BIG (Bjarke Ingels Group) telah menunjukkan rekabentuk mereka projek 12 bangunan AI dan kampus sibersekuriti di Bratislava, Slovakia. Ia akan dhubungkan secara visual oleh bumbung solar yang beralun. Projek bernama “Kejiranan Teknologi” itu akan mengandungi ibu pejabat untuk Syarikat Keselamatan Internet Slovakia ESET dan dibina di atas bekas tapak hospital tentera di Patronka, di barat pusat bandar Slovakia.

Imej via Archdaily

Hab AI dan sibersekuriti itu direkabentuk oleh BIG bersama dengan studio senibina Slovakia, Inflow dan studio jurutera Buro Happold dan Arup. Projek berkeluasan 55,000 meter persegi itu mengandungi 12 buah bangunan dengan pelbagai saiz dan kegunaan yang diatur di sekitar halaman dan dikelilingi dengan landskap ruang awam.

Walaupun ianya berstruktur secara individu, kampus itu akan disatukan secara visual melalui bumbungnya yang beralun yang menyamai gunung-gunung berdekatan, Gunung Carpathian.

Imej via Archdaily

Bangunan itu terletak di sepanjang pinggir luar kampus akan menempatkan kemudahan orang awam, manakala 4 bangunan yang terletak di tengah kampus akan menempatkan ibu pejabat ESET dan 1,500 orang pekerja.

“Daripada satu entiti hermenik, kami telah menjadikan Kampus ESET kepada perkampungan bandar dengan bangunan-bangunan yang saling berhubung, laluan orang awam dan dataran bandar.”

“Pelbagai kluster pavilion individu akan disatukan melalui bumbung-bumbung solar yang beralun, membentuk bayang yang timbul dari taman hutan tambahan buatan manusia ke banjaran gunung Carpathians.

“Bersama-sama dengan universiti bersebelahan, Kampus ESET bersedia untuk mencetuskan pembentukan daerah inovasi baharu di Bratislava.”

Pusat atrium akan ditempatkan di tengah bagi setiap bangunan ibu pejabat ESET yang mana di dalamnya diterangi dengan cahaya luar. Tanaman dan pokok renek akan digabungkan di seluruh kawasan pedalaman untuk menghubungkan dengan alam semula jadi.

Imej via Archdaily

Pembangunan itu akan ditutupi dengan bumbung fotovoltaik, manakala bahagian luarannya akan diliputi dengan kaca dan kayu.

“Matlamat projek itu ialah bangunan elektrik sepenuhnya dengan bumbung solar yang luas dan pam haba sumber tanah menghasilkan sejumlah besar tenaga yang boleh diperbaharui,” kata rakan kongsi BIG Andreas Klok Pedersen.

Halaman di tengah kampus akan mempunyai kemudahan awam termasuk ruang kedai, sukan, budaya dan pendidikan disusun disekitarnya.

Di sebelah utara-barat bangunan, kampus itu akan menghadap kepada taman yang mana akan disediakan landskap untuk disebatikan dengan keadaan muka bumi semula jadi termasuk tanaman semula jadi dan biodiversiti sepanjang kawasan kerja luaran dan kegunaan awam.

Kamus ini akan dimulakan pada tahun 2024 dan dijangka akan dibuka pada tahun 2027.

The campus is projected to break ground in 2024 and is planned to open in 2027.

Sumber diterjemah dan diolah: dezeen.com

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
December 2021
M T W T F S S
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
2728293031  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 99