Cadangan rekabentuk ini terletak di Mukim Lalang Daerah Pasir Mas. Cadangan rekabentuk yang asal bagi rumah kediaman 1 tingkat ini ialah konsep minimalis. Bagaimanapun, selepas beberapa proses cadangan rekabentuk, akhirnya pemilik menukar daripada konsep minimalis kepada konsep ‘farmhouse’. Rumah kediaman ini mengandungi 4 bilik tidur dan 1 bilik untuk ruang solat. 1 ruang keluarga dan 1 ruang tamu.

Ruang dapur dibahagikan kepada 2 ruang iaitu ruang dapur kering dan dapur basah . Sebaris dengan ruang dapur ke hadapan ialah ruang makan yang juga terletak bersebelahan dengan ruang tamu. Di sebelah dapur basah, disediakan sedikit ruang laundri dan bersambung dengan pintu belakang. Ruang laundri ini boleh diakses melalui ruang keluarga dan ruang dapur basah.

Ketinggian

Ketinggian rumah ini dari aras permukaan tanah ialah 600mm atau lebih kurang 2 kaki. Tujuan menaikkan aras lantai daripada aras tanah adalah untuk mengelakkan ruang dalam rumah kediaman tersebut dinaiki air ketika musim banjir. Manakala ketinggian dinding rumah dari aras lantai ialah 11 kaki atau 3352.8 mm.

Bukaan

Rumah kediaman ini menggunakan bukaan tingkap dan pintu dengan saiz standard untuk mengekalkan privasi. Hanya di ruang tamu dan ruang makan sahaja disediakan pintu gelangsar untuk mendapatkan pencahayaan dan pengudaraan yang lebih selain sebagai laluan alternatif ke bahagian luar rumah.

Ruang Anjakan

Anjakan standard minimum yang dibenarkan bagi rumah sesebuah ialah 10 kaki atau 3048mm dari dinding ke sempadan lot bersebelahan (Kiri, kanan dan belakang). Manakala anjakan minimum bahagian hadapan yang menghadap jalan ialah 20 kaki atau 6096mm dari sempadan lot ke dinding bangunan.

Bagi rumah kediaman ini pula ialah 20 kaki (6096mm) untuk bahagian hadapan, 16 kaki (4876.9mm) di bahagian kanan, 27 kaki (8229mm) belakang dan 10 kaki atau 3048mm di bahagian kiri.

Keluasan

Keluasan keseluruhan rumah kediaman ini ialah 2000 kaki persegi atau 185.8 meter persegi termasuk ruang teres dan tempat letak kereta.

Status Cadangan

Cadangan rekabentuk ini telah dipersetujui oleh pemilik dan telah mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan.

Gambar-Gambar Cadangan

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
November 2021
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 80