengemaskinian rekabentuk terbaru juga akan merangkumi beberapa variasi yang mencerminkan perubahan tujuan rekabentuk bagi pojek tersebut. Apabila siap, menara itu akan menjadi bangunan yang direkabentuk oleh Frank Gehry tertinggi di dunia.

Imej via Archdaily

“Dengan projek ini, saya ingin membuat kumpulan bangunan yang menyantuni bandar dan merujuk kepada Toronto yang pernah saya kenal. Saya mahu kedua-dua menara itu masing-masing mempunyai keperibadian masing-masing, tetapi saya juga mahu mereka saling berinteraksi, mewujudkan penambahan langit yang dinamik dan berubah bergantung dari tempat anda melihatnya dari bandar. Perincian bahagian luar dimaksudkan untuk memberi bangunan berskala manusia dan diharapkan dapat memantulkan cahaya dan warna dari kota dan langit di sekitarnya. Pada akhirnya, ini harus menjadi bangunan Toronto yang saya harap akan menjadikan kota ini bangga.” – Frank Gehry

Sumber diterjemah dan diolah: Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
February 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 151
shares