perlindungan hakisan cerun, slope protection, penahan hakisan, teres, terrace
Rajah 1 : Perlindungan hakisan tanah cerun – slope protection

Cerun bukit terdedah kepada hakisan tanah yang boleh disebabkan oleh pergerakan atau larian air di permukaannya. Untuk mengurangkan atau melindungi tanah daripada berlaku hakisan, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk penstabilan.

1. Penstabilan boleh dilakukan dengan mengalihkan larian air di bahagian atas cerun

2. Membina beberapa siri teres di bahagian cerun untuk mengurangkan halaju larian / pergerakan air

perlindungan hakisan cerun, slope protection, penahan hakisan, riprap
Rajah 2 : Teknik riprap

Selain daripada itu, untuk melindungi cerun atau benteng daripada berlaku hakisan ialah dengan membina tembok riprap (rujuk rajah 2) atau gabion.

Riprap ialah lapisan batu yang disusun secara tidak teratur atau pecah-pecah dengan saiz batu yang berbeza atau saiz rawak yang diletakkan di atas tembok cerun yang dibina. Kedalaman lapisan itu pula mestilah lebih besar daripada saiz maksimum batu.

perlindungan hakisan cerun, slope protection, penahan hakisan, cribbing walls dan bin walls
Rajah 3 : Cribbing walls atau Bin walls

Selain riprap atau gabion, boleh juga menggunakan teknik cribbing walls atau bin walls (Rajah 3) untuk melindungi cerun atau benteng yang curam. Cribbing walls ialah rangka petak yang dibuat daripada sama ada besi, konkrit atau kayu yang dipasang berlapis atau secara bertingkat pada sudut tepat, diisi dengan tanah dan batu.

Bin walls pula ialah sejenis dinding penahan graviti yang dibentuk dengan cara susunan modular bertingkat atau unit-unit konkrit pasang siap yang boleh disambung. Manakala ruang kosong diisi dengan batu hancur dan batu kerikil.’

perlindungan hakisan cerun, slope protection, penahan hakisan, gabion, plant material
Rajah 4 : Dinding Gabion dan tanaman semulajadi

Teknik gabion. Gabion ialah bakul dawai yang diisi dengan batu dan disusun untuk membentuk struktur penahan atau penyangga untuk menstabilkan benteng seperti gambar di bawah.

gabion walls
Foto dinding gabion oleh Acanfora – Own work, CC BY-SA 3.0, https://commons.wikimedia.org/w/index.php?curid=6741483

Selain menggunakan teknik membina dinding penahan atau penyangga untuk menghalang hakisan, boleh juga menggunakan cara semulajadi seperti tanaman untuk mengurangkan hakisan. Tanaman boleh menutup permukaan cerun atau benteng dan membetuk rangkaian akar untuk mengikat tanah.

—————–

Rujukan: Francis D.K. Ching and Cassandra Adams (Third Edition). Building Construction Illustrated. New York: John Wiley & Sons, Inc.

Diterjemah dan diolah oleh : Azizi MY

** Jika anda ada cadangan / tambahan / pembetulan berkenaan dengan tajuk ini, boleh terus maklumkan kepada kami

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
February 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 64