imej via dezeen

Studio Arkitek Vietnam, Vo Trong Architects menggunakan 42,000 kepingan buloh untuk mencipta kompleks bentuk arca sebagai pintu masuk bangunan sebuah resort di Pulau Phu Quoc, Vietnam.

Bangunan itu dibina sebagai mengalu-alukan pelawat ke Grand World Phu Quoc yang merupakan sebahagian daripada Phu Quoc United Center, iaitu kompleks riadah dan hiburan di atas tanah seluas lebih daripada 1000 hektar di pulau tersebut.

Imej via dezeen

Arkitek Vo Trong Nghia telah ditugaskan untuk merekabentuk struktur yang melambangkan budaya orang Vietnam dan membuat simbol yang jelas di laluan masuk tapak tersebut. Pusat Alu-Aluan atau Pusat Pengunjung itu mempunyai keluasan keseluruhan 1460 meter persegi dan diperbuat daripada buluh dengan teknik pembinaan yang telah diperhalusi oleh studio berkenaan selama bertahun-tahun.

Ia telah disiapkan dengan menggunakan kira-kira 42,000 batang buluh yang tumbuh dengan banyak di kebanyakan negara iklim tropika seperti Vietnam.

Studio itu juga mendakwa yang projek itu menggunakan tali dan pin buluh untuk menyambungkan batang-batang buluh itu. Ia lebih rumit berbanding bangunan buluh sebelumnya kerana teknik sistem struktur hibrid digunakan.

Imej via dezeen

“Sistem penyambungan sangat mencabar kerana kami menggunakan banyak sistem struktur dan menemukan perincian setiapnya juga adalah mencabar,” Menurut studio itu.

Struktur padat terdiri daripada satu siri gerbang, kubah dan grid dengan ruang lompang di dalamnya dibentuk dengan bentuk teratai dan gendang gangsa. Rangka buluh menghasilkan ruang dalaman yang memberikan rasa terbuka dan lapang kerana struktur grid itu membenarkan cahaya melalui di celahnya.

Pencahayaan langit masuk melalui bumbung bangunan juga membolehkan waktu siangnya menerangi ruang dalam, manakala sistem grid membolehkan pengudaraan bergerak ke dalamnya secara semula jadi.

Imej via dezeen

“Cahaya masuk ke dalam dengan cantik bersama-sama dengan warna semula jadi buluh it. Ia mencipta suasana yang hangat dan intim walaupun strukturnya agak terbuka dari segi pengaliran udara.” Tambahnya.

Pengunjung yang sampai di resort akan melalui plaza dan mengikuti laluan yang melintasi kolam cetek sebelum memasuki pusat pengunjung menerusi pintu gerbang.

Laluan melengkung memanjang yang melalui bangunan akan menuju ke dua dewan yang berbentuk seperti teratai dan gendang gangsa.

Bentuk lompang dalaman itu adalah simbol tradisional sebagai respon kepada klien yang mahukan bangunan itu melambangkan kebudayaan masyarakat Vietnam.

Vo Trong Nghia juga pernah menggambarkan buluh sebagai “besi hijau abad ke 21”. Dia juga menambah yang bahan itu banyak dan berpatutan ada di negaranya, Vietnam. Ia amat sesuai untuk mencipta ruang terbuka dan separa terbuka.

Vo Trong Nghia menubuhkan firma senibinanya pada tahun 2006. Projek buluh sebelumnya telah disiapkan oleh studionya termasuk restoren dengan bumbung kubah yang diletakkan dengan tasik buatan dan beberapa siri pondok pantai dengan bumbung jerami yang membentuk sebahagian daripada resort di sebuah kepulauan kecil.

Selain daripada projek buluhnya, arkitek itu juga terkenal dengan beberapa penerokaan penyelesaian senibina tenaga-rendah dan menggabungkan tumbuh-tumbuhan dalam kebanyakan projeknya.

Di Teluk Ha Long, Vietnam, stuidonya merekabentuk sebuah villa dengan pokok-pokok tumbuh melalui dinding konkrit, manakala pokok tropika melitupi anjung hotel di Danang.

Sumber : dezeen.com

Diterjemah dan diolah oleh : Azizi MY

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
March 2022
M T W T F S S
 123456
78910111213
14151617181920
21222324252627
28293031  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 56