Sharing is caring!

Imej via Archdaily

Rekabentuk pusat pameran dan pengunjung untuk Port Rotterdam telah didedahkan oleh MVRVD yang mana ia menceritakan tentang pelabuhan eropah terbesar. Pusat yang akan dibuka pada tahun 2024 itu mengandungi ciri-ciri rekabentuk 5 tingkat ruangan seakan berputar dengan dapat melihat pemandangan persekitaran. Tangga pula direka secara mengelillingi bangunan bagi memudahkan laluan pengunjung ke setiap aras hingga ke aras bumbung.

Projek ini adalah bagi menggantikan dan meneruskan projek lama yang telah dilaksanakan sebelum ini iaitu FutureLand sebuah pusat maklumat sementara sejak tahun 2009. Kejayaan projek lalu itu membawa kepada sebuah projek pameran tetap.

Bentuk dan materialnya dapat dilihat sesuai dengan kepenggunaan dan fungsi pelabuhan itu. Setiap aras ada tingkar panorama yang besar yang menangkap permandangan tertentu dan ia sesuai dengan aktiviti yang ada di dalam ruangan itu.

Imej via Archdaily
Imej via Archdaily

Aras bawah terdapat kafe dan aras empat pula disediakan restoren. Manakala aras di antaranya pula ditetapkan sebagai tempat pameran. Atrium dicipta di tengah-tengah bangunan yang mana ia dijadikan sebagai tempat pameran tambahan seperti pameran arca dan model pelabuhan.

Menurut Winy Maas, rakan pengasas MVRDV, ia dianggap sebagai mesin untuk mengungkapkan dunia pelabuhan. Ia menelan kos yang murah dan boleh ditanggalkan malah pengunjung juga dapat melihat struktur bangunan di dalamnya. Ia nampak keras sama seperti mesin pelabuhan itu sendiri. Setiap rekabentuk bangunan itu direka untuk menarik minat serta mendidik pengunjung tentang persekitaran. Konsep itu bukan sekadar kesedaran terhadap Pelabuhan Rotterdam tetapi juga semangat yang ada di dalamnya.

Sumber diterjemah dan diolah daripada : Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 1
  • 17