Skip to content
DZ Creation DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

  • Home
  • About Us
  • Architecture
    • Architecture Project
      • House Design Project
      • Shop Design Project
      • Other Projects
    • Interior Project
    • Architecture Reference
      • Apa itu Architecture ?
      • Nota Senibina – Pelan tapak, laluan & sebagainya
      • Ruang
      • UBBL 1984
    • Gallery
      • Design Work
      • Architecture Travel
        • KL
        • Kelantan
  • News
  • Blog
  • IT
    • Architecture
      • Accessories
      • Software
      • Technology
      • Tools
    • Computer
      • Accessories
      • Gaming Accessories
      • Hardware
      • Software
    • Tutorial
      • Autocad
      • Sketchup
  • Contact
DZ Creation
DZ Creation

Design Studio | "We Love Architecture"

Ukuran Laluan Pejalan Kaki / Laluan Pedestrian

Azizi MY, January 11, 2022February 7, 2023

Menyediakan laluan pejalan kaki dan berbasikal di bahagian luaran bangunan adalah sangat penting demi keselesaan dan keselamatan kepada pengguna laluan tersebut. Apabila keluar daripada kenderaan atau bangunan, sepatutnya ada laluan yang selesa dan selamat untuk digunakan oleh pejalan kaki termasuk orang kurang upaya (OKU) atau pengguna berbasikal.

Untuk memastikan laluan itu berfungsi dengan baik, susun aturnya mestilah dibuat dengan betul, agar dapat dimanfaatkan dengan sempurna dengan mengambil kira perkara seperti berikut:

• Meminimumkan konflik antara jalan dan tempat letak kereta.
• Perlu menyediakan ruang laluan yang kesat atau kasar untuk keadaan licin.
• Membuat kecondongan untuk saliran. Minimum 0.5%. 1.5% adalah lebih baik.
• Ukuran kelebaran yang betul untuk keselesaan pengguna laluan

Ukuran Laluan Pejalan Kaki (Berjalan)

pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki, ukuran laluan pejalan kaki

Ukuran laluan pejalan kaki bagi seorang mestilah dengan minimum kelebaran 3 kaki atau 915 mm. Manakala, had minimum ruang ketinggian untuk laluan tersebut ialah 7’-6” (2285 mm).

Kelebaran minimum laluan pejalan kaki bagi dua orang sebelah menyebelah ialah 4 kaki atau 1220 mm. Bagaimana pun, 6 ke 8 kaki iaitu 1830 mm ke 2440 mm adalah disyorkan.

pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki, ukuran laluan pejalan kaki
pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki - parking, ukuran laluan pejalan kaki

Ukuran laluan pejalan kaki yang bersebelahan dengan tempat ketak kereta pula, minimum kelebaran yang perlu disediakan ialah 6’ atau 1830 mm di mana kereta boleh mengunjur ke depan sebahagian daripada laluan pejalan kaki.

Ukuran Tangga Luaran

pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki - tangga, ukuran tangga luaran

Minimum laluan tangga luaran yang hendak disediakan ialah sekurang-kurangnya diadakan 3 anak tangga. Susur tangan diperlukan untuk tangga yang mempunyai 4 anak tangga atau lebih atau mana-mana yang dirasakan perlu seperti keadaan licin dan basah.

Ukuran minimum untuk laluan tangga luaran :

• Minimum 11 inchi (280 mm) untuk tapak pemijak (tread).
• Minimum 4 inchi (100 mm ) untuk ketinggian anak tangga (riser) dan maksimum 7 inchi atau 180 mm.

Ukuran Laluan Berbasikal

pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki - berbasikal, bike, ukuran laluan pejalan kaki dan berbasikal

Kelebaran laluan berbasikal sehala mestilah minimum 4 kaki atau 1220 mm tetapi 5 kaki (1525 mm) adalah disyorkan. Untuk laluan 2 hala pula, ukuran kelebaran minimum ialah 7 kaki atau 2135 mm. Bagaimana pun, 8 kaki atau 2440 mm adalah dicadangkan.

