Sharing is caring!

Imej via Archdaily

Percetakan 3D sebenarnya telah banyak digunakan dalam industri pembuatan dan penghasilan produk serta salah satu teknologi prototaip yang cepat. Ia sangat mudah digunakan. Hanya dari komputer dan terus dihantar kepada mesin pencetak, lalu terhasillah produk dalam bentuk fizikal. Konsepnya sama seperti mesin pencetak tulisan yang selalu digunakan. Perbezaannya, ia dihasilkan kepada sesuatu bentuk, produk atau model produk. Percetakan 3D sebenarnya amat popular dalam banyak industri seperti rekabentuk produk, automotif dan termasuk juga senibina.

Percetakan 3D senibina pula teknologi baru muncul yang diterapkan ke dalam kerja-kerja pembinaan. Dari kepala pencetak, bahan-bahan binaan dikumpulkan lapis demi lapis dan akhirnya menjadi produk. Tekniknya sama seperti pencetak komputer biasa.

Imej via Archdaily

Walaupun rekabentuk bangunan atau rumah itu berbeza bentuknya, ia dapat disiapkan secara automatik melalui program atau perisian yang dijalankan di komputer. Daripada 3D visual di komputer, akhirnya ia menjadi sebuah bangunan dalam bentuk dan saiz yang sebenar.

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, China telah menjadi pengaruh terbesar dalam pertumbuhan industri percetakan 3D pembinaan di Asia. Usaha itu disokong kuat oleh kerajaannya sendiri dalam mempromosikan industri tersebut. Beberapa foto perkembangan teknik itu di China menunjukkan bahawa, percetakan 3D dalam pembinaan menawarkan kemungkinan baru untuk industri pembinaan di China.

Kelebihan

Apabila teknik percetakan 3D diterapkan ke dalam industri pembinaan, ia dapat meningkatkan kecekapan kerja yang tinggi. Hanya dalam 24 jam sahaja ia dapat menyiapkan sebuah rumah satu tingkat berkeluasan 500 kaki persegi atau lebih kurang 46.45 meter persgi. Teknik itu juga sebenarnya mampu mengurangkan pembuangan sisa-sisa pembinaan di tapak pembinaan.

Imej via Archdaily

Secara umumnya, pembuangan sisa-sisa pembinaan bagi rumah kediaman lazimnya akan menghasilkan sekitar 4 tan sampah. Oleh kerana konkrit digunakan dalam pembinaan lantai konvensional diaplikasikan secara meluas, kira-kira separuh daripadanya akan terbuang. Itu sesuatu yang tidak baik untuk alam sekitar. Ini kerana, simen sebagai komponen utama konkrit juga menyumbang kira-kira 7% daripada pelepasan karbon dioksida. Manakala, percetakan 3D pula dapat menjadikan ketebalan struktur dengan tepat dan menggunakan konkrit bila mana ia diperlukan sahaja. Ia dipanggil sebagai mengoptimumkan topologi.

Imej via Archdaily

Salah satu kelebihannya, rekabentuk yang dipersembahkan di komputer akan terus dipindahkan kepada arahan pencetak. Dalam erti kata lain, tiada keperluan lagi rekabentuk itu ditukar kepada bentuk lukisan. Sekaligus, ia dapat mengurangkan kesilapan dan masalah yang tidak perlu serta menjimatkan kos dan juga kelewatan.

Kekurangan

Imej via Archdaily

Bagaimana pun, jika dibandingkan dengan pencetak 3D biasa, pencetak konkrit jauh lebih sukar. Adalah perlu memastikan yang konkrit itu boleh mengalir dengan lancar ketika proses mencetak dilaksanakan. Oleh itu, ia boleh masuk dan keluar dari pencetak tanpa masalah atau tersumbat. Kemudian, konkrit yang mengalir keluar itu mesti dapat mengeras dengan cepat dan menjadi cukup kuat untuk menahan lapisan yang berikutnya. Jadi, ianya perlu untuk memastikan kekuatan lekatan antara lapisan tersebut.

Imej via Archdaily

Selain itu, percetakan 3D pembinaan ini juga perlu mengatasi masalah dan cabaran ketika melakukan pembinaan di kawasan terbuka. Ini kerana, persekitaran berhabuk, lembap, suhu dan sebagainya adalah pembolehubah yang boleh mempengaruhi prestasi konkrit. Oleh yang demikian, faktor-faktor yang mempengaruhi itu mestilah dikawal.

Contoh-Contoh Pembinaan 3D di China

Concrete Book Cabin oleh Professor XU Weiguo’s Team

Concrete Book Cabin ini direka oleh Profesor Xu Weiguo dari School of Architecture, Universiti Tsinghua dan dibina dengan menggunakan mesin pencetak dan bahan-bahan binaan yang dimajukan oleh pasukannya. Concrete Book Cabin yang dibina oleh robot pencetak 3D ini telah dipamerkan di Taman Sains dan Teknologi Baoshan Wisdom Bay Shanghai.

3D Printed Concrete House / Professor XU Weiguo‘s Team
Imej via Archdaily

Satu lagi projek Professor XU Weiguo dan pasukannya ialah projek rumah cetakan 3D yang merupakan kajian dan penyelidikan pasukannya terhadap “Mobile Platform of Robotic 3D Printing in Concrete” dan “Rapid Construction System for Concrete Houses” (Platform Bergerak Robot Percetakan 3D dalam Konkrit dan Sistem Pembinaan Cepat Untuk Rumah Konkrit)

Robot-Printed ‘Cloud Village’ oleh Philip Feng Yuan’s Team
Imej via Archdaily

Dibangunkan oleh Philip Feng Yuan dan pasukannya, pavilion luaran yang dibuat secara digital “Cloud Village” telah dibina di Arsenale Venice. Cloud Village mempunyai bentuk berkembar yang mewujudkan turutan ruang terbuka dan ruang separa tertutup berada di bawah bumbungnya.

3D Printed Pavilion oleh Archi-Union Architects + Fab-Union

Nanjing Happy Valley Theme Park East Gate. Seni bina percetakan plastik 3D yang terbesar di dunia yang telah digunakan setakat ini. Pada pertengahan November tahun 2020, sebaik sahaja taman tema itu secara rasminya dibuka, dan selepas ia beroperasi serta dengan pemerhatian hampir setengah tahun, rekabentuk itu telah mencerminkan kemungkinan yang sangat kuat terhadap masa depan senibina di China terhadap teknologi pembinaan percetakan robotik atau percetakan 3D pembinaan.

  • Sumber: Archdaily
  • Diterjemah dan diolah oleh : dzcreation

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
June 2021
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
282930  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 19