Tempat Letak Kenderaan / Parking Kereta

Menyediakan ruang tempat letak kenderaan / kereta (parking) merupakan salah satu aspek penting yang perlu diberi perhatian sebagai kemudahan di kediaman atau di bangunan. Ukuran yang betul memudahkan kereta keluar dan masuk tempat letak kereta dengan selesa. Ini termasuklah sirkulasi laluannya sama ada untuk masuk ke petak parking atau ketika mengundur keluar dari petak parking.

Berikut sedikit panduan yang boleh diambil sebagai panduan dalam menyediakan tempat letak kereta.

tempat letak kereta, parking kereta, tempat letak kenderaan
Rajah 1

Tempat Letak Kereta

Ukuran Kenderaan

• Kereta kompak = 5’-8” x 16’ atau 1725 mm x 4875 mm
• Kereta standard = 6’-6” x 18’ atau 1980 mm x 5485 mm

Ukuran Tempat letak Kereta

• Kereta standard = 8’-6” ke 9’ (2590mm – 2745mm) x 18’ ke 20’ (5485mm – 6096mm)
• Kereta kompak = 8’ atau 2440 mm x 16’ atau 4875 mm

Kecerunan/Kecondongan Jalan

• 1 % ke 5 % untuk saliran
• 2 % – 3 % disyorkan

Lengkungan Jalan

• Lengkungan jalan memasuki ruangan parking ialah = 4’ atau 1220 mm (jejari)

Perlu sediakan ruang lega untuk jalan kaki dan jarak dari kerb atau had tayar dan mestilah dengan jarak 2’-6” atau 760mm.

Lot Tempat Letak Kereta (Parking)

tempat letak kereta, parking kereta, tempat letak kenderaan
Rajah 2

Parking kereta perlu dibuat mengikut ukuran yang betul supaya tidak berlaku konflik antara satu kereta dengan kereta yang lain dan kawasan sekitarnya. Antaranya:

• Menyediakan had tayar atau kerb (bebendul) supaya tidak kereta tidak terlajak ke depan seperti dinding atau laluan pejalan kaki.

• Jika parking kereta bertingkat, ruang lega minimum ialah 7’ atau 2135 mm

• Ruang lega antara dinding parking ke kereta sekurang-kurangnya 2’-6” atau 760mm.

• Kecerunan ramp ialah 16%.

• Kecerunan ramp peralihan 8% atau iaitu separuh daripada ramp utama; Panjang 10’ atau 3050 mm.

(Rujuk rajah 2 & 3)

tempat letak kereta, parking kereta, tempat letak kenderaan
Rajah 3

Garis Panduan Untuk Orang Kurang Upaya (OKU)

Parking OKU hendaklah mengikut kehendak-kehendak yang telah ditetapkan.

Parking OKU hendaklah mudah diakses atau sedekat mungkin dengan pintu masuk bangunan atau mana-mana tempat kemudahan yang lain.

• Cerun maksimum 1:50 untuk lorong dan ruang akses.

• Untuk OKU yang menggunakan van, ketinggian ruang lega yang mesti disediakan ialah 98 inchi atau 2490 mm.

• Lorong akses (access aisle) pula sekurang-kurangnya 8 kaki atau 2440 mm lebar.

(Rujuk rajah 4 di bawah)

tempat letak kereta, parking kereta, tempat letak kenderaan, tempat letak kereta oku, parking oku
Rajah 4

Ukuran Parking OKU

• Petak parking : minimum 8’ atau 2440 mm lebar.

• Lorong akses (access aisle) : 5’ atau 1525 mm perlu diletakkan bersebelahan dengan petak parking OKU dan boleh dikongsi dengan parking OKU lain. Rujuk rajah 4

• Lorong akses (access aisle) untuk menaikkan dan menurunkan penumpang OKU ialah : Minimum = 8’ x 20’ atau 2440mm x 6096mm. Rujuk rajah 4

• Laluan ke parking awam atau zon parking OKU juga boleh dijadikan sebagai laluan ke bangunan atau ke ruang kemudahan lain.

Rujukan: Francis D.K. Ching and Cassandra Adams (Third Edition). Building Construction Illustrated. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Diterjemah dan diolah oleh : Azizi MY

** Jika anda ada cadangan / tambahan / pembetulan berkenaan dengan tajuk ini, boleh terus maklumkan kepada kami

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
January 2022
M T W T F S S
 12
3456789
10111213141516
17181920212223
24252627282930
31  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 98