Garis Panduan Orang Kurang Upaya (OKU)

Garis panduan orang kurang upaya (OKU) merujuk kepada ADA (American with Disabilities Act) yang bertujuan untuk memudahkan kebolehcapaian seseorang yang berkerusi roda. Ini termasuklah ramp, tempat kerja, suiz dan sebagainya berdasarkan kepada perkara seperti berikut:

• Masalah Pendengaran
• Cacat Penglihatan
• Kemerosotan mobiliti (Ketidakupayaan fizikal)
• Kecacatan Kognitif (Kefahaman)

pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki - OKU, disability, accessibility, ramp
Ramp dan blok/jalur sentuhan amaran (tactile warning strips)

Antara kebolehcapaian yang perlu disediakan bagi orang kurang upaya (OKU) pada laluan pejalan kaki ialah dengan menyediakan jalur atau blok sentuhan amaran bahaya untuk orang yang cacat penglihatan terutamanya di tempat yang berbeza aras atau tingkat dan kawasan bahaya kenderaan. Selain itu, elakkan permukaan yang tidak rata yang boleh mengganggu laluan untuk pengguna berkerusi roda. Returned curb boleh dibuat supaya pejalan kaki tidak melintasi ramp yang disediakan.

pedestrian circulation - sirkulasi laluan pejalan kaki - OKU, disability, accessibility, ramp, curb , dimension
Ukuran ramp

Ukuran ramp (tanjakan)

• 4 kaki atau 1220 mm kelebaran minimum daripada atas ramp ke halangan terdekat
• 3 kaki atau 915 mm kelebaran minimum ramp
• 1:12 maksimum kecondongan ramp (ramp slope)
• 1:10 maksimum kecondongan sisi ram menaik (flared ramp)
• 1:20 maksimum cerun bertentangan (counter slope)

Rujukan: Francis D.K. Ching and Cassandra Adams (Third Edition). Building Construction Illustrated. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Diterjemah dan diolah: Azizi MY

** Jika anda ada pandangan / tambahan / pembetulan berkenaan dengan tajuk ini, boleh terus maklumkan kepada kami

About The Author

Azizi MY

See author's posts

Architectural Notes Architecture Architecture Reference Articles Blog Building Construction Pelan Tapak, Laluan & Tempat Letak Kenderaan ADAarchitecturalarchitectureArsitekarsitekturdisabilitypedestrian circulationrampsenibina

Post navigation

Previous post
Next post

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Carian

Capaian

January 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
« Dec   Feb »

Artikel terkini

  • Runtuhan gudang: Pembinaan projek dihentikan
  • Kitaran kekejaman terhadap rakyat Palestin mesti dihentikan
  • 160 Mayat dijumpai di bawah runtuhan akibat serangan di Gaza
  • Binaan runtuh: Seorang pekerja turun awal, 3 disahkan maut
  • 18 Pekerja terperangkap bawah runtuhan tapak binaan
  • Hospital Al-Shifa kembali beroperasi
  • Projek pelabuhan, jambatan darat Thailand beri manfaat kepada Malaysia – PM Anwar
  • Kolaborasi FIFA dan AFC Bina Stadium Baru di Malaysia
  • Model S70: Proton sasar jual 2,000 unit sebulan
  • Naib Presiden China Lawat Kilang Proton
  • YDP Agong Rasmi projek Perumahan SASaR di Wardieburn, Setapak
  • UBBL 1984 : Bahagian V – Bebanan dinamik
  • APEC 2023: Malaysia akan gunakan peluang bela Palestin
  • EU perlu iktiraf usaha negara pengeluar minyak sawit patuhi EUDR
  • Pemulihan dan Kreativiti: Projek Taman Linear di Mexico oleh Taller Capital
DZ Creation

Newsletter signup form

Tinjauan

Senibina kegemaran andaTinjauan ini sedang diuji
©2023 DZ Creation | WordPress Theme by SuperbThemes