Ratu Elizabeth II merupakan raja paling lama memerintah United Kingdom. Baginda telah mangkat di Istana Balmoral, pada usia 96 tahun. Pada awal tahun ini, baginda menjadi Raja British pertama yang meraikan Jubli Platinum menandakan 70 tahun sejak beliau menaiki takhta. Kini, selepas tujuh dekad orang ramai berkumpul untuk menghormati Ratu dan merenungkan legasinya dari segi budaya, teknologi dan senibina.

Imej via Archdaily

Pada awal pemerintahan Ratu iaitu pada tahun 1950-an, rekabentuk senibina di British banyak dipengaruhi oleh gaya senibina gereja dan istana British. Pada tahun 1952 apabila banguna naik takhta, bangunan tertinggi di Britain ialah Katedral St Paul. Kini, London dihiasi dengan senibina moden dan bangunan pencakar langit lebih daripada 150 meter. Bagaimanapun, walaupun terdapat banyak perubahan, istilah “gaya Elizabeth Baru” tidak sering disebut apabila menerangkan perkembangan senibina di UK.

Walaupun banyak bangunan mercu tanda telah dihasilkan di bawah pemerintahan Elizabeth II, kepelbagaian estetik itu bermakna terdapat banyak istilah dan konsep yang berbeza diperlukan untuk menggambarkan persekitaran binaan dengan tepat.

Menurut Stanford Anderson, beliau tidak dapat membayangkan istilah atau hujah yang akan mengikat semua ini bersama-sama. “Senibina Elizabethan Baru hanya mengelirukan persoalan.” Contoh terbaik bagi persoalan ini ialah Ratu Elizabeth yang Pertama. Dia meminjamkan namanya kepada gaya yang mewakili tempoh kemajuan yang luar biasa untuk bahasa Inggeris dan mencerminkan Renaissance di benua Eropah.

Sebaliknya, pada Zaman Elizabeth II hanya boleh digambarkan sebagai pluralistik. Modenisme menandakan tempoh selepas perang di England, dengan variasinya, gaya Brutalisme, menjadi gaya senibina lazim untuk taman perumahan baharu di Britain sepanjang tahun 1970-an. Kompleks kediaman yang besar seperti Barbican, siap pada tahun 1982. Park Hill Estate pula siap pada tahun 1961. Pada permulaannya, ia disambut dengan keengganan tetapi kini ia menjadi kebiasaan di mata orang ramai. Pada tahun 1980-an, pelaburan Britain dalam bangunan awam dan sosial menjadi perlahan, dan dengan itu pengaruh negara itu terhadap agenda senibina juga berkurangan.

Barbican Estate imej via Archdaily

Senibina dengan modal swasta telah mempengaruhi imej pembangunan di UK. Bangunan-bangunan menara kaca dan keluli kini mentakrifkan rupa bandar-bandar utama di UK. Monumen baharu seperti The Gherkin oleh Arkitek Norman Foster atau The Shard oleh Arkitek Renzo Piano mempunyai sedikit atau tiada kaitan dengan tradisi senibina di England tetapi sebaliknya, ia bertujuan untuk mencipta imej yang dikenali secara global dan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.

London City Hall Architecture oleh Norman Foster imej via Archdaily

Tidak ada pembangunan gaya linear, tetapi gaya pembangunan telah mengambil petunjuk dari pergerakan High-Tech pada tahun 1990-an, seperti bangunan Lloyd di London, Post-Modernisme seperti Sainsbury Wing oleh Robert Venturi dan Denise Scott Brown, atau Deconstructivism, seperti di Muzium Perang Imperial Daniel Libeskind Utara.

Sainsbury Wing imej via Archdaily
Bangunan Lloyd imej via Archdaily

Agak sukar untuk menunjukkan kesan dan legasi Ratu Elozabeth II berdasarkan kepada perkembangan pesat senibina di Britain. Permaisuri amat berhati-hati dalam menyatakan minat untuk mempengaruhi secara langsung persekitaran binaan. Mungkin pada masa hadapan, era Elizabeth II sebagai salah satu kemajuan, inovasi dan sentiasa meningkatkan keselesaan harian akan dihargai.

Sumber, diterjemah dan diolah: Archdaily

No responses yet

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Kalendar
September 2022
M T W T F S S
 1234
567891011
12131415161718
19202122232425
2627282930  
Tentang Kami

Menulis blog, melukis, melakar, merekabentuk, fotografi senibina.

Membantu menyediakan rekabentuk pelan rumah kediaman dan bangunan sehingga kelulusan PBT

Temui Kami

Lokasi

  • Bandar Baru Pasir Mas, Kelantan

 

Masa

  • Ahad—Khamis
  • 9:00 PG – 5:00 PTG
  • 0
  • 64