Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 di China sebagai keluaran tablet terbaru syarikat itu. Dalam masa yang sama, syarikat itu turut melancarkan sekumpulan produk lain termasuk produk boleh lipat Xiaomi Mix Fold 2.

Tablet terbaru ini jauh berbeza dengan tablet sebelummnya Pad 5 Pro yang dilancarkan pada tahun lepas. Ia didatangkan dengan Snapdragon 870 soc, skrin LCD beresolusi 2.5k 12.4 inci dengan kadar refresh 120Hz. Kapasiti bateri yang ditawarkan ialah 10,000mAh.

Imej via Gizmochina

Rekabentuk dan Paparan

Dari segi rekabentuk Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 inci, Xiaomi telah membuat beberapa perubahan salah satunya dengan mengurangkan bezel. Untuk empat bahagian sisi masih dikekalkan sama seperti sebelumnya.

Bahagian belakangnya ada perbezaan. Modul kamera pada peranti itu telah direkabentuk semula untuk kelihatan sama dengan model telefon siri Xiaomi 12. Paparannya dilengkapi dengan panel LCD 12.4 inci dengan resolusi 2.5K dan menyokong kadar refresh 120Hz dan dilengkapi dengan Dolby Vision.

Spesifikasi

Xiaomi Pad 5 Pro didatangkan dengan sistem pemprosesan Qualcomm Snapdragon 870 dengan pilihan RAM dan storan versi 6GB+128GB dan versi 8GB+256GB serta yang paling tinggi, 12GB+512GB.

Ia dilengkapi dengan 3 kamera. 50MP untuk kamera utama dan sepasang 2MP lensa depth-of-field. Untuk bahagian depan pula, disediakan kamera dengan 20MP.

Dari segi bateri, Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 ditawarkan dengan kapasiti bateri yang besar iaitu 10,000mAh dan menyokong pengecasan pantas 67W. Peranti ini didakwa mampu dicas penuh hanya dalam masa 68 minit. Terdapat 4 pembesar suara dan 2 mikrofon. Ia menjalankan MIUI 13.

Harga dan Model Yang Ditawarkan

6+128GB – 2799 yuan (~$415) / RM 1,845
8+256GB – 3299 yuan (~$490) / RM2,175
12+512GB – 3999 yuan (~$593) / RM2,636

Xiaomi Pad 5 Pro 12.4 tersedia dalam tiga pilihan warna: Hitam, Perak (silver) dan hijau. Ia kini boleh didapati di China. Negara-negara lain belum diketahui lagi.

** Kami rasa, tablet ini juga sesuai untuk digunakan oleh pelajar senibina dan mereka yang berkhidmat sebagai arkitek sebagai alternatif selain iPad, Samsung Tab dan yang seumpama dengannya.

Sumber: Gizmochina

Categories:

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

August 2022
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

Tentang Kami

Menulis blog, melukis pelan, melakar pelan, merekabentuk rumah, fotografi senibina. Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT. Hubungi kami untuk dapatkan bantuan pelukis pelan arkitek.

Temui Kami

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

Masa

  • Hari : Ahad - Khamis
  • Waktu: 9.00 pagi - 5.00 petang
  • 1
  • 34
  • 562,130