Sharing is caring!

Diterjemah oleh : Azizi MY

Selepas melalui ketidak pastian masa depan bangunan The Nakagin Capsule Tower, Arkitek Kisho Kurokawa Architects dan Pejabat Perancang Bandar Chiyoda-ku telah memutuskan untuk mendedahkan senibina ikonik dan menghasilkan semula kapsul itu sebagai unit penginapan dan pemasangan muzium di seluruh dunia. Perancangan penghasilan semula adalah mengikut konsep awal “Metabolisme”, menyusun semula elemen dan bukannya memusnahkan secara menyeluruh.

Imej via Archdaily

Semua kapsul itu akan dibaik pulih untuk bentuk awalnya adalah melalui pembiayaan orang ramai. Beberapa kapsul pula akan dikeluarkan dan disumbangkan kepada muzium. Manakala bakinya akan digunakan sebagai kemudahan penginapan. Selepas beberapa permintaan untuk memindahkan kapsul luar negara ke muzium seperti Pompidou Center di Paris, Arkitek itu memutuskan untuk menayangkan kapsul tersebut di muzium-muzium seluruh dunia. Oleh itu, orang ramai dapat menikmati keunikan rekabentuknya.

Imej via Archdaily
Imej via Archdaily

Sejak tahun 2018, bangunan itu telah beroperasi sebagai kemudahan “Monthly Capsule” di mana orang ramai boleh tinggal di menara itu sebagai penginapan percubaan selama sebulan. Dalam hampir 2 setengah tahun, kapsul itu telah digunakan lebih 200 orang dengan maklum balas yang positif. Atas sebab itulah, Arkitek yang bertanggung jawab yakin untuk mengembangkan kapsul penginapan itu ke seluruh negara.

Pembiayaan orang ramai telah dimulakan di tapak Motion Gallery sejak 2 Julai untuk memabik pulih kapsul yang akan didermakan kepada muzium.

Imej via Archdaily
Imej via Archdaily
Imej via Archdaily

Dibina pada tahun 1972, Nakagin Tower telah menjadi projek senibina kapsul yang pertama direkabentuk berdasarkan visi senibina yang boleh disesuaikan dan senibina dinamik dimana module-module itu boleh dipasangkan, digantikan atau ditukar. Kapsul itu telah direkabentuk untuk rumah perjalanan orang-orang perniagaan yang bekerja di Pusat Bandar Tokyo. Setiap unit itu berukuran 4 x 2.5 meter mengandungi kemudahan perlu bagi seorang penginap. Semua ciri dan kelengkapan telah dibuat dan siap pasang di kilang pembuat sebelum ianya di bawa ke tapak binaan.

Sumber diterjemah dan diolah daripada: Archdaily

Tags:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Kalendar
July 2021
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
262728293031  
Tentang Kami

Membantu menyediakan perkhidmatan pelukis pelan arkitek di Kelantan, merekabentuk rumah kediaman, rekabentuk bangunan, rekabentuk perancangan pembangunan, rekabentuk dalaman dan urusan kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 19