Sharing is caring!

Masterplan atau pelan induk bagi projek The Forestias di Bangkok yang mana ditengahnya merangkumi hutan besar telah dikongsikan oleh Foster + Partners. Rekabentuk itu dibuat untuk mengatasi hubungan antara kehidupan kota kontemporari dan tradisi keluarga yang semakin putus. Cadangan rekabentuk Forestias akan menumpukan kepada mempromosikan kehidupan bersama keluarga pelbagai generasi dan model baru kehidupan bandar di Thailand.

Imej via Archdaily

Pelan induk oleh Foster + Partners adalah berdasarkan kepada prinsip bandar pintar, dengan kenderaan autonomi, meter pintar dan rangkaian sensor. Projek ini bertujuan untuk mewujudkan templat untuk kehidupan bandar yang lebih sihat dan bahagia. Seperti yang dijelaskan mereka, tapak ini terbahagi kepada dua zon. Wilayah utara mengandungi lebih banyak fungsi awam di peringkat bandar, manakala bahagian selatan yang lebih besar adalah diutamakan sebagai kawasan perumahan. Menjadikan jalan-jalan yang meriah di kejiranan itu sebagai petunjuk, ideanya ialah untuk mencita bangunan-bangunan dan ruangan sosial yang tidak terhad.

Imej via Archdaily

Sunphol Sorakul, Rakan dan Pengarah, F&P (Thailand) mengatakan: “Tradisi keluarga Thai sering mempunyai hubungan antara generasi yang kuat semakin tegang akibat kepada tuntutan kehidupan moden, generasi muda berpindah ke bandar untuk bekerja sementara anak-anak dan yang lebih tua ahli keluarga tinggal di rumah. Masterplan atau Pelan induk Forestia mengambil inspirasi dari susun atur rumah tradisional Thailand untuk mewujudkan tafsiran kontemporari dalam ruang komuniti yang fleksibel, menumpukan kepada kesihatan dan alam semula jadi, yang mana ia boleh berkembang dan sesuai dengan keperluan keluarga yang semakin bertambah.”

Imej via Archdaily

Pintu masuk utama ke tapak direkabentuk untuk memberikan gambaran kepada para pengunjung bagaimana pembangunan itu direkabentuk untuk dihubungkan kepada alam semula jadi. Di tengahnya pula ialah hutan yang mempamerkan hubungan antara apa yang dibina dengan persekitaran semulajadi. Pelbagai kawasan tanaman yang berbeza menawarkan kepelbagaian pengalaman dan fungsi di dalam hutan. Apabila penduduk dan pelawat melalui tapak itu, mereka dikelilingi oleh ruang hijau yang padat dan juga bandar oasis. Bahagian selatan tapak itu pula mengandungi pelbagai jenis perumahan yang berbeza dari bangunan bertingkat kepada vila.

Sumber dan diolah daripada : Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
May 2021
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 90