Sharing is caring!

Imej via archdaily

Firma Arkitek Australia, Durbach Block Jaggers telah mendedahkan rekabentuk “Pencil Tower Hotel” di Sydney. Rekabentuk yang akan menjadi bangunan ternipis di negara itu akan dibina di 410 Pitt Street. Ia mengandungi 173 unit bilik hotel dengan 6 suite pada setiap tingkat dan dari depan ia hanya selebar 6.4 meter atau 21 kaki.

Menurut firma itu, menara “pencil” itu akan dibangunakan pada podium bersekala rendah merujuk kepada kehalusan dan perincian warisandi kejiranan dengan menggunakan lengkungan batu-bata. 3 tingkat pertama ialah lobi. kafe dan ruang santai yang dapat dilihat melalui tingkat berbentuk seperti lubang kunci yang besar. Manakala ruang halaman pula berada pada kedudukan menghadap jalan untuk kegunaan orang ramai.

Imej via archdaily

Menara itu direka menyerupai tiang yang mampat dan memanjang dengan balkoni melunjur keluar, lengkungan tempurung di bumbung sebagai tempat berjemur, kolam renang dan spa.

Ia dijelaskan dengan terperinci bagaimana permukaan luarannya atau façade bangunan itu bermula dengan bahagian mendatar dengan perlahan ia berubah kepada bentuk menegak ke bahagian atas. Bahagian mendatar bermula secara melebar dan rata dengan bingkai luaran kemudian oa perlahan-lahan menipis mengikut ketinggian menara.

Imej via archdaily

Setiap bahagian menadatar itu adalah ketinggian aras lantai, susur tangan dan ketinggian pintu. Setiap tingkat juga menempatkan bilik hotel dengan menerima cahaya daripada jalan. Ada halaman belakang atau ruangan terbuka dalaman. Bahagian itu dipasangkan jubin untuk memantulkan cahaya dan warna ke dalam bilik-bilik. Pada masa yang sama, tingkat berbentuk lubang kunci itu akan menyediakan latar belakang yang kelam.

Sumber : Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 